Tuesday, 8 October 2013

Elakkan keracunan makanan ketika musim kenduri


Keracunan makanan

Baru - baru ini, kita dikejutkan dengan kes kematian akibat keracunan makanan di majlis kenduri. Apabila kita mengalami cirit birit, selalunya kita beranggapan penyakit ini akan reda untuk beberapa jam lagi dengan hanya mengambil ubat - ubatan tradisional atau petua tradisi.

Salmonella
nampak cantik bakteria ni tetapi berbahaya
Namun apabila cirit birit yang teruk dan tidak terkawal seperti mangsa - mangsa keracunan makanan yang terlibat, seharusnya mereka perlu mendapatkan rawatan dengan segera. Ini kerana ia boleh menyebabkan hidrasi atau masalah kekurangan bendalir air di dalam tubuh. Kekurangan air di dalam tubuh yang teruk boleh melumpuhkan sistem badan mangsa. Selain itu ia boleh meracuni sistem aliran darah bagi kes - kes yang teruk sehingga menyebabkan usus berdarah.Jadi, apabila terkena cirit - birit, dapatkan rawatan dengan segera walaupun anda seorang doktor!

Salmonella sp. : Haiwan seni yang berbahaya

Setelah dianalisa, kes keracunan makanan itu disebabkan oleh bakteria Salmonella sp. Bakteria ini sering ditemui dalam hasilan produk berasaskan ayam dan daging, telur mentah, keju, makanan mentah seperti salad dressing, rempah ratus, kekacang dan sebagainya. Selalunya, bakteria ini aktif apabila suasana untuk ia membiak sangat kondusif. Kebiasaannya simptom keracunan makanan disebabkan bakteria Salmonella sp. ini berlarutan selama 4 hingga 7 hari.Simptomnya ialah demam, cirit birit yang berlarutan, muntah. Ia selalunya hilang , setelah rawatan biasa seperti minum air banyak dilakukan oleh pesakit dan antibiotik.

Walau bagaimanapun, ia akan menjadi serius terhadap kanak - kanak, bayi, orang tua, dan mereka yang kurang daya tahan penyakit(baru sembuh dari demam). Ia boleh dibunuh dengan kaedah pempasteuran (suhu 65C ke atas selama 12 minit) dan memasak makanan yang dicemarinya. Sumber pencemaran bakteria ini daripada najis pesakit demam kepialu (thyphoid), reptilia, haiwan peliharaan seperti kucing dan beburung.

Salmonella sp. yang terkenal dan sering ditemui menyebabkan keracunan makanan ialah Salmonella thyphii, Salmonella chorella, dan Salmonella panama.

Kenapa Salmonella sp. boleh berada dalam ayam masak merah rumah kenduri?

Sebenarnya bakteria patogenik ini boleh berada dalam semua makanan yang dicemari dengan sumber perumahnya seperti kucing, burung, reptilia, dan sebagainya. Apabila bakteria ini berada dalam makanan dicemarinya, ia akan mengambi masa selama 6-72 jam untuk menganggu sistem pencernaan orang yang sihat. Ia boleh dibunuh dengan suhu memasak yang tinggi. Persoalannya , bagaimana ayam masak merah yang dimasak dicemari dengan bakteria ini.

Bermula dengan sumber utama masakan iaitu ayam. Ia merupakan makanan yang sering dicemari bakteria Salmonella sp. Selain itu, ia turut mengandungi rempah ratus iaitu cili boh atau cili kering kisar yang turut menyumbang kepada kehadiran Salmonella sp menjadikan ia berisiko menjadi makanan tercemar Salmonella sp.Apabila makanan itu diperap terlalu lama, maka semakin tinggi potensi ia akan tercemar.

Ketika saya belajar, kami pernah menemui kehadiran Salmonella sp. dalam hampir kesemua cili boh yang diuji. Bakteria ini akan musnah apabila makanan dimasak melebihi suhu 65C selama 12 minit  meliputi keseluruhan bahagian ayam termasuk bahagian isi ayam yang tebal.

Bayangkan apa akan terjadi apabila makanan yang dicemari Salmonella sp. tidak dimasak sepenuhnya pada suhu 65C selama 12 minit terutama di bahagian isi ayam yang tebal.

Kemudian, makanan tersebut dipanaskan di dalam tray hidangan menggunakan api lilin yang kecil menyebabkan suhu makanan berada di sekitar 35C hingga 60C. Ia merupakan suhu optimum pembiakan bakteria tersebut. Maknanya, kalau terdapat satu bakteria, ia akan membiak menjadi beribu-ribu bakteria dalam beberapa minit sahaja.

Jadi rule of thumb, 
* elakkan makan makanan kenduri pada lewat petang.
* elakkan makan makanan separa masa seperti kerabu ketika musim kenduri
*lihat, hidu dan rasa makanan kenduri yang ingin dimakan

Kesimpulannya ayam masak merah tidak salah , tetapi pengendalian masakannya perlu betul.


Catatan hidup seorang pendidik

Selalu apabila dikatakan seorang pendidik, semua beranggapan mereka sempurna dan serba tahu. Walau pun begitu, kehidupan seorang pendidik ternyata sebenarnya seperti orang lain juga. Punya masalah dan cabaran.

Saya merupakan seorang pendidik selama hampir 9 tahun berkhidmat di Kolej Komuniti. Berpengalaman mengajar pelbagai lapisan masyarakat yang datang dari seluruh pelusuk negara amnya dan Sabak Bernam khasnya.

Pada asalnya , saya tidak terfikir langsung untuk menceburi bidang akademik seperti sekarang ini. Saya mengambil jurusan Bacelor Sains dan Teknologi Makanan di Universiti Putra Malaysia yang pada ketika itu, ramai yang mempersoalkan "nanti keluar jadi apa?". Namun, itulah tekad saya sejak tingkatan 5, menjadi ahli teknologi makanan. Syukur, ibu bapa saya tidak pernah menghalang minat dan kecenderungan anaknya.

Saya lebih menghargai makanan. Saya sangat kagum dengan makanan yang diciptakan Tuhan. Kesihatan kita sebenarnya bergantung dengan apa yang kita makan. Makanan juga boleh menjadi ubat. Menarik bukan! Ujikaji kami sebagai pelajar sains makanan berkisar tentang makanan dan pemprosesan makanan seperti macam mana hendak menghasilkan air soya yang baik. Bagaimana hendak menghasilkan mi kuning yang tahan lama dan selamat. Semuanya memerlukan sains makanan.

Perjalanan saya sebagai pendidik bermula apabila saya cuba memenuhi impian ibu yang mahu saya bekerja dalam situasi yang "normal". Tidaklah keluar bintang , balik kerja dengan bintang. Saya mendaftarkan diri sebagai guru pelatih di Maktab Perguruan Teknik Kuala Lumpur dalam jurusan Diploma Pendidikan (KPLI) MPV Pemprosesan Makanan. Akhirnya setelah tamat latihan perguruan, saya di tempatkan di Kolej Komuniti Sabak Bernam yang ketika itu berada di bawah bumbung Kementerian Pendidikan Malaysia sebelum dipisahkan menjadi Kementerian Pengajian Tinggi.

Sebagai pensyarah, saya mengajar pelajar sepenuh masa dan pelajar hujung minggu. Belum lagi tugas - tugas komuniti dan pejabat yang sentiasa memenuhi ruang kerja saya sebagai pendidik. Pulang dari bekerja, saya melaksanakan tugas harian sebagai ibu dan isteri. Pastinya semua itu, memerlukan komitmen dan tenaga harian yang berpanjangan.

Oleh sebab itu, saya memilih Shaklee sebagai makanan tambahan supaya saya dapat menyelesaikan kerja - kerja yang tidak pernah akan habis dengan penuh bersemangat. Saya cuba mengisi masa lapang (walaupun tidak lapang) dengan bisnes Shaklee setelah mendaftarkan diri sebagai pengedar bebas Shaklee.

Saya memilih Shaklee kerana pada hemat dan ilmu saya, Shaklee merupakan makanan tambahan yang diadun untuk memenuhi keperluan tubuh secara semulajadi tanpa bahan - bahan terlarang. Shaklee juga telus dalam mengistiharkan kandungan produknya.

Jadi, anda boleh memesan produk Shaklee melalui saya. Boleh baca entri tentang kebaikan Shaklee  di blog bisnes shaklee saya superfoodstoresb.blogspot.com