Monday 21 April 2014

Panduan pemakanan untuk mengawal keputihan (jangkitan Candida Albicans)

image
Apabila post ini dipaparkan dalam fan page saya, ia menyebabkan saya terlibat dalam beberapa perbincangan.Sebenarnya, candida albicans ini, bukan nama asing bagi saya kerana ia adalah sejenis yis yang turut ada fungsinya dalam pemprosesan makanan.Namun , ia lebih dikenali sebagai faktor utama candidiasis.
Mengikut perbincangan awal saya secara tidak rasmi dengan seorang ahli farmasi, saya difahamkan, ia boleh berlaku di vagina atau di mulut.Selalunya ubat antiyis atau antikulat digunakan bagi mengurangkan masalah tersebut. Sifat Candida albicans itu sendiri anda kena kenal pasti.Ia adalah sejenis yis dan ia menggemari keadaan diet yang tinggi karbohidrat dan tinggi gula.

Jadi, bagi mengurangkan simptom atau masalah tersebut, pesakit perlu mengurangkan diet yang tinggi karbohidrat,tinggi gula,makanan yang dihasilkan daripada yis,makanan tenusu terutamanya keju yang diperam melebihi 6 bulan, minuman alkohol dan lain-lain.

Diet makanan yang dicadangkan ialah buah-buahan dan sayur-sayuran yang tidak manis dan kurang kanji.Contohnya, brokoli,kale,bendi,bayam,sawi Dan banyan lagi sayuran hijau yang lain.Buah - buahan yang digalakkan ialah yang tinggi asid semulajadi seperti beri,epal,limau,lemon dan jambu.Elakkan sayuran seperti lobak merah, ubi keledek, kentang atau makanan yang tinggi kanji.Buah seperti tembikai, rambutan, durian,pisang atau buah - buahan yang manis dan tinggi kandungan airnya perlu dielakkan.
Selain itu elakkan makanan yang dihasilkan daripada yis seperti roti,donut,beer atau minuman beralkohol dan sebagainya. Elakkan juga sumber protein seperti cendawan, keju yang diperam melebihi 6 bulan seperti Parmesan, iaitu keju dari jenis hard cheese.

Bukanlah bermakna anda tidak boleh makan sumber protein atau karbohidrat langsung.Anda boleh sahaja makan daging,ayam,ikan dan hasilan laut jika ia diperoleh secara segar dan tidak diperam. Makanan peraman yang anda boleh cuba ialah yoghurt atau pun tairu.

Elakkan minuman yang tinggi kafein seperti teh dan kopi.Anda boleh gantikan dengan teh halia, teh mint atau teh herba yang lain kerana herba selalunya mempunyai sifat fungisid secara semulajadi. Ini adalah antara faktor yang menyebabkan alfalfa berjaya mengurangkan masalah candidiasis pengguna di atas. Jadi, jika anda teringin teh herba yang sedap, saya syorkan peppermints ginger shaklee yang sesuai untuk ibu mengandung yang kerap mengalami masalah candidiasis ini. Selain itu produk tersebut dapat membantu mengurangkan rasa loya dan keadaan berangin ibu mengandung. Diet yang tinggi rempah ratus juga turut membantu seperti penggunaan herba basil,kunyit,ketumbar,rosemary,oregano,kayu manis,serai,buah pelaga,jintan putih,jintan manis dan sebagainya. Selain itu, kurangkan gula dalam makanan dan minuman. Elakkan juga segala jenis manisan,jeruk dan buah-buahan kering.

Insya Allah,saya akan tambah info lagi jika saya bertemu dengan beberapa perkara baru tentang makhluk halus ini.Saya sendiri pernah mengalami jangkitan Candida albicans yang agak serious yang menurut pakar menyebabkan kontraksi ketika usia kandungan 8 bulan, kebocoron air ketuban ketika mengandung dan juga preterm labor ketika mengandung anak sulung.Walaupun nampak remeh,implikasinya besar.Namun, kia memang tidak mampu mengelaknya,kerana candida albicans ada pada semua orang.Cuma apabila tubuh kita stress atau kurang daya tahan atau sistem imun kita rendah, ia meningkatkan potensi serangan candida. Jadi, untuk kekal sihat, rehatkan diri, tingkatkan imun sistem tubuh seperti lebihkan makanan yang tinggi vitamin C atau lebih mudah , dapatkan nutriferon shaklee yang dihasilkan oleh pakar imunologi khas untuk pengguna Shaklee dan ia telah dipatenkan.

Diet yang disyorkan bukanlah nasihat klinikal tetapi sekadar perkongsian ilmu dari pembacaan saya. Diet makanan yang disyorkan perlu diamalkan selama dua minggu bagi menampakkan hasil yang memberangsangkan.

Rasanya itu sahaja coretan untuk kali ini.Saya bersedia menerima teguran dan komen. Hantarkan kepada email zunairahagi@gmail.com.
Kepada yang berminat untuk mendapatkan produk Shaklee, boleh juga menghubungi saya di talian 012-2248189.

No comments:

Post a Comment