Thursday 22 May 2014

Guna kotak shaklee jadi tempat simpanan almari

Mood 5S di rumah masih panas. Jadi malam tadi, patutnya tulis manuskrip, tapi kepala sangat berat nak fikir. Jadi saya buat aktiviti mengemas di tengah malam. Mula - mula saya lipat plastik untuk disimpan . Nanti saya upload kemudian. Terlupa pula.


Kemudian, dek kerana tempat simpanan untuk pakaian suami makin bertambah. Saya terpaksa fikir cara alternatif untuk memudahkan keadaan. Mujur ada kotak shaklee yang keras dan cantik. Saya minta suami belikan pembalut hadiah. Sangat 'berbunga'. Kotak itu, saya simpan seluar dengan susunan menegak. Terutamanya seluar yang jarang digunakan. Nak pilih seluar pun mudah. Tak perlu tarik satu persatu.

Ini lah kotak shakleeku.


Kotak shaklee  yang dipotong bahagian atas.

Corak tu, bukan saya yang pilih. Suami yang pilih. Klasik sangat.:) 

Kotak shaklee yang telah dibalut sempurna. Kedua - duanya kotak Shaklee.
Jom kitar semula. Jom susun atur.

No comments:

Post a Comment