Sunday 29 June 2014

Apa mealshakes shaklee dah buat pada anak saya?

Tadi semasa browse foto - foto lama dalam FB, saya terjumpa foto yang menyentuh perasaan saya. Foto anak saya dirawat di hospital. Foto ketika menunggu turn untuk berjumpa doktor. Tangan dengan drip. Ketika itu, usianya sudah setahun lebih, namun rutin bulanan masih menjejak ke hospital. Hingga saat ini saya masih rasa bersalah kerana tidak berupaya menyusukannya dengan susu ibu sehingga usia 6 bulan. Namun, perasaan itu disedapkan oleh suami dengan ayat Quran juga. Katanya, kalau ibu tidak mampu, dan anak tidak mahu menyusu, kita buatlah setakat yang mampu.

Memang ketika mengandungkannya, saya mengalami tekanan dan alahan yang agak teruk. 9 bulan mengandung, 9 bulan morning sickness. Hingga ke satu tahap, saya hanya mampu makan epal hijau, bihun goreng kosong (tanpa ada daging atau sayur), air tembikai, air teh panas, buah delima, kurma dan kismis. Sehinggakan saya boleh senarai semua menu yang saya hadap selama 9 bulan. Saya tidak boleh bau, tak boleh makan daging atau yang seangkatan dengannya. Memang jimat juga kerana saya tidak boleh langsung bau atau menjamah semua makanan segera seperti KFC dan lain - lain. Mungkin tekanan juga menyebabkan saya alahan teruk, di mana ketika itu saya sedang menyambung sarjana dan dalam masa yang sama, suami berada jauh di Tawau. Kadang kala, 3 bulan sekali baru berjumpa. Mujur juga ada telefon sebagai penghubung.Bersyukur juga, saya mempunyai sistem sokongan keluarga yang sangat kuat. Adik - adik sangat menjaga kakak yang banyak songel ini.

Pernah terjadi, saya terpaksa berbuka puasa kerana tak tahan bau bahan kimia di makmal. Pada minggu ke 32, saya mengalami simptom preterm labor menyebabkan saya diberi rehat selama 3 minggu. Tepat - tepat 36 minggu, Khaulah Amni dilahirkan kerana kandungan air ketuban kurang kerana berlaku kebocoran. Alhamdulillah juga, saya dikendalikan oleh pakar - pakar O&G yang terbaik dari Hospital Putrajaya. Bermacam peristiwa sebenarnya ketika sebelum menyambut kelahiran Khaulah. Bermula dengan suami saya cedera kerana kemalangan jalan raya, ibu mertua dimasukkan ke hospital kerana serangan strok yang menyebabkan dia mampu terbaring saja dan bermacam - macam lagi. Apabila difikir - fikir, semua keadaan yang berlaku antara penyebab saya stress dan stress boleh membantutkan proses penyusuan. Saya hanya bertahan hingga bulan ke4. Tambahan pula, belajar ilmu penyusuan pula tidak habis. Maklumlah, tinggal di kalangan orang bujang. Saya memang kurang sangat ilmu.Jangan lupa, saya masih pelajar sarjana dan saya mula datang kembali meneruskan pengajian ketika saya tamat berpantang 40 hari! Namun ada yang lebih hebat, 2 minggu berpantang, sudah di makmal.

Saya bukan memberi alasan, namun saya boleh membandingkan perbezaan anak yang diberi susu ibu sepenuhnya dan anak yang tidak diberi susu ibu sepenuhnya. Anak kedua saya, masih menyusu hingga sekarang biarpun pada Ogos nanti akan menjejak usia 2 tahun. Anas, boleh dibilang berapa kali demam sepanjang usianya. Saat usia Khaulah 30 hari, dia sudah mengalami demam, selsema dan batuk. Keadaan yang menyebabkan saya berulang alik berjumpa doktor. Saya sudahlah jenis kalut. Cemas seorang diri. Hampir setiap bulan pasti, saya ke klinik. Selain itu, Khaulah suka muntah. Dahulu hampir setiap hari saya terpaksa menukar cadar dan bajunya setiap malam. Dengan sekali batuk, dia boleh muntahkan semua makanan yang dimakan pada hari itu. Tubuhnya halus, namun tidaklah ketara sangat kerana rangka tubuh yang besar (genetik).

Biarpun begitu, Khaulah anak yang sangat baik. Dia tidak meragam sepanjang perjalanan ketika saya memandu ke Sabak Bernam berdua dengannya. Dia tidur di dalam car seat sepanjang perjalanan selama 2 jam setengah dari Selayang. Dia tidak pernah menyusahkan pengasuhnya. Dia sangat bijak biarpun usianya ketika itu masih kecil. Dia tidak banyak kerenah apabila sakit, cuma dia tak gemar makan ubat (penat agaknya).Apabila sakit, dia hanya diam dan baring sendiri. Keadaan itulah yang menyebabkan saya risau. Jika saya membuat kerja - kerja rumah, dia boleh bermain sendiri di dalam kamar katilnya. Ya dia sangat berdikari kerana dia tahu, ibunya berseorangan ketika itu.

Saranan adik saya, menyebabkan saya Google tentang Mealshakes. Alhamdulillah, kini, saya boleh bilang berapa kali saya ke klinik setahun. Hinggakan, bila pulang ke kampung, semua tidak percaya, Khaulah semakin bertubuh (loghat orang tua), maknanya semakin banyak isinya. Berisilah pendek kata. Mealshakes membuatkan, Khaulah tidak lagi batuk muntah setiap malam. Kini semakin jarang, namun, saya masih monitor dengan keadaannya. Jika demam, dia tidaklah melepek dan terbaring saja. Sekarang, dia sangat aktif walaupun demam. Tempoh demamnya pun berkurang . Dari 3-4 hari kepada 1-2 hari. Kadang - kadang hanya sehari. Pagi demam, petang sudah kebah. Saya tambah dengan omega guard dan nutriferon sesekali.

Jadi apa mealshakes dah buat pada anak saya?

1. Khaulah semakin berisi
2. Khaulah dah tak muntah tiap malam. Jarang - jarang. Muntah bila makan terlalu banyak, ada la.
3. Khaulah bijak sesuai dengan umurnya. Saya bangga, dia pandai membaca Al Fatihah, baca doa makan, doa tidur, doa naik kenderaan, boleh diharap untuk mengasuh adiknya (walaupun masih tak harap)
4. Kulitnya tidak luka lagi kerana gigitan nyamuk.
5. Khaulah sudah jarang - jarang sakit demam yang teruk.
6. Khaulah sudah tidak sembelit lagi. Setiap hari, pasti ke tandas.

Gambar kiri ialah Khaulah sebelum mengambil mealshakes pada usia setahun setengah.
Gambar kanan ialah Khaulah pada usia setahun 8 bulan selepas mengambil mealshakes.
Gambar terkini Khaulah ketika Conference Shaklee 2014. Abaikan rambut tu, sebab dia baru lepas berlari dan berkejaran dengan adiknya. Februari 2015 dia akan berusia 4 tahun.
Saya pinjam poster SID di atas

Untuk sebarang cadangan dan mendapatkan Vitamin - vitamin Shaklee , boleh hubungi saya di

FB : Zunairah Abdul Ghani
Fan pages : Zunairah Foods Store
Blog : http://zunairahghani.blogspot.com (Panduan Makanan Sihat dan Selamat)
email : zunairahagi@gmail.com
no h/p: 012-2248189


Cara order macam INI. Nak order klik SINI.

No comments:

Post a Comment