Sunday 5 January 2014

[update 2] Bantuan untuk adik Nurkhatijah Abdullah dan adik Norsyafiqah

Rentetan kisah yuran dari duit syiling, saya terima banyak pertanyaan bagaimana bantuan dapat disalurkan. Para dermawan yang budiman boleh menghubungi terus pihak sekolah atau pun ustazah Khadijah yang memulakan usaha mencari sedikit sumbangan untuk pelajar - pelajar tersebut.

Boleh hubungi ustazah Khadijah bt Alang Abd Shukur di talian 017-3078400 atau terus ke Sekolah Agama Integrasi Ar Rahmaniah, Taman Dagang, Ampang.

 
Nama pelajar yang dirasakan sangat memerlukan bantuan ialah ;1.Nurkhatijah bt. Abdullah,2.Norsyafiqah bt.Abdul Rahim,


Bantuan boleh disalurkan ke akaun Maybank ustazah Khadijah .

No Akaun Ustazah : (DITUTUP)

Hanya Allah s.w.t. sahaja yang dapat membalas jasa dan budi para dermawan sekalian. Ini kes yang tercungkil. Pasti ada juga yang mengalami nasib yang hampir serupa namun hilang di tengah - tengah masyarakat. Rezeki anak - anak inilah kerana kemahuan mereka kuat untuk bersekolah agama. Didoakan mereka berjaya menjadi orang yang berguna dan boleh membantu orang lain pula.


p/s : Hasil bantuan yang diterima akan digunakan untuk membayar yuran bas sekolah, keperluan sekolah termasuk yang melibatkan sekolah kebangsaan. Ini info yang diterima setakat ini.  Selain itu, kalau ada yang mahu menawarkan pekerjaan kepada nenek Nurkhatijah dan ibu Norsyafiqah, sangat dialu - alukan.

Perasaan saya : tersentuh juga bila diceritakan Nurkhatijah asyik bercerita keseronokan membeli barang keperluan sekolah tempoh hari. "Ada pensel warna, ada beg ...." 

Allah, berbahagialah orang - orang yang menggembirakan anak yatim,kerana mereka bakal menjadi penghalang dirimu dari api neraka. 

13 comments:

  1. masuk account ustzh khadijah tu nnti camne nk bezakan duit org yang derma dan duit ustzh khadijah?

    ReplyDelete
  2. Boleh hubungi terus Ustazah tu selepas bankin duit dan maklumkan jumlahnya.
    Jika tak yakin, boleh jumpa keluarga dua pelajar itu dan beri sumbangan terus.
    Untuk alamat dan maklumat lanjut boleh hubungi no.ustazah tu.

    ReplyDelete
  3. Salam Puan,

    Akaun MBB ustazah tersebut telah disekat oleh pihak bank

    Status: Unsuccessful - Account is not authorised.
    Reject code: [0076]

    ReplyDelete
  4. Aah, dah direject. mungkin puan boleh kemukakan no akaun puan dan serahkan kepada ustazah?

    ReplyDelete
  5. sebak baca kesah adik ini..sama baya dgn anak sulung sy..tp mereka bertuah...tq ustazah atas usaha murni ustazah..hanya Allah yg dpt membalasnya..

    ReplyDelete
  6. Will be sending some stationeries donation from my son, we live in UK. Can we have the full address for the school please, postcode included. Thanks.

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. akaun adik nur khatijah abdullah bank rakyat 220621244780, nur syafikah , bank rakyat 220141565286.

    ReplyDelete
  9. Apasal akaun Nur Khatijah Abdullah & Nur Syafikah kuar nama orang lain?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu trustee dia, mereka masih bawah umur so ada truste/ pemegang amanah iaitu

      shamsiah (nenek) trustee of nur khatijah
      eni (mak syafikah) trustee of norsyafikah

      Delete
  10. Kedua-dua anak ini masih bawah umur. Maka biasanya akaun amanah akan dibuka oleh Pemegang Amanah

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  12. TERIMA KASIH KAK ZUNAIRAH, semoga Allah merahmati usaha murni Kak Zunairah

    ReplyDelete