Thursday 22 May 2014

Sijil Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan Kolej Komuniti Sabak Bernam

UPU online sudah keluar keputusan. Jadi para pelajar perlu terima atau tidak pilihan yang diberi. Sebaiknya jawablah tawaran tersebut. Menurut rakan pegawai pengambilan Kolej Komuniti, tawaran yang diberikan UPU ini bermaksud, 1 pelajar, 1 tawaran. Ini bermakna kalau pelajar tolak, pelajar berkenaan tidak akan menerima tawaran institusi yang lain. Saya sekadar nak berkongsi maklumat tentang Sijil Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan. Program ini dijalankan selama 16 bulan termasuk latihan industri. Di Kolej Komuniti Sabak Bernam, peralatan untuk program ini lengkap untuk kemudahan pelajar mengambil kira program ini berkembang sejak 2004 lagi. Program ini diiktiraf oleh MQA dan JPA. Yang paling penting, Kolej Komuniti adalah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Bukan kolej swasta tau.


Para pelajar ada yang menjadi usahawan, menyambung pelajaran dan ada yang berkhidmat sebagai penjawat awam seperti pembantu murid. Maklumlah dah lama. Dahulu , program ini dijalankan selama 2 tahun. Namun proses revolusi dan evolusi pendidikan yang berlaku memberi peluang, program ini ditambah baik selaras dengan keperluan industri. Peluang pekerjaan sangat banyak. Mahu dengan tidak sahaja. Bidang pemprosesan makanan ini lebih menjurus kepada sains dan teknologi makanan. Apabila pelajar tamat program sijil ini, pelajar boleh menyambung pelajaran di peringkat diploma di Politeknik Sultan Ahmad Shah dalam bidang Diploma Teknologi Makanan. Syarat untuk masuk ke program ini sungguh mudah iaitu lulus SPM , lulus Sejarah dan kredit dalam mana - mana 1 matapelajaran. Kemasukan untuk Julai sudah dibuka. Anda belum terlambat jika belum memohon UPU online. Hubungilah unit Hal Ehwal Pelajar Kolej Komuniti Sabak Bernam, untuk mengetahui caranya.

Tambahan syarat baru, perlu lulus Sejarah dalam SPM

Ini adalah subjek yang dipelajari pelajar ketika di semester 1

Ini adalah subjek yang dipelajari pelajar ketika di semester 3

Subjek di semester 2 ialah Perundangan Makanan berkenaan akta makanan dan peraturan makanan 1985, Pemprosesan Hasil Buah - buahan dan Sayur - sayuran, Kawalan Mutu Makanan dan Pemprosesan Ikan dan Hasilan Laut. Pelajar bukan sahaja setakat menghasilkan produk, tetapi pelajar juga diberi peluang untuk menganalisis produk.

Apapun, daftar dulu, belajar dulu, baru tau.

ini iklan kemasukan bukan Julai 2014
Rasanya itu sahaja yang dapat saya kongsikan setakat ini. Satu masa nanti, saya akan kongsikan kejayaan bekas pelajar saya. Saya sangat bangga dengan mereka.


16 comments:

  1. saya nak tanya yang sem tiga ada workplace english kan? workpalce english tu mcm mana eh ?

    ReplyDelete
  2. Assalammualaikum,saya lepasan spm2019,saya mendapat tawaran sijil ni tapi saya menolak tawaran itu sebb tertentu,kalau tahun 2020 boleh tk saya memohon sijil ini sekali lagi ?dan saya tinggal di sabak bernam hahah

    ReplyDelete