Monday, 12 May 2014

Testimoni kelas asas akaun untuk perniagaan kecil

image
Pada 10 Mei baru-baru, saya memandu seorang diri ke Shah Alam dari Sabak Bernam untuk menghadiri kelas asas akaun anjuran akademi bekerja dari rumah.
Pada tanggapan saya ia hanya kelas asas simpan kira yang biasa.Saya daftarkan diri untuk memenuhi keperluan perkhidmatan dan juga keperluan perniagaan saya.Saya tiba di Shah Alam setengah jam sebelum kelas bermula. Permulaan kelas,saya sudah merasakan kelas kali INI berbeza.

Ada aktiviti regangan yang menarik.Penceramah yang bijak mengendalikan audien dari RK Success Synergy. Penceramah merupakan akauntan yang berpengalaman menguruskan akaun - akaun syarikat. Jadi mudahlah dia memberikan contoh - contoh dan masalah yang sering dihadapi peniaga.Pn.Khadijah merupakan penceramah yang berpengalaman mengendalikan kelas - kelas akaun seperti yang saya hadiri ini.Rupanya,nak tetapkan harga pun ada caranya.

Saya aktif mengambil bahagian di dalam kelas.Rupanya, mudah je urus akaun ini.Terima kasih kepada penceramah yang memberikan kefahaman kepada saya betapa mudahnya mengurus dan mengendalikan asas simpan kira. Baru saya tau apa gunanya buku 555. Kalau nak tahu, jemput daftar kursus ini.Berbaloi saya memandu jauh - jauh.Insya allah dah boleh ajar pelajar buat Rancangan Kewangan dalam subjek Perusahaan Makanan, Sijil Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan.

Kepada yang berminat untuk mengikuti kelas akaun akademi bekerja dari rumah,boleh hubungi Pn. Aishah Hussein, pengurus kelas online akademi bekerja dari rumah.
DAFTAR DI SINI.

Boleh tengok foto - foto hari kejadian DI SINI.

Nota tangan: Dengarnya alumni kelas dapat free konsultasi 2 jam dari penceramah tau.
Untuk sebarang teguran dan komen, boleh hubungi saya di alamat email berikut: zunairahagi@gmail.com.

No comments:

Post a Comment