Monday 6 January 2014

[Episod akhir] Kisah yuran dari duit syiling

Saya rasa ini entri saya yang terakhir tentang kisah ini. Ustazah Khadijah telah menyatakan , setakat ini bantuan yang diterima lebih dari mencukupi. Jadi, kita boleh biarkan mereka menjalani kehidupan seperti biasa dengan motivasi diri yang luar biasa.

Beliau minta isu ini tidak disensasikan atau dipolitikkan kerana tujuan asal  hanya untuk mencari dana buat pelajar - pelajar tersebut. Mencari dana yang biasa - biasa yang bertukar menjadi luar biasa. Bukan salah siapa - siapa, kerana kisah ini boleh dijadikan iktibar. Sesungguhnya Allah swt yang merencanakan semuanya. Kita sebagai ahli masyarakat memang perlu mengambil tanggungjawab mencari orang - orang seperti ini. Tidaklah semuanya terserah di bahu pihak yang berwajib sahaja. Memang mudah untuk mengkritik, namun dengan mengkritik saja masalah tidak akan selesai.

Banyak sebenarnya pengajaran yang kita dapat dari kisah anak ini. Ramai sebenarnya wira yang tak didendang wujud dalam masyarakat kita. Kalau kita renung dan muhasabah, pasti ada seseorang yang memberi impak dalam hidup kita. Boleh jadi ibu , ayah, kenalan atau siapa saja.Wira ini, kadangkala terpaksa memekakkan telinga mendengar sindiran, kritikan, mengeluarkan tenaga, masa, mengorbankan diri, mengorbankan keluarga tanpa siapa yang peduli.

Mak Long , nenek Khatijah mengucapkan terima kasih dan sebak semasa saya berbual dengannya semalam. Dia tak sangka, ramai sungguh dermawan di kalangan anda semua. Syabas.

Akhir kalam, andai ada yang masih ingin meneruskan niat bersedekah sebagai dana pendidikan untuk anak - anak ini, boleh masukkan terus ke akaun bank adik ini 

adik Nur Khatijah Abdullah , Bank Rakyat : 220621244780, 
Trustee of Nurkhatijah bt. Abdullah : Shamsiah bt Yusof


Nur Syafikah Abdul Rahim , Bank Rakyat : 220141565286, 
Trustee of Norsyafikah bt. Abdul Rahim : Eni bt. Tarsidi

Sekian, jazakallah hukhairan kathira.

14 comments:

  1. tahniah akak atleast org buka mata terhadap kes adik beradik nie semoga Allah murahkan rezeki akak
    www.kucinghitam.net

    ReplyDelete
  2. Alhamdullilah & tahniah atas usaha Puan ...menyebarkan maklumat tentang kedaifaan keluarga adik Nur Khatijah sehingga membuka mata ramai dermawan dikalangan kita dan bakal merubah kpd kehidupan yg lebih baik utk Nenek & Datuk adik ini ...

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. maaf...saya da cek di Bank Rakyat...No akaun tersebut bukan milik Nur Khatijah....ini apa citer sebenanya.

    Adakah ini penipuan?????? Jawab la kamu semua di akhirat kelak...
    Astaqfirullah' hal azim

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nama yg keluar adalah nama trustees atau pemegang amanah iaitu nenek Khatijah dan ibu Syafikah kerana mereka masih kanak - kanak. Terpulanglah. Kalau nak menderma silakan. Kalau ragu-ragu , tak perlu menderma.
      Sekian.

      Delete
    2. tak-suka-anonymous-kat-atas-punya-attitude8 January 2014 at 19:05

      mak aih. terus bash tuu.
      camni sedara/i, sebelum bash, kita boleh je tanya dulu. contohnya

      kenapa saya check dengan bank rakyat, penama akaun tu bukan khatijah? nama orang lain? ---> tanya macam ni je, insya-Allah blog owner ni paham dan akan respon.

      tapi apa yang berlaku, "Adakan ini penipuan??????" banyak tanda soal tu sedara/i. ditambah lagi pulak "Jawab la kamu semua di akhirat kelak...." yang pasti, blog owner rasanya insya-Allah boleh jawab diakhirat. tapi saudara/i nak jawab macam mana diakhirat? saudara dah kira menuduh/memfitnah blog owner menipu. dan jika orang baca dan terima apa yang saudara/i kata, tanpa selidik, fitnah tersebar. apa yang saudara/i nak jawab diakhirkat kelak?

      kalau sebelum ni orang kata, fikir dulu sebelum cakap. terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata tak boleh buat ape. tapi sekarang ni tidak, terlajak taip boleh backspace. terlajak enter, baru tak boleh buat ape. :)

      Delete
    3. nak LIKE comment tak-suka-anonymous-kat-atas-punya-attitude boleh tak?

      Delete
  5. saya pun sependapat begitu.. sepatutnya wang itu terus ke akaun adik tersebut.. tak perlu org tengah.. ini org tengah nie kekadang amik kesempatan.. org bagi 500 dia hulur 400... itu memang kebiasaan berlaku...

    ReplyDelete
  6. Ok sok boleh derma...dah niat kena teruskan..haha

    ReplyDelete
  7. Tahniah kepada blog owner & uztasah kerana sharing. Semoga dirahmati Allah.
    Terharu membaca kisah 2 adik ini.

    Untuk bloggers, seperti mana ustazah dah membuat kenyataan bantuan yang diterima lebih dari mencukupi , tetapi ianya adalah untuk short term. Fitrah manusia lama2 akan lupa dengan kisah ini. Adik2 ini memerlukan bantuan (terutama pendidikan), so dengan menderma ke dana pendidikan mereka. itu yang terbaik. Bantu anak2 yatim amat besar pahalanya.

    Nasihat untuk diri saya sendiri & semua.

    Btw : Maybank acct ustazah dah diblock. Saya rasa memang wajar ustazah bbuat demikian.

    InshaAllah.

    ReplyDelete
  8. as'salam, sy share post blog pn di fb...just to spread the latest update...barakallah :)

    ReplyDelete
  9. saya cuba masuk account diatas tetapi atm machine minta re-key in..

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum

    Saya nak tanya ni bukan sebab nak berkira dengan adik-adik ni, cuma saya baru baca buku motivasi tentang kewangan dan saya terfikir.. juga memerhati saudara-saudara saya sendiri tentang attitude mereka terhadap wang..

    Ada yang terbiasa menerima bantuan lantas lama-lama ada dua sikap yang kadangkala serentak terjadi 1. merasa tidak berupaya dan geram terhadap orang lain yang mampu membeli itu dan ini sedangkan mereka menerima bantuan dari orang lain. jadi dia pun menghabiskan duit itu membelanja kawan-kawan supaya dia juga ada perasaan "mampu" seperti orang lain, 2. pada masa yang sama, rasa tidak dapat mengubah nasibnya lantas asik menunggu bantuan dari orang lain atau mencuri.

    kisah ini saya perhati pada saudara saya sendiri.

    sejak saya membaca buku motivasi itu, dan kemudian membaca kisah adik ni, saya tergerak nak menderma.. tapi saya juga tergerak dalam hati.. adakah sesiapa membantu keluarga ini untuk mengubah nasib mereka ... dan membantu mereka secara motivasi dan pendidikan mengenai pengurusan kewangan. bukan sahaja utk mengurus wang secara bijak (hidup sederhana etc), tapi juga bantuan motivasi dan keyakinan tentang bagaimana menjana wang secara kreatif (perniagaan dsb).

    Maaf ya kalau komen ini macam bagus je, tapi saya rasa puan mempunyai pengaruh dan kesungguhan.. barangkali boleh idea ini disampaikan kepada sesiapa yang sudi meluangkan masa dan tenaga utk keluarga ini.

    ReplyDelete