Thursday 19 June 2014

Cuti hujung minggu di Aquaria dan Taman Burung Kuala Lumpur

Buntu tak tahu nak bawa anak - anak ke mana? Apa kata tinjau cerita aktiviti hujung minggu saya baru - baru ini. Hujung minggu yang lepas, saya berkesempatan membawa anak ke Aquaria dan Taman Burung Kuala Lumpur. Dua - dua menarik. Di Aquaria, tempatnya menarik, namun ibu bapa perlu bersedia awal jika nak membawa anak - anak berjalan. Jika tidak mahu beratur panjang, anda boleh menempah tiket secara online di laman web Aquaria. Cetak tiket online tersebut dan bawa ke kaunter tiket ketika hari berkenaan atau hari yang ditempah.


Tiket tersebut akan ditukar dengan pass masuk ke dalam Aquaria. Jika ada ibu - ibu yang mempunyai anak kecil, pada hemat saya, bawa carrier lebih baik dan lebih mudah berbanding stroller. Segala maklumat boleh di dapati di laman Aquaria ini. Beli tiket online Aquaria di SINI.Mari layan gambar jalan - jalan hujung minggu kami.

Ambil gambar lokasi parking kereta, jangan lupa tu.
 Saya keluar pagi - pagi, pukul 10 pagi dah ada di KLCC. Senang nak dapat parking kereta.
Gambar anak dan abah

Terpegun sekejap si anak

Berehat di suatu sudut dalam Aquaria, penat Khaulah kata.

Penyelam dah muncul. Khaulah panggil 'ikan orang'. Hiiiii.

Bermula sesi pemberian makanan pada ikan pada pukul 12.00 tengahari tepat.

Ikan pari diberi makan.Tengok, di belakang tu ialah penyelam terlatih.

Penyelam buat aksi menarik

Penyelam beramah mesra dengan kanak - kanak


 Dah selesai di Aquaria, kami ke Taman Burung pula. Menjerit - jerit anak - anak kerana kebanyakan unggas dibiarkan bebas seperti di taman safari. Saya puji taman burung ini, kerana ia bersih dan tidak berbau. Taman permainan kanak - kanak pun bersih. Maklumat taman burung di SINI.

Pertunjukan burung kakak tua aka parrot

comey kan

Burung pun boleh panjat tangga dan main gelungsur

Bijak betul burung - burung ini. Memang rasa sangat menarik.


 
Tiket masuk ke Taman Burung Kuala Lumpur ialah RM25 untuk dewasa. Kanak - kanak RM12 kecuali yang berumur 3 tahun ke bawah. Sila bawa air mineral atau minuman untuk anak - anak kerana anak akan bergerak aktif. Dahaga terutama musim panas macam sekarang ini.

Rasanya, itu sahaja nak kongsikan pada hari ini. Terima kasih kerana singgah. Hujung minggu anda ke mana? Sila kongsi.

No comments:

Post a Comment