Thursday 12 January 2017

Planner 2017 Kolej Komuniti Wilayah Perak

Salam tahun baru. Rasanya, ini entri pertama untuk tahun 2017. Saya dah lama tak menulis blog. Mood itu tak datang. Bagi post kali ini saya sekadar nak share planner yang saya buat untuk kegunaan pelajar dan pensyarah kolej komuniti bagi tahun 2017, khasnya wilayah Perak. Sendiri buat. Saya bukan orang yang hebat dalam aplikasi komputer. Jadi planner ni sekadar yang praktikal untuk saya dan rakan - rakan merancang aktiviti sepanjang tahun.



Planner ini dah dimasukkan minggu pengajaran dan pembelajaran, cuti semester, minggu peperiksaan dan cuti - cuti umum negara dan negeri Perak. Off course la untuk Perak saya buat, sebab sekarang sudah bertukar ke negeri Perak. Bagi negeri - negeri pantai barat seperti Selangor dan Negeri Sembilan misalnya, boleh juga edit kedudukan hari keputeraan dan cuti - cuti negeri masing - masing. Rasanya tak banyak beza pun.Kalau ada yang tak sesuai, boleh komen dan bagi tau saya ye. Feel free to share.


Sila klik link yang diberikan untuk mendapatkan planner 2017 kolej komuniti.

DOWNLOAD PLANNER 2017 VERSI PDF


Nota tangan :

akronim SN : merujuk kepada semester November
akronim SJ : merujuk kepada semester Julai
akronim SM : merujuk kepada semester Mac
akronim M1 hingga M14 ; merujuk kepada minggu kuliah 1 hingga 14.


Kalau ada yang nak versi Microsoft Word, boleh emailkan kepada saya. Hubungi saya seperti yang berikut.

whatsapp/telegram :012-2248189 (zunairah)
email:zunairahagi@gmail.com

20 comments: