Thursday, 20 March 2014

Punten : antara makanan tradisi yang sedap di Sabak Bernam

Hari ini berpagi - pagi dan bersarapan dengan punten. Kerap ditemui di kalangan masyarakat Jawa Sabak Bernam. Saya tidak pernah bertemu punten di tempat lain. Di Sabak Bernam, ia jarang dijual di gerai - gerai kecil, kerana itu saya pasti, ada juga orang Sabak Bernam yang tak pernah merasa punten. Ia merupakan makanan tradisi yang saya fikir boleh di ketengahkan dan dimajukan.



Rasanya, sedap. Nasi dimasak dengan lebihan air seperti memasak nasi himpit, cuma ia dicampurkan dengan santan seperti nasi lemak. Lawan nasi punten ini ialah sambal bilis pedas yang teramat pedas kerana dimasak dengan cili padi sama ada berwarna hijau atau pun merah. Ada juga sambal punten dari udang kering. Mana - mana pun, rasanya sangat sedap dan pasti meletop sebab sangat pedas.

Kalau datang pekan Sabak Bernam, boleh singgah di salah satu deretan kedai makan berdekatan dengan Sabak Bernam Mini Convention Centre. Kedai makan di lorong belakang,kedudukannya 4 dari kiri. Namun kalau anda berkesempatan singgah di rumah kenalan Jawa, mintalah mereka sediakan atau belikan. Pasti lebih enak.


No comments:

Post a Comment