Tuesday 13 May 2014

Kursus Undang - Undang Perburuhan untuk majikan Malaysia

Ada seorang teman, mohon saya untuk iklankan program oleh Pertubuhan Kebajikan dan Sukan, Kementerian Sumber Manusia, Malaysia. Kursus ini khas untuk majikan, maksudnya anda ada pekerja. Kursus ini ada 2 siri.



Siri 1 bertajuk Kursus undang - undang perburuhan, dasar, prosedur dan syarat - syarat penggajian pekerja asing.

Tarikh : 22 Mei 2014 (Khamis)
Masa  : 9.00 pagi hingga 5 petang
Tempat : Grand Bluewave Hotel, Shah Alam
Tarikh tutup pendaftaran: 21 Mei 2014

Objektif kursus siri 1 ini untuk memberi panduan dan kefahaman menyeluruh kepada majikan berhubung undang -undang penggajian pekerja asing, keperluan melapor penggajian dan penamatan pekhidmatan serta dasar, prosedur dan syarat - syarat pengambilan pekerja asing.

Siri 2 pula bertajuk Kursus undang - undang perburuhan berkaitan penamatan perkhidmatan, disiplin pekerja dan siasatan dalaman.

Tarikh : 12 Jun 2014 (Khamis)
Masa  : 9.00 pagi hingga 5 petang
Tempat : De Palma Hotel, Ampang
Tarikh tutup pendaftaran: 11 Jun 2014

Objektif kursus ini memberi panduan dan kefahaman menyeluruh kepada majikan berhubung Akta Kerja 1955, kontrak perkhidmatan, siasatan dalaman dan penamatan perkhidmatan.

Yuran penyertaan :

1 peserta : RM700/seorang per siri
2 peserta : RM650.00/seorang per siri
3 peserta & lebih : RM600/seorang per siri

Tempatnya terhad. Dengar kata, kursus ini selalunya RM1k ke atas. Jadi kali ini macam murah. apa lagi, para majikan, rebut peluang tambah ilmu ini. 

Penceramah ialah Encik Chua Ah Ley   AMN,PMC,PJK . Mantan Timbalan Pengarah Tenaga Kerja , Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia.

Ini iklannya

Ini borang pendaftaran. Cetak, isi dan faks @ email kepada yang berkenaan.

Jika anda berminat, boleh hubungi dengan Puan Zaharah untuk sebarang pertanyaan (03-88865209 atau 012-3935840)

Nota : Sekadar membantu. saya tiada apa - apa kepentingan. Berharap juga, bekas pelajar saya yang sudah menjadi majikan dapat menyertai kursus ini sebab bukan mudah jadi bos.


No comments:

Post a Comment