Thursday 4 September 2014

Bagaimana nak kira kalori?

Hari ini, saya mengajar tajuk pengiraan kalori.

 Apa itu kalori?

Kalori ialah jumlah tenaga yang terdapat pada makanan. Kalau anda membeli makanan atau minuman yang berbungkus, pasti ada maklumat nutrisi pada bungkusan tersebut. Misalnya Mi Segera Perencah Kari jenama M mempunyai kandungan kalori sebanyak 350 kalori atau pun minuman malt coklat berkhasiat jenama M mempunyai kalori sebanyak 118.2 kalori.



Bagaimana nak kira kalori tersebut?

Setiap kandungan makanan tersebut perlu mengambil kira formula di bawah iaitu :-

Karbohidrat = mempunyai nilai kalori : 4 kalori
Protein        = mempunyai nilai kalori : 4 kalori
Lemak        = mempunyai nilai kalori : 9 kalori

Jadi makanan yang disajikan itu misalnya minuman malt coklat mengandungi

20.6 g karbohidrat, 3.1g protein dan 2.6g lemak setiap sajian.

Oleh itu jumlah kalorinya ialah

20.6g karbohidrat x 4 kalori = 82.4 kalori
3.1 g protein x 4 kalori         = 12.4 kalori
2.6 g lemak x 9 kalori           = 23.4 kalori

Oleh itu jumlah keseluruhan kalori apabila dicampurkan kalori karbohidrat, kalori protein dan kalori lemak minuman malt coklat ialah sebanyak 118.2 kalori.

Penting ke kalori ini?

Penting untuk yang berdiet dan menyusukan anak.

Nilai kalori sehari yang perlu diambil oleh perempuan ialah sekitar 1500 - 2000 kalori
Nilai kalori sehari yang perlu diambil oleh perempuan yang menyusukan anak ialah 2500 kalori.
Nilai kalori sehari yang perlu diambil oleh lelaki ialah 2000 - 2500 kalori.
Nilai kalori produk ini untuk satu sajian ialah 250 kalori.

Jadi, jika anda berniat untuk menurunkan berat badan, anda perlu mengambil 1500 kalori ke bawah sahaja dan tambah dengan aktiviti kecergasan.

Bayangkan jika sehari untuk sarapan pagi sahaja, anda telah makan 2 keping roti canai kosong, dengan kuah dal beserta air teh tarik.

Roti canai : kira kandungan berat karbohidrat persajian, protein persajian, lemak persajian.
Roti canai memerlukan tepung, telur, marjerin
Kuah dal pula..
Air teh tarik mengandungi krimer pekat manis iaitu gula (sejenis karbohidrat, dan lemak sawit)

Banyakkan? Ini baru sekeping roti canai. Belum 2 keping roti canai. Pastinya kuah pun bertambah. Begitulah seterusnya. Sampai satu tahap anda mungkin telah bersarapan pagi dengan jumlah kalori melebihi seribu. anda hanya ada 500 kalori untuk makan tenghari, kudap - kudapan dan makan malam. Jadi nilai kalori ini sangat penting.

Jadi sebelum makan, pastikan anda kurangkan pengambilan gula dan lemak. Selamat menjamu selera.


No comments:

Post a Comment