Monday 23 January 2017

Kepentingan kolesterol pada tubuh

Hari ni nak cerita pasal kolesterol atau ejaan bahasa Inggerisnya cholesterol. Kerap kali, kalau nak mengata orang tu gemuk, atau nak makan daging kambing, kolesterol selalu jadi mangsa tuduhannya. Apalah salah kolesterol tu ye.

Sunday 22 January 2017

Resepi rendang ayam mudah untuk ibu sibuk

Seperti dijanjikan, saya akan kongsikan resepi rendang ayam mudah untuk ibu - ibu yang sibuk dan buat - buat sibuk macam saya. Bahannya sangat mudah dan ia bukan halangan untuk memasak rendang. Giteww.

Thursday 19 January 2017

5 Makanan ringan paling sesuai untuk kanak - kanak

Wow, topik kontroversi saya pilih kali ini. Kebanyakan ibu bapa sekarang sangat menitik beratkan kesihatan anak - anak. Sepadan dengan ilmu dan pembacaan ibu bapa dalam dunia tanpa sempadan. "Kau Google je". Itu ayat biasa yang sering kedengaran. Apakah itu makanan ringan? Menurut kamus dewan , makanan ringan ialah makanan yang tidak mengenyangkan seperti kudap - kudapan ,contohnya kekacang keropok, kerepek dan sebagainya. Jadi kalau tak kenyang, buat apa nak bagi anak makan makanan ringan, ye tak?

Tuesday 17 January 2017

Panduan penggunaan pelekat 'hook and loop' dalam susun atur

Baru - baru ni saya ke Daiso lagi. Macam biasa ada buah tangan untuk susun atur rumah dan organizer saya. Buah tangan yang dibeli ialah tape hook & loop atau kita selalu panggil Velcro padahal Velcro ialah jenama. Biasalahkan. Ubat gigi pun kita panggil Colgate walaupun jenama Zaiton!. Saya guna pelekat ini untuk lekatkan 'remote control' tv di rumah. Maklumlah asyik 'misplaced' saja. Tangan kecik pun ramai.

Thursday 12 January 2017

Planner 2017 Kolej Komuniti Wilayah Perak

Salam tahun baru. Rasanya, ini entri pertama untuk tahun 2017. Saya dah lama tak menulis blog. Mood itu tak datang. Bagi post kali ini saya sekadar nak share planner yang saya buat untuk kegunaan pelajar dan pensyarah kolej komuniti bagi tahun 2017, khasnya wilayah Perak. Sendiri buat. Saya bukan orang yang hebat dalam aplikasi komputer. Jadi planner ni sekadar yang praktikal untuk saya dan rakan - rakan merancang aktiviti sepanjang tahun.