Thursday 3 April 2014

Cerita Bandung 2 : Hari pertama bercuti

 Percutian ke Indonesia kali ini, kami memilih Jakarta Bandung. Sebenarnya dah rancang untuk bawa anak - anak sekali. Namun, kerana cuti sekolah, ibu dan bapa saya tidak membenarkan cucunya ikut serta. Biar tinggal di kampung. Kebetulan saya ada program di POLIMAS pada 23 hingga 25 Mac di Kedah. Jadi malam 25 Mac saya terbang ke Kuala Lumpur kerana 26 Mac , flight ke Jakarta pada pukul 10 pagi. Agak penat, namun sebab nak jalan - jalan punya pasal, saya cekalkan hati.



Sebelum bertolak ke Indonesia, saya dan suami ambil Nutriferon dan Vitamin C Sustain Release Shaklee. It is a must! Nak tingkatkan imun sistem supaya boleh cergas masa bercuti nanti. Alhamdulillah, kami tak mengalami masalah sakit perut. Suami memang makan aja apa yang ada dijual di kaki lima. Maklumlah, kehendak makan tidak boleh disekat - sekat.LOL. Macam biasa, kami masih memilih Malaysian Airlines. Tiket ekonomi pada harga yang sangat berbaloi. Kapasiti beg pun besar, jadi boleh shopping lebih.:).

Penerbangan pukul 10 pagi, jadi kena tiba awal di KLIA jam 8.00 pagi
Nutriferon dan Vitamin C bekal wajib
Tiba di Bandar Udara Soekarno Hatta (Bandara) Jakarta, kami selesaikan semua hajat. Adik saya singgah sebentar membeli simkad prabayar Indonesia. Lebih jimat katanya. Niat dihati nak bertemu rakan di stesen Gambir nanti.  Dari Bandara, kami ambil teksi Blue Bird Group. Beratur saja di luar pintu airport. Ada juga ulat yang jumpa kami dan tawarkan Avanza dengan jumlah keseluruhan harga sekitar IDR180000. Namun, sebab ini negara orang, kami kekal dengan pilihan kami. Alhamdulillah, lebih murah dengan bermeter. Kami ambil Silverbird taxi dari kumpulan Bluebird. Tol dan parking ke Stesen Keretapi Gambir , penumpang kena bayar, macam teksi Malaysia juga. Harga tol dalam IDR13500, parkir di Stesen Gambir IDR4000. Jumlah bacaan meter bayaran sekitar IDR131000. Jumlah keseluruhan tak sampai IDR150000, kira masih dalam bajet lah. Bahagikan pulak untuk 4 orang. Kalau betul nak berjimatlah, boleh juga naik bas ke stesen Gambir dari airport tetapi kami ni nak temuramah pemandu teksi. Hihihi.Perjalanan ke Gambir ambil masa lebih kurang 1 jam jika tidak macet (sesak dan jam).
Tiket teksi
 Tiba di Stesen Gambir, kami pilih tren Argo Perahyangan ke Bandung. Kenapa pilih keretapi, sebab kami tak nak tersangkut dalam kesesakan lalu lintas di Jakarta. Perjalanan keretapi Jakarta ke Bandung ambil masa 3 jam berbanding dengan menaiki kereta boleh mencecah sehingga 7 jam jika macet. Pastikan anda sediakan passport anda jika nak beli tiket keretapi. Penggunaan id sangat penting untuk keselamatan katanya. Harga tiket keretapi ialah IDR90 000. Kami pilih yang berhawa dingin dan agak selesa. Kiranya kategori eksekutif.

Di stesen keretapi Gambir ini, ada pemandangan yang dah lama tak ada di Malaysia, iaitu 'porter'. Jumlah 'porter' dengan baju kemeja kuning bertulisan merah sangat ramai untuk bantu mengangkat barang penumpang. Mereka dikenali dengan baju bercetak nombor di belakang. Jadi jangan risau kalau bawa banyak barang. Upahnya pun murah dan setimpal tetapi kami sebab barang tak berapa nak ada, angkat sendirilah. Exercise!

Paling mengagumkan, para porter ni ada yang sanggup berlari mengejar keretapi yang belum berhenti untuk mencari pelanggan. Hebat sangat, tapi saya tak ada pula ambil video ketika scene tersebut. Stesen Gambir ada surau, ada tempat makan seperti KFC, dan sebagainya. Suasana dalam stesen agak bersih.

Ini ruang tengah stesen keretapi Gambir. Loket ialah, kaunter tiket. Masuk ialah arah untuk menaiki tren.
Ini kelas eksekutif.Ada disediakan bantal dan plastik sampah. Berhawa dingin dan ada tv. Ada soket untuk cas alat elektronik di setiap tempat duduk. Oklah kan.
sumber: http://flights.indonesiamatters.com/
Sementara tunggu tren, kami ke tugu Monas (Monumen Nasional) Jakarta. Rugi kalau tak pergi sebab 'walking distance ' sahaja dari stesen Gambir. Kalau nak beli baju dan segala cenderahati, semuanya ada. Pilih saja mana yang berkenan. Memang seronok melihat gelagat orang. Ada yang berjualan di tepi. Masuk ke dalam pagar, percuma saja. Kalau ada yang minta bayaran, itu ambil kesempatan namanya. Namun, kalau nak masuk dalam bangunan Monas, ada sedikit bayaran tiket. 

Sempat juga, adik saya bertemu dengan rakan sekuliahnya ketika di UKM di stesen Gambir. Berkongsi cerita setelah lama tak berjumpa. Kalau ada yang nak tukar wang di sini pun boleh, namun tukaran wangnya agak mahal. Dalam keretapi, kami memesan makanan dari pramugari dan pramugara yang ada. Macam biasa, menu utamanya, nasi goreng. Saya pilih nasi putih lada hitam dan aqua (air mineral). Harga makanannya berpatutan. Tiba di Stesen Bandung, kami salah keluar pintu. Sepatutnya ambil pintu utara, kami keluar pintu selatan. Pintu utara sebab nak ke hotel lebih kurang 150meter je. Berjalan kaki. Tapi sebab sampai dah malam, salah pintu pula, jadi kami ambil teksi ke hotel, kenalah IDR50000.Masa tu dah malas fikir, sebab dah letih sangat. Jangan lupa perjalanan saya dari Kedah.:).

Ini hotelnya. Damai dan jauh dari kebisingan kota.

 Check in di hotel Kenangan mudah sahaja. Macam Biasa, sediakan passport. Saya dan suami ambil bilik deluxe. Harga bilik IDR295000 semalam termasuk sarapan pagi dengan 4 pilihan makanan. Anda boleh pilih roti bakar, nasi goreng, mi goreng atau mi berkuah (tak ingat jenisnya). Pilihan air, teh , kopi atau aqua sahaja. 'Book' bilik hotel guna email sahaja, tidak perlu deposit. Disebabkan 'booking' awal, bilik kami di tingkat bawah mengadap parkir kenderaan. Senang. Bilik hotel, sediakan air panas, TV, peti ais. Pendek kata, serba cukup walaupun bukan hotel mewah. Jangan lupa bawa soket universal. Kalau terlupa nak bawa, beli sahaja di hotel. Harga dalam RM2.00.
Hotel Kenangan di Bandung

Laluan bilik tingkat atas

Ruang santai di tingkat atas.

Ruang lobi di tingkat bawah


Kafe hotel di lantai 1 (tingkat 1)

Rasanya cukup untuk cerita hari pertama kami. Diharap boleh jadi panduan kepada sesiapa yang mahu merancang trip ke Bandung. Sebarang komen atau teguran, sangat saya alu - alukan. Boleh juga email ke zunairahagi@gmail.com.

Jom bercuti.

No comments:

Post a Comment