Thursday, 17 December 2015

Resepi Magic pizza

Salam hormat..akhirnya..bersawang dah laman blog ni. Tuntutan kerja dan supermummy membuatkan saya tak berkesempatan nak update resepi dan info. Apapun, kalau anda share, saya halalkan sahaja. Ilmu lagi mantap kalau kita selalu share.

Resepi Magic Pizza


Magic Pizza  tema Seafood



resepi asal ketika demonstrasi masakan
Panas - panas sedap dik

Sekejapan saja dah nak selesai magic pizza tu!

Ketika program demo masakan menu sihat

Ada yang nak mencuba

Bahan - bahan

Roti Arab                                 2 keping
Mentega                                   50g
Bawang putih                           2 ulas
Bawang Holland (didadu)       1/2 labu
Tomato (didadu)                      2 biji
Tomato puri                             2 sudu besar
Oregano (kering)                     1 sudu teh
Lada hitam (ditumbuk)           1 sudu teh
Gula                                         1 sudu besar
Sosej (dicelur)                         1 @ 2
Cendawan butang (hiris)         100g
Keju mozarella / mayonis       20g

Kaedah

1. Cairkan mentega di dalam periuk bertangkai @ pan.
2. Masukkan bawang putih dan bawang holland yang dihiris. Masak dengan api sederhana sehingga kekuningan.
3. Tambahkan tomato puri, tomato yang didadu, gula. Perasakan dengan garam, lada hitam dan oregano. Tambahkan dengan air mengikut kepekatan yang dikehendaki.
4. Masak sehingga mendidih selama 8 minit - 10 minit. Sejukkan.
5. Letakkan roti arab di atas magic pan (pemanggang ajaib) selama 2-3 minit.
6. Alihkan.Sejukkan.
7. Sapukan sos tomato di atas permukaan roti arab sebanyak 2 sudu besar.
8.Tabur dan susun hirisan sosej, cendawan butang.
9. Akhirnya tabur dengan mozarella.
10. Masukkan semula ke dalam magic pan dan bakar sehingga keju mencair dan kekuningan (macam kesan bakar)
11. Sedia untuk dihidangkan.



Haaa..tak susahkan. Selalunya sebungkus roti arab ada 4-5 keping roti..Memang laju je kalau minum petang buat menu ni.Kadang - kadang tak ada keju pun, saya gantikan dengan mayonis.Itu pun selesai.Bahan yang nak ditabur dan susun tu, ikut kreativiti. Boleh buat tema sayuran, hawaii , makanan laut dan macam - macam lagi. Kos pun murah je.

Kalau agak - gak tak faham, sila lah datang ke Kolej komuniti Sabak Bernam, saya bersedia nak ajar anda.Macam - macam ada.

Ok. nak sambung buat kerja. Selamat mencuba.


4 comments:

  1. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Admin, i try recepi u ksi. sedap. i like admin. thx ya for sharing. Anyway, free2 jemput ke blog saya untuk info2 kekal fit and slim.

      >>>Tips Slim & Fit Semula Jadi!<<<

      Delete
  2. wow puan memang the best nanti kami pun test buat

    ReplyDelete