Tuesday 27 May 2014

8 perkara yang mematikan hati mengikut Ibrahim Bin Adham

Hati perlu digilap supaya terus bersinar. Andai kata tugas menggilap ini tidak dilakukan, hati akan mati. Bila hati mati, buat dosa pun tak rasa apa. Siapa Ibrahim Bin Adham ini? Sila cari dulu ok. Banyak buku pasal Ibrahim bin Adham ni. Rasanya buku untuk kanak - kanak pun ada (Abah saya ada bagi buku pasal Ibrahim bin Adham ni masa saya kecik. Terima kasih.).

8 perkara yang mematikan hati ialah :-



a. Mengetahui hak Allah tetapi tidak menegakkan hak itu.

b. Membaca  Quran tetapi tidak melaksanakan suruhan - suruhannya.

c.Mencintai nabi tetapi mengabaikan sunnahnya.

d.Takutkan mati tetapi tidak mempersiapkan diri.

e.Mengetahui syaitan adalah musush tetapi ghairah mengikut kehendaknya.

f.Takutkan neraka tetapi melakukan maksiat.

g.Mahukan syurga tetapi tidak beramal soleh.

h.Kekurangan diri sendiri dilupakan tetapi kekurangan orang lain diketengahkan.

Peringatan untuk kita agar menghidupkan hati. Dulu - dulu masa belajar, jadi budak hostel, selalu teringat kata - kata ustazah yang berupa ancaman. Kalau awak nak masukkan ilmu dalam otak awak, awak kena jauhkan diri daripada perbuatan yang mendekati syaitan seperti dengar lagu- lagu yang pelik - pelik dan perbuatan yang pelik - pelik. Dekatkan lah diri dengan Allah. Nescaya ilmu masuk dan melekat sangat mudah. Memang saya amalkan, tetapi masa belajar je. Jangan ikut. Pesan ustazah lagi, ilmu itu nur, syaitan itu api. Nur itu masuk dalam hati yang putih bersih. Kalau hati mati, memang susah ilmu nak masuk sebab tinted.

nota: Terkenang satu saat dulu, setiap pagi sebelum masuk dewan peperiksaan, singgah surau untuk solat dhuha. Hasilnya memang meriah dan lumayan. Tapi sekarang dengan reminder bagai, tak pi juga surau sepelaung tu. Allah, ampuni aku. Semakin tua semakin malas.

No comments:

Post a Comment