Thursday 17 July 2014

Aktiviti pelajar dalam kelas pengenalan sains makanan

Semalam, kelas pengenalan sains makanan dijadualkan pada petang hari sekitar 2.30 petang hingga 5.30 petang. Tajuknya ialah tentang karbohidrat. Waktu kelas macam ini, memang menjadi cabaran kepada tenaga pengajar. Alhamdulillah, pelajar saya bagus - bagus dan baik - baik. Walaupun berpuasa, saya belum berjaya menidurkan mereka.



Saya minta mereka hasilkan contoh rantai polisakarida menggunakan kertas yang saya beri. Pilihan sumber karbohidrat di dapati daripada produk contoh yang mereka bawa. Seronok gunting menggunting di dalam kelas. Susah sebenarnya mengajar pelajar yang tiada basic di dalam aliran sains. Perkataan sains sendiri pada tajuk kursus pun sudah meresahkan hati mereka. Walaupun sebenarnya, sains makanan adalah yang paling seronok. Lepas ujikaji, lepas eksperimen, boleh makan - makan tetapi tidaklah ketika berpuasa. Aktiviti hanya mengambil masa 15 minit. Jom tengok gambar - gambar mereka. Sebenarnya, ahli kelas ramai, namun 6 orang telah diminta untuk menyaksikan pementasan teater di Kuala Lumpur. Tinggallah yang ini.

Ini sekembar, Ramesh dan Hafeez. Mereka bina rantai polisakarida jagung. Sepatutnya bercabang dan bercampur dengan sedikit garis lurus.

Ini contoh polisakarida amilopektin dalam tepung pulut katanya.Layannn.

Ini contoh polisakarida amilosa dalam selulosa. Tali itu, mereka cari sendiri.

Haa, yang ini contoh rantai ekor buaya. Eh, tidaklah. Kreatif kerana mereka nak lain dari yang lain. Kawan - kawan lain, ready dah nak balik. Rata - rata berkejar ke bazar selepas kelas. Tak jauh pun, sepelaung je dari kolej.
Haa..ini bukan pensyarah, pelajar. Orang lama dan seorang pesara tentera. Bakal mewarisi kilang makanan. Usianya sekitar 40an. Belajar di Kolej Komuniti, tiada had umur. Rakan sekumpulan setaraf anaknya mungkin, namun mudah untuk mengendalikan kelas mereka.

No comments:

Post a Comment