Hampir setiap petang, saya cuba mengisi masa dengan anak. Bonding time katanya. Anak saya sudah biasa aktif dengan arwah adiknya dulu. Aktiviti seperti berbasikal dan lumba lari itu biasa mereka buat berdua. Kini setelah Anas tiada, sayalah jadi gantinya untuk kawan berlumba lari. Untuk salurkan energinya, saya bawa dia ke Taman Tasik Taiping. Memang happening tempat ni.
Panduan Makanan Sihat dan Selamat merupakan sebuah blog perkongsian ilmu tentang makanan dan sains dalam kehidupan oleh seorang pensyarah pemprosesan makanan, ibu, isteri dan pengedar bebas Shaklee.
Sunday, 14 August 2016
Tuesday, 26 July 2016
Belasungkawa Anasku Sayang : Ujian Ramadhan dan Syawal yang paling diingati
Entah berapa kali saya menaip dan memadamkan semula tajuk blog kali ini. Sudah beberapa tajuk yang hanya sekadar menjadi draf. Saya memang buntu dan acap kali menarik diri untuk menulis.Mungkin kerana blog ini penuh dengan kenangan saya. Namun menulis merupakan terapi saya dalam menangani emosi yang banyak pasang surutnya.Tambah - tambah sejak diuji Allah menjelang Syawal tempoh hari. Nak tulis tajuk pun sedih.Apatah lagi nak ceritakan apa yang berlaku.
Tuesday, 26 April 2016
Menjejak bekas pelajar Kolej Komuniti Sabak Bernam
Bersempena memasuki tahun ke 16 tertubuhnya Kolej Komuniti Sabak Bernam, pihak jawatankuasa alumni Kolej Komuniti Sabak Bernam ingin menjejak kembali bekas pelajarnya. Kami mahu melihat sejauh mana keberkesanan program yang ditawarkan di Kolej Komuniti Sabak Bernam. Jadi mohon kepada semua bekas pelajar untuk mengisi maklumat dalam borang yang disediakan.
Sila Klik link ini ----> BORANG MAKLUMAT ALUMNI
Terima kasih atas kerjasama semua
Tips mencari nama syarikat
· Ini hasil mentelaah dan perkongsian dengan pelajar saya. Khas untuk yang sedang mencari nama syarikat. Harap - harap tips di bawah ini membantu anda.
Monday, 11 April 2016
Tips memasak bubur nasi bayi dengan menggunakan periuk nasi elektrik
Hari ini saya nak kongsi tips memasak bubur nasi untuk ibu yang bekerja. Sejak usia anak saya mula menjangkau usia 9 bulan, setiap hari adalah wajib untuk saya membekalkan bubur nasi air tangan mamanya. Supaya dia terindu rindu ibunya sampai ke tua. hihi. Oleh kerana saya mempunyai anak yang bersekolah, tidak bersekolah dan masih bayi, adalah mustahil untuk saya masak di awal pagi tanpa persediaan awal. Jadi, apa yang saya buat, saya masak bubur nasi kosong (plain) awal minggu. Jadikan stok untuk 7 hari. Sudah tentu saya gunakan ilmu sains makanan yang saya pelajari bertahun2.Yang pasti ada air tangan ibu, selamat, berkhasiat dan ada unsur kasih sayang di situ.
Monday, 28 March 2016
Buku seronok baca : Memulakan Bisnes Sendiri oleh Ainon Mohd.
Semalam petang hingga ke malam, sambil rehat-rehat dengan anak, saya menghabiskan membaca buku "Memulakan Bisnes Sendiri" edisi kemas kini oleh Pn. Ainon Mohd. Memang buku ini rare atau lain daripada buku motivasi bisnes yang lain. Siapa yang berkecimpung dalam bisnes mesti baca buku ini.WAJIB.
Sunday, 20 March 2016
Penang Bird Park di Seberang Perai
Cuti sekolah saja bawa anak - anak berjalan jumpa sanak saudara. Selain itu kena juga masukkan aktiviti rekreasi dengan anak-anak.Di penang sebelah tanah besar, tak banyak tarikan rekreasi yang sesuai utk kanaj - kanak. Akhirnya, kami memilih ke Bird Park. Tiket masuk dewasa harganya RM23 dan kanak - kanak rm13. Parkingbya mudah kalau datang awal pagi. Sepelaung saja.
Tuesday, 15 March 2016
Alumni Sijil Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan
Subscribe to:
Posts (Atom)