Monday 18 November 2013

Bahaya makanan bergaram tinggi pada kanak - kanak

Seketika tadi , saya bersembang panjang dengan ejen insurans kesatuan guru.Katanya ramai orang muda sakit dan kena dialisis buah pinggang. Adakah ia penyakit keturunan? 

Jawapannya : Tidak. Faktor pemakanan atau diet seharian memainkan peranan penting punca penyakit kita. Kalaulah kita lebih memahami fungsi buah pinggang sebagai penapis, apakah kita sanggup lambakkan makanan yang tidak sihat untuk anak - anak kita. Kecil - kecil lagi sudah diberi makanan ringan yang tinggi garam.

Ibarat penapis air dirumah, perlu juga diselenggara dan dibersihkan , jika sudah tidak berfungsi dengan baik, perlu ditukar penapisnya. Ia juga perlu penyelenggaraan. Kesian, umur  10 tahun sudah kena dialisis. Seumur hidup 3-4 kali seminggu kena menjalani dialisis.

Tolonglah jangan bertindak kejam dengan anak - anak kecil. Kalau kita teringin nak makan makanan ringan seperti itu, sila makan di tempat tiada anak - anak. Kadang - kadang geram dengan budaya kita, kononnya nak mudah, bila kenduri, selalunya sudah kurang budaya memberi bunga telur atau bungkusan telur. Ingat lagi, mak pernah cerita, dulu- dulu orang bagi telur buat buah tangan kenduri. Telur rebus dibalut dengan sapu tangan. Kemudian, dah ada bungkusan warna - warni untuk membalut telur rebus. Adat Melayu, memberi telur itu melambangkan zuriat. Sudahlah budaya semakin mati, bangsa juga dirosakkan dengan makanan yang mematikan. Mungkin agak sedikit keras, tetapi kos semua bahan tersebut dengan sebiji telur rebus, harganya lebih kurang sama atau pun lebih mahal. Harga kesihatan disebab

Sekarang ini, di dalam plastik bungkusan kenduri, terdapat berbagai - bagai jenis "jajan", jeli, air kotak dan pelbagai lagi makanan segera. Memang kadang - kadang, saya terpaksa menyorokkan plastik bungkusan kenduri tersebut daripada anak - anak kerana terlampau banyak makanan ringan yang dikategorikan tidak sihat.

Antara faktor penyebab berlakunya sakit buah pinggang ialah, kandungan darah yang pekat. Puncanya kurang minum air masak @ air jarang @ air mati dan yang seangkatan dengannya. Penyakit buah pinggang ini, kita tidak boleh menentukan tahap sakitnya sehinggalah kita membuat pemeriksaan doktor atau telah jatuh pengsan. Fungsi buah pinggang adalah sangat penting sebagai penapis dalam tubuh selain hati. Darah yang pekat disebabkan kandungan garam atau gula yang tinggi. 

Apabila tiba di buah pinggang, buah pinggang akan mula menapis dengan menggunakan kaedah osmosis. Itu sebab, seringkali kita diingatkan terutama pengguna vitamin Shaklee, pengguna perlu minum sekurang - kurangnya 2 hingga 3 Liter sehari walau pun produk Shaklee itu daripada sumber semulajadi. sumber semulajadi, kita dah perlu minum air lebih 2 hingga 3L, bagaimana pula dengan makanan yang tinggi bahan sintetik? Pasti lebih lagi. Air digunakan untuk mencairkan darah bagi melancarkan proses osmosis di dalam buah pinggang. Memang buah pinggang boleh berfungsi satu bahagian pada satu - satu masa, tetapi , apakah kita sanggup kehilangan satu buah pinggang sekalipun.

Jadi berwaspadalah dengan kesihatan tubuh badan kita. Siapa lagi hendak menjaga tubuh badan sendiri dengan anak - anak, kalau bukan kita. Kalau orang tua, mungkinlah buah pinggangnya menapis berbagai - bagai jenis bahan sintetik. Jika kanak - kanak, pastinya sistem tubuhnya masih lemah dan baru. Sepatutnya, perlulah dijaga dengan baik oleh ibu dan bapa. 

Apa guna semasa bayi , diberi susu ibu, dimasak makanan setiap hari, dibuat puri buah dan sebagainya, tetapi kita semakin mengabaikan budaya makan  makanan ringan ketika mereka semakin membesar dan mula bersekolah. Adalah lebih baik menghidangkan mereka keropok lekor berbanding twisties. Adalah lebih baik memberi mereka cekodok pisang berbanding sepotong kek red velvet.

Semoga kita lebih faham dan lebih bertimbang rasa dengan anak - anak kecil ini. Tiada alasan untuk tidak mampu memberikan makanan yang sihat untuk anak - anak. Sabda Rasulullulah, maksudnya : setiap penyakit itu bermula dari perut. Cuba baca kisah seorang doktor di Madinah yang tidak dapat merawat pesakit kerana tiada pesakit di zaman Rasulullah s.a.w. kerana penduduknya menjaga kemaslahatan perut mereka.

No comments:

Post a Comment