Thursday 13 February 2014

Spaghetti bolognese mudah

Sarapan pagi saya anak beranak hari ini ialah spaghetti bolognese.Memang banyak resepi spaghetti bolognese dengan pelbagai resepi atau ready made sos. Kali ini, saya nak kongsikan resepi yang anda boleh siapkan dalam tempoh 15 minit sahaja. Sempatlah dalam kekalutan pagi, untuk ibu - ibu menyediakan bekal untuk anak - anak.


Bahan - bahan

seulas bawang putih diketuk
1/2 tin kecil puri tomato
3 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
1 cawan tomato yang dikisar
1 batang lobak merah yang dipotong dadu
4 sosej dikisar kasar
1 sudu besar gula pasir
2 sudu kecil garam @ secukup rasa
oregano secukupnya
minyak untuk menumis
air secukupnya

Kaedah

Tumis bawang putih ke dalam minyak panas.
Masukkan puri tomato.
Masukkan sos tomato.
Kemudian sos tiram untuk menggantikan L&P Sos.
Masukkan gula untuk sedikit rasa karamel dan garam secukupnya.
Tuang air untuk menghasilkan kuah. Masukkan lobak merah yang didadu, tomato cincang dan sosej yang dikisar . Masak sehingga empuk.Akhir sekali masukkan sedikit oregano untuk menaikkan bau.
Dah siap.

Jangan lupa, rebus spaghetti untuk dimakan bersama.

Mudah tanpa perlu membeli sos bolognese segera.

nota kaki : makan sejuk pun sedap.maaf gambar tak ada. tapi rupa memang sama seperti spaghetti bolognese yang lain

melkan kepada saya sebarang komen atau pertanyaan melalui alamat berikut : zunairahagi@gmail.com

No comments:

Post a Comment