"Oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya, Adapun orang yang meminta (bantuan pimpinan) maka janganlah engkau tengking herdik; Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya." (Adh-Dhuha: 9-11)
Di sini saya update sedikit cerita pelajar berkenaan. Menurut ustazah Khadijah bt. Alang Abu Shuker (guru pelajar tersebut),terdapat 2 orang pelajar yang dirasakan perlu dibantu, iaitu Nurkhatijah bt. Abdullah dan Norsyafiqah bt.Abdul Rahim. Kedua- duanya anak yatim. Seorang tiada emak dan seorang lagi tiada bapa. Boleh berhubung terus dengan ustazah Khadijah untuk maklumat dan bantuan. Nombor telefon bimbit ustazah:017-3078400.
Sekadar renungan, Rasulullah s.a.w. sangat memuliakan anak yatim dan suka menggembirakan mereka. Lantaran Baginda s.a.w. juga seorang anak yatim. Jadi apalah salahnya, kalau sumbangan yang kita berikan dapat menggembirakan mereka, memberikan motivasi untuk mereka ke sekolah.
![]() | |
| Inilah pelajar yang dimaksudkan, adik Nurkhatijah bt. Abdullah. Happy je kan nak sekolah. |
![]() | |||
| Adik Nurkhatijah dan Nursyafiqah, pelajar yang dirasakan perlu dibantu kerana kedua - duanya tak mampu bayar yuran sekolah. |
![]() | ||
| Adik Nursyafiqah dan ibunya. Ibunya juga seorang cleaner yang akan tamat kontrak bulan 6 nanti. Pernah kena strok dan pertuturannya kurang jelas. |
![]() | |
| Di bawa membeli barang keperluan asas di Tesco dan baju sekolah dibeli di Pasaraya Hari - Hari. |
Keluarga ini tidak meminta untuk dibantu, namun apakah kita sebagai saudara seagama, punya sedikit wang lebih hanya menutup sebelah mata sahaja melihat kesusahan mereka. Sesungguhnya,memuliakan anak yatim dan menggembirakan mereka hatta dengan sedikit manisan, akan dapat ganjaran yang besar di sisi Allah s.w.t.
Jumlah kutipan sebanyak RM1000.00 terkumpul selama satu hari setengah digunakan untuk program shopping pada 4 Januari 2014. Sebanyak RM800.00 dibelanjakan untuk keperluan anak - anak tersebut. RM200 dan lebihan baki sumbangan akan digunakan untuk keperluan persekolahan sepanjang tahun ini.
Allah s.w.t. melarang manusia berbuat zalim
terhadap anak yatim. Malah, seseorang yang berlaku zalim, tidak menjaga hak
dan memberi makan anak yatim dianggap sebagai mendustakan agama. ALLAH
subhanahu wata’ala berfirman dalam surah al-Ma`uun ayat 1-3:
أَرَأَيْتَ الَّذِي يُكَذِّبُ بِالدِّينِ
Tahukah kamu (orang) yang mendustakan agama?
فَذَلِكَ الَّذِي يَدُعُّ الْيَتِيمَ
Itulah orang yang mengherdik anak yatim
وَلا يَحُضُّ عَلَى طَعَامِ الْمِسْكِينِ
dan tidak menganjurkan memberi makan orang miskin.
Berbahagialah ibu dan nenek adik - adik tadi, gurunya dan orang yang membantu mereka sesuai dengan hadith di bawah kerana anak - anak ini bakal menjadi penghalang api neraka kelak.
“Barang siapa yang diuji dengan sesuatu
daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka,
maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka”.
Daripada Abu Ummah diceritakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang
bermaksud: “Barang siapa yang membelai kepala anak yatim kerana Allah
SWT, maka baginya kebaikan yang banyak daripada setiap rambut yang
diusap. Dan barang siapa yang berbuat baik kepada anak yatim perempuan
dan lelaki, maka aku dan dia akan berada di syurga seperti ini,
Rasulullah SAW mengisyaratkan merenggangkan antara jari telunjuk dan
jari tengahnya.” (Hadis riwayat Ahmad)
Dalam sebuah hadis daripada Ibnu Abbas meriwayatkan Rasulullah SAW
bersabda yang bermaksud:
“Orang yang memelihara anak yatim dalam
kalangan umat Muslimin, memberinya makan dan minum, pasti Allah SWT akan
masukkan ke dalam syurga, kecuali ia melakukan dosa yang tidak boleh
diampun.” (Hadis riwayat Tirmidzi)
Allah SWT berfirman dalam al-Quran yang bermaksud:
“Katakanlah,
sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendaki-Nya
di antara hamba-hamba-Nya dan menyempitkan bagi (sesiapa yang
dikehendaki-Nya)’, dan apa saja yang kamu infakkan, maka Allah akan
menggantikannya dan Dialah pemberi rezeki yang sebaik-baiknya.” (Surah
Saba ayat 39).
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Tidak ada suatu pagi yang
dilalui oleh seorang hamba kecuali dua malaikat turun. Satu daripadanya
berkata: Ya Allah, berilah ganti orang yang berinfak (dermawan).
Malaikat yang satu lagi berkata: Ya Allah, berilah kehancuran bagi orang
yang kedekut.” (Hadis riwayat Bukhari, Muslim dan Ahmad dari Abu
Hurairah).
Terima kasih kepada semua dermawan. Hanya Allah s.w.t yang mampu membalas jasa kalian .
Jazakallah hukhairan kathira.





