Thursday 17 April 2014

Cerita Bandung 4 : Foto - foto di Bandung

Sebenarnya, kalau cerita kisah bercuti atau berjalan - jalan ini, memang tidak akan habis. Sekadar perkongsian , apa yang saya rasa menarik di Bandung.

Soto ayam di Bandung tidak sama dengan soto ayam di Malaysia. Di Malaysia, kuah soto dihidangkan dengan nasih impit. Di Indonesia, kebanyakan soto ayamnya dihidangkan dengan nasi. Ingatkan nak makan ringan - ringan , sekali jadi berat juga.

soto ayam Indonesia
 Tong sampah yang praktikal dan menjimatkan ruang. Lebih organik kerana plastik sampahnya boleh dilupuskan.
Lokasi tong sampah di depan Hotel Kenangan Bandung
 Penjaja dengan stall ditolak. Mereka tidak perlukan lesen niaga. Boleh berniaga di mana - mana, cuma dilarang berniaga di kawasan pusat bandar utama di Kota Bandung. Tak perlu lesen penjaja pun.
Pakcik stall adalah pemandangan yang biasa. Makanannya ada yang sedap - sedap tetapi awas, mungkin ada yang sakit perut
 Beca yang selesa untuk seorang. Di belakang , ada van atau dipanggil angkutan. Angkutan tersebut diwarnakan mengikut area - area tertentu. Jalan A, angkutan hijau. Jalan B, angkutan Merah. Tak perlu risau tentang pengangkutan awam di Bandung. Sentiasa ada. Walaupun macet, jarang kemalangan.:)
Kenderaan biasa di temui di Bandung. IDR 15000 paling mahal bersamaan RM4.50 itu pun kalau jauhlah perjalanan kita.
Ok, itu sahaja nak kongsi, sementara nak menunggu waktu rehat tamat.

No comments:

Post a Comment