Tuesday 26 November 2013

Kenali Ubat Anda

Tengahari tadi, saya ke hospital melawat anak rakan di wad. Sebelum sampai ke kereta, saya singgah sekejap di tempat pameran bahagian farmasi. Saya mendapat penjelasan lebih jelas tentang kod kelulusan ubat KKM. 

Maklumatnya adalah seperti berikut:-

KOD UBAT KKM

* ubat terkawal : MALxxxxxxA (berakhir dgn A) mesti ada preskripsi doktor. Tidak boleh dibeli sebarangan.


* bukan ubat terkawal : MAL xxxxxx X (berakhir dgn X) boleh dibeli di kaunter farmasi macam biasa, contohnya panadol


*supplement : MAL xxxxxxN (berakhir dgn N)


*ubat tradisional : MAL xxxxxT (berakhir dgn T)


*cosmetic : MAL xxxxx K/KE (berakhir dgn K atau KE)

dan selain kod yang diberi, perlu ada hologram. Kalau hologram baru KKM ada gambar harimau. Cuba anda perhatikan betul - betul.


Kenapa unit farmasi melakukan pameran ini, supaya pengguna melalui konsep 5B. 

1. Pengguna ubat yang BETUL
2. Ubat yang BETUL
3. Dos yang BETUL
4.Cara pengambilan yang BETUL
5. Masa yang BETUL

APA ITU UBAT

Ubat ialah bahan kimia untuk mencegah, mengawal dan merawat penyakit.

UBAT AM 

Boleh dibeli tanpa preskripsi di kedai farmasi / kedai biasa. Contoh : vitamin atau ubat demam.

UBAT TERKAWAL DENGAN PRESKRIPSI

Boleh diperoleh hanya melalui doktor/ahli farmasi. Contoh: ubat darah tinggi, antibiotik

UBAT TERKAWAL TANPA PRESKRIPSI

Boleh diperoleh daripada ahli farmasi . Contoh : krim, ubat batuk, ubat selesema

PANDUAN PENGGUNAAN UBAT YANG SELAMAT


*Rujuk ahli farmasi/doktor serta merta jika mengalami reaksi luar biasa terhadap ubat.
*Ambil ubat mengikut selang masa yang ditetapkan. Jika terlupa jangan gandakan dos ubat.
*Semak tarikh luput, perubahan warna dan keadaan fizikal ubat.
*Pulangkan ubat yang lama , rosak dan luput ke farmasi di hospital.
*Bincang dengan ahli farmasi/doktor sebelum mula atau berhenti mengambil ubat.
*Pastikan ubat yang diterima betul.

Mengikut Akta Racun 1952 Seksyen 2 dan 19, semua ubat terkawal hanya boleh diperoleh terus daripada doktor dan ahli farmasi yang berdaftar. Preskripsi merupakan arahan bertulis berkaitan ubat daripada doktor.
AWAS!!!!


Ubat - ubat tradisional yang tidak berdaftar dan yang dicemari racun berjadual seperti steroid, sildenafil, phenylbutazone. Jangan beli dan jangan guna ubat - ubatan tidak berdaftar.

Saya mengalu - alukan sebarang bentuk cadangan dan teguran.

email : zunairahagi@gmail.com
no h/p : 012-2248189
blog: zunairahghani.blogspot.com & superfoodstoresb.blogspot.com
fanpages: superfood store sabak bernam 


Ilmu jika tidak diamalkan, akan mati. Jemput kongsikan dengan rakan - rakan anda.Tidak perlu minta kebenaran saya.

Untuk dapatkan produk Shaklee, sila hubungi saya seperti di atas.Terima kasih kerana membaca.

p/s: Produk shaklee , saya dah check ada kedua-duanya. hologram harimau lagi. 


No comments:

Post a Comment