Thursday 15 May 2014

Penebar roti canai perempuan di Sabak Bernam



Sebenarnya , yang mahu saya 'highlight'kan di sini ialah penebar roti canai di Azura Corner, Sabak Bernam ini ialah seorang perempuan. Selalu kita jumpa, penebar roti ialah seorang lelaki. Namun, di Sabak Bernam ia berbeza. Yang melanggannya pula ramai lelaki. Apapun, saya puji perkhidmatannya. Cepat dan sedap. Rotinya garing dan kuahnya pun sedap. Nak tambah kuah pun boleh dengan percuma. Paling best, ia asli dari orang 'kita', orang Malaysia.

Jadi, kalau anda datang ke Pekan Sabak, jemput singgah mengeteh di Azura Corner.


Nota tangan: antara sebab saya senang berada di Pekan Sabak ini. Melihat warna warni kehidupan manusia. Miskin atau kaya bercampur baur.

Jika ada yang mahu membuat teguran atau sebarang komen, sangat saya alu - alukan. Melkan kepada zunairahagi@gmail.com

Saya penggemar Shaklee & saya jual Shaklee. Hubungi saya di SINI.

No comments:

Post a Comment