Wednesday 24 September 2014

Tips makan untuk anak kena 'mata ikan'

Semua orang pasti pernah terkena 'mata ikan ' @ ulser mulut  dan rasanya pedih. Bayangkan pula kalau anak - anak kita yang terkena 'mata ikan'. Tentu pedih dan sakit kan. Baru - baru ini, anak kedua saya terkena 'mata ikan'. Malam - malam mengadu sakit dan susah untuk nyenyak tidur. Dari seorang yang makan apa saja, dia menolak semua makanan hatta susu sekalipun. Hanya sesekali, dia menyusu badan dengan saya. Umurnya dalam lingkungan 2 tahun.



Ibu mana yang tak risau. Minggu ini, memang dugaan betul. Allah nak bagi banyak pahala pada saya. Anak meragam, sementelah dalam masa yang sama, di pejabat kami akan dikunjungi oleh auditor MPC untuk audit pematuhan 5S. Saya memang kerap balik lewat disebabkan banyak kerja - kerja yang perlu diselesaikan pada masa itu juga. Back to cerita anak. Memang dia mudah terjaga dan meragam. Menangis minta didukung.

Saya minta suami ke farmasi malam itu juga untuk membeli ubat melegakan sakit mulut @ mata ikan tersebut. Konolone Oral Base. Saya rujuk pada adik saya (ahli farmasi) sebelum memberi anak ubat tersebut. Katanya ia adalah Triamcinolone. Selamat untuk kanak - kanak. Katanya, "jangan bagi Bonjela kerana ada salicylate. Tidak disyorkan untuk kanak - kanak." Katanya lagi salicylate macam aspirin, 'contraindicated' untuk kanak - kanak.Boleh menyebabkan Reye's Syndrome. Bahaya.

Sementara itu, saya meneruskan penyusuan. Mujurlah anak hendak makan Nutriferon, mungkin kerana ia tahu sedap dan biasa makan. Alhamdulillah. Anas tidak demam. Saya asingkan tempat tidur si kakak. Saya memang paranoid sejak si kakak pernah terkena HFMD sebaik tiba dari Sabah 2 tahun lalu. Simptom HFMD sebenarnya tidak ada pada Anas, kerana Anas tidak demam suhu tinggi. Esoknya, suami terus membawa anak ke klinik. Doktor mengesahkan, Anas kurang air dan tidak demam. Lega rasanya. Namun dia masih tidak makan dan menyusu seperti biasa. Jadi saya bekalkan pada pengasuh, air kotak susu Dutch Lady saiz kanak - kanak.

Tips makan untuk anak kena 'mata ikan' ialah ;-

a. susu kotak Dutch Lady saiz kanak - kanak diletakkan di dalam peti sejuk.Saya guna full cream milk sahaja.
sumber ; google

b. air masak yang disejukkan di dalam peti ais.

c. Bubur nasi dan dicampurkan dengan bawang putih , halia, garam. Bawang putih sebagai antiseptik. Halia untuk membuang angin kerana perut pasti kosong.Bawang putih cincang halus.

d.Nutriferon untuk tingkatkan sistem imun.
sumber : mypic collection

e.Yoghurt untuk bantu penghadaman.

sumber : Google

f. Aiskrim vanila untuk bantu tingkat selera makan.
sumber: Google

g.Kerap beri minum air masak. Sedikit tetapi kerap. Beri minum menggunakan straw atau cawan.
sumber : Google

Alhamdulillah, setelah 3 hari, anak saya semakin pulih dan aktif. Lega juga bukan HFMD. Saya kekal memberikan dia Vitamin C kanak - kanak. Mealshakes Shaklee  juga membantu untuk menambahkan sumber zat ketika dia kurang selera makan. Bancuh, sejukkan dan pasti, si manja minum dengan berselera dan tidak merengek.


----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jom sertai Shaklee. Hanya dengan RM65.00 + RM10.00 (kos pos) anda boleh menjadi ahli. Jadi ahli untuk kegunaan sendiri pun boleh, nak terjun dalam bidang perniagaan pun boleh. Nak tahu macam mana prosedurnya CARA MENJADI AHLI SHAKLEE KLIK SINI

Hubungi saya di SINI




1 comment:

  1. wow! panduan yang sangat berguna. mohon kongsi di grup suri rumah saya.

    ReplyDelete