Wednesday 9 July 2014

Susun atur dalam dapur saya

Sejak masuk dalam group Kami Suka Susun Atur, sebenarnya banyak ilmu mengemas dan ilmu 5S yang saya pelajari terutamanya di dapur pejabat (makmal makanan) dan di rumah khasnya. Jadi sekali lagi, saya sekadar nak share, untuk mempunyai kabinet dapur, tidak semestinya kita perlu mempunyai wet kitchen atau pun kabinet di atas. Sebenarnya, saya belum lagi berhasrat ke arah mempunyai kabinet di bahagian atas dapur. Saya cuma inginkan dapur yang lapang dan bebas. Bebas supaya ia tidak menghalang kreativiti saya ketika memasak. Saya pasti memasak, paling malas sekali sehari. Kos kabinet dapur saya ialah RM5500.00 termasuk kos sinki dan dapur. Harga ini pada tahun 2012.



Yang pasti, faktor utama membina kabinet dapur ialah faktor keselamatan, keselesaan dan penyelenggaraan yang dititik beratkan. Anak saya yang sulung baru berusia 3 tahun setengah dan adiknya berusia 1 tahun 11 bulan. Masing - masing sedang ligat dan aktif. Jika saya memasak, pasti keduanya berada di dapur. Saya tidak memasang pagar keselamatan kerana ia lebih membahayakan mereka (Mereka mampu panjat pagar dan masuk celah pagar). Ini gambar - gambarnya. Lihat dan komen untuk tambah baik . Sebenarnya banyak yang saya impikan. Antaranya para untuk meletak barang elektrik yang kecil2. Ruang meja kerja dan ruang pengering pinggan mangkuk.

Saya guna bidai sahaja. Berbakti sejak tahun 2009. Abaikan cat biru itu, sentuhan peribadi suami. Nampak tak Basic H dan Dishwash Shaklee tu..:)

Hanya itu penggantung yang saya ada. Ruang yang ini mungkin perlu sedikit make over. Sedang mencari lagi.

Penyangkut bermagnet memang berguna. Dari tuala tangan hingga tempat menyimpan vitamin Shaklee. Murah je tu. Menu untuk seminggu turut ditampal di peti sejuk. Di peti ais tu, ada banyak cap jari cilik. Abaikan.

Tempat menyimpan payung, tong sampah dan alatan pembersih. Masih menggunakan penyapu lidi.

Antara contoh di dalam laci yang mengandungi segala bahan penting untuk memasak. Senang. Letak di tepi dapur sahaja.

Ruang pengering yang saya teringin nak tiru. Foto dari  group FB KSSA
Ok cukuplah kan. Nanti kalau ada pembaharuan, saya update.

2 comments:

  1. salam ziarah... cik azue suka tgk org berkemas ni.. cuma belum brani nak publish.. yer la kemas biasa2 jer.. by the way.. cik azue dah link dah rakan ABDR

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam ziarah. Ini kemas masa sahur je. Apabila ada dengan anak - anak, aduhai..kus semangat. Terima kasih singgah.

      Delete