Tuesday, 5 November 2013

Panduan menyedapkan makanan tanpa penambah perisa makanan (bahagian 1)

Kerap kali sebagai suri rumah, kita buntu mencari idea untuk memasak menu makanan setiap hari bagi memenuhi selera setiap orang. Bagi memenuhi kehendak untuk meneyedapkan masakan, kita memilih untuk memasukkan penambah perisa makanan seperti monosodium glutamate (MSG) dengan amaun "sesuka hati" dan "sesedap rasa" kita.

Teknik sebenar menggunakan penambah perisa ini , perlu kita kuasai kerana kita bertanggungjawab untuk menyediakan makanan yang sihat dan selamat. Tahukah anda, kita perlu memasukkan dahulu MSG baru kita masukkan garam, bagi mengelakkan penggunaan garam yang berlebihan. Pernahkan anda rasa masakan anda seakan pelik rasanya setelah memasukkan MSG. Ini bukan disebabkan salah MSG tetapi amaun garam yang telah anda masukkan sudah berlebihan dan tidak menepati rasa yang anda kehendaki.

Tahukah anda, apabila kita makan, kita akan menggunakan keseluruhan deria kita. Namun deria yang paling dominan ketika makan ialah deria rasa. Tahukah anda, apabila anda selsema atau anda menutup hidung, anda tidak dapat menikmati rasa kopi sebenar kerana deria bau juga mempengaruhi rasa masakan kita. Sebelum ini , kita selalu diberitahu, kita akan menggunakan deria pahit, manis, masam dan masin. Namun, sekarang anda perlu tahu, saintis makanan telah menjumpai satu lagi deria rasa yang dipanggil umami. Umami inilah yang menentukan masakan itu sedap dan enak.

Apakah itu umami?

Diambil namanya daripada perkataan Jepun iaitu bermaksud sedap. Rasa umami disebabkan oleh kehadiran glutamate iaitu sejenis asid amino dalam makanan , dan juga dari jenis ribonukleotida iaitu guanilat dan inosilat.Glutamate, inosilat, dan guanilat ini berada secara semulajadi dalam bentuk protein terutamanya dan kaya dari sumber tenusu, daging, ikan dan sayur - sayuran.

Apakah makanan yang kaya dengan penyedap semulajadi ini?

Kebanyakan orang tidak perasan kehadiran umami ini. Namun, pasti anda tahu, kita ada penyedap semulajadi yang kita gunakan sejak dari zaman dahulu. Contohnya budu, belacan, sos tiram, sos nampla, keju dan pelbagai produk lagi dari seluruh dunia. Semua makanan yang disebutkan merupakan sumber protein di mana asid amino merupakan komponen utamanya. Pastinya glutamat hadir di dalam setiap makanan tersebut.

Makanan yang diperam seperti cencalok misalnya, berasal dari udang geragau (protein). Protein yang diepram akan diurai menjadi asid amino dan pastinya kandungan asid amino tersebut termasuklah glutamat. 

Ada juga makanan yang tidak diperam tetapi kaya dengan asid amino glutamat, guanilat dan inosilat ini. Contohnya tomato. Jadi jangan hairan mengapa orang Itali memasukkan tomato dalam hampir kesemua masakannya. Ditambah dengan keju kerana keju juga kaya dengan agen penyedap makanan semulajadi ini. Sedapnya pizza.

Senarai makanan yang kaya dengn guanilat, glutamat dan inosilat



p/s: ikuti sambungan  bahagian seterusnya.ada gangguan makhluk kecil.






























































No comments:

Post a Comment