Thursday 2 March 2017

Penghasilan puding cendol

Dah lama rasanya saya tak share resepi. Sebabnya tak berkesempatan nak ambil gambar langkah demi langkah. Sibuk mengajar, terlupa nak ambil gambarnya. Kali ini saya share resepi puding cendol. Cendol yang digunakan dihasilkan oleh pelajar kursus pendek saya. Kalau makan sejuk - sejuk, memang sedap.



Inilah puding cendol yang dihasilkan oleh peserta kursus pendek Kolej Komuniti Bagan Serai.  Kami yang turun mengajar ke Mini RTC Bagan Tiang untuk komuniti di sana. Jadi sesiapa nak jemput kami mengajar pun boleh, ikut kesesuaian tempat.

Ini cendol yang dibuat sendiri oleh peserta. Ini gambar permulaan je. Nak belajar, boleh buat permintaan dengan Unit Kursus Pendek Kolej Komuniti Bagan Serai


Bahan Lapisan Cendol
500 ml air
170 gm gula halus
250 ml air
1 peket agar-agar serbuk ( 10 gm ~ 12 gm )
250 ml santan ~ guna santan KARA ( santan KARA ni campur air jadikan 250 ml )
secubit garam
30 gm tepung jagung
500 gm cendol

Kaedah
1.      Panaskan 500 ml air dengan gula halus hingga gula larut
2.      Satukan agar-agar dengan 250 ml air dan tuangkan dalam adunan gula, masak hingga agar-agar larut
3.      Satukan santan, tepung jagung dan garam, kacau rata hingga tepung tidak berbintil
4.      Tapis, dan tuangkan dalam adunan agar-agar
5.      Bila didih, tutup api
6.      Biar suam sikit baru masukkan cendol.
7.      Sediakan loyang ukuran 10 x 10 inc @ bekas plastic kecil
8.      Basahkan dengan air
9.      Tuangkan agar-agar cendol
10.  Biarkan ia mengeras
11.  Sementara lapisan cendol mengeras kita sediakan lapisan gula Melaka

Bahan Lapisan Gula Melaka
200 gm gula Melaka
500 ml air
2 helai daun pandan di simpul
250 ml air
1 peket agar-agar  serbuk ( 10 gm ~ 12 gm)
250 ml santan pekat ~ guna KARA
secubit garam


Kaedah
1.      Panaskan 500 ml air bersama dengan gula Melaka dan daun pandan
2.      Bila gula dah larut, angkat dan tapis
3.      Dalam periuk lain, satukan 250 ml air dan agar-agar serbuk dan masak hingga agar-agar larut
4.      Tuangkan air gula Melaka yang telah di tapis
5.      Tuangkan juga santan dan secubit garam
6.      Kacau senantiasa supaya santan tak pecah
7.      Sebelum tuangkan lapisan gula Melaka ke atas agar-agar cendol, cucuk dahulu permukaan lapisan cendol atau cakar-cakar permukaannya supaya lapisan gula Melaka melekat dan tidak tertanggal nanti.
8.      Kemudian tuangkan lapisan gula Melaka
9.      Biarkan ia sejuk sebelum di dinginkan dalam peti ais.

Tips dan panduan

·         Untuk mengelakkan cendol mendap ke bawah, pastikan masukkan cendol dalam adunan santan tu apabila adunan santan telah suam.
·         Kacau rata baru tuang dalam loyang.
·         Untuk mengelakkan lapisan daripada tertanggal atau tidak melekat. Pastikan adunan lapisan santan ( cendol ) masih suam ketika lapisan gula Melaka di tuang.

·         Pastikan juga lapisan atasnya di cakar atau di cucuk-cucuk dengan garfu supaya ia melekat dan tidak tertanggal.

____________________________________________________________________________________
Ini kursus pendek kami di luar kolej. Ramai tau. Tengah panas pun, mereka ni sanggup datang belajar. Anda bila lagi?

Bagi sebarang permohonan kursus pendek di Kolej Komuniti Bagan Serai terutamanya bidang pemprosesan makanan, boleh emailkan kepada saya di zunairahagi@gmail.com atau hubungi unit kursus pendek Kolej Komuniti Bagan Serai, berhubung terus dengan Pn Rahiza Shima (019-4493451) . Kalau lokasinya bersesuaian dengan keperluan kursus, kami boleh turun ke tempat tuan puan. Keutamaan di sekitar daerah Kerian, Perak dan juga sekitarnya.


No comments:

Post a Comment