Tips penyimpanan makanan ini bukan zu sesuka hati buat sendiri tetapi lebih kepada sharing saya rujuk dari buku Guidelines Mass Catering yang diterbitkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Panduan ini dibuat untuk rujukan kepada sesiapa yang terlibat dengan perniagaan katering atau penyediaan makanan.
Panduan Makanan Sihat dan Selamat merupakan sebuah blog perkongsian ilmu tentang makanan dan sains dalam kehidupan oleh seorang pensyarah pemprosesan makanan, ibu, isteri dan pengedar bebas Shaklee.
Friday, 31 January 2014
Monday, 27 January 2014
8 idea kreatif untuk hidangan menarik parti kanak - kanak
Sunday, 26 January 2014
Kesan menulis blog setiap hari
Sebenarnya menulis blog setiap hari seperti membina satu ketagihan dalam diri. Kita ketagih mencari ilmu dan menyebarkan ilmu. Satu usaha, yang saya fikir sangat baik untuk perkembangan sosial dan cara fikir kita. Apabila saya menyertai kelas membina blog, ia merupakan satu ikat janji dalam diri supaya, saya terus mengekalkan usaha menulis setiap hari. Ada yang mengesyorkan, buat permulaan, tulis di blog apa saja selama 40 hari, nescaya selepas itu semuanya akan menjadi mudah.
Wednesday, 22 January 2014
Kurang air boleh menyebabkan penyakit kronik?
Kesan kekurangan air
Menurut Dr Mohammad Ali Toha, kekurangan air atau penyahhidratan
menyebabkan gejala tidak jelas hinggakan orang itu tidak sedar dia
mengalaminya. Pengalaman beliau , pesakitnya yang mengadu lemah badan
dan rasa mengantuk yang berterusan dinasihatkan untuk meminum air
secukupnya. Sesudah melaksanakan saranan doktor tadi, pesakit kembali
pulih, berasa sihat dan segar kembali. Oleh itu, kesan yang diterima
dijalankan tanpa menggunakan ubat. Jadi adalah penting , untuk kekalkan
kandungan air di dalam tubuh setiap masa. Jika anda ahli sukan atau
kerap berpeluh kerana melakukan pekerjaan yang berat, anda disarankan
mengambil Performance Drink Shaklee yang bertindak mengekalkan
keseimbangan bendalir tubuh.
Monday, 20 January 2014
Fungsi air mengikut perubatan Islam
Pengenalan
Apabila terlibat dengan Shaklee, saya sering mengingatkan pelanggan untuk minum air sekurang - kurangnya 2 hingga 3 Liter sehari. Bukanlah bermakna perlu minum sekaligus namun seperti yang disarankan oleh penulis buku 365 Tip Sihat Gaya Rasulullah, Dr. Mohammad Ali Toha , cukup sekadar minum air sebanyak 250mL air setiap jam. 250mL air ini bersamaan dengan segelas air.
"Aku jadikan makhluk hidup daripada air." Surah al Anbiya'
Kajian sains menunjukkan 70 peratus komponen utama tubuh manusia ialah air. Jadi, jika dinilai secara logik akal, jika tubuh mengalami kekurangan air, ia pasti akan mengganggu keharmonian fungsi organ utama tubuh. Secara langsung, ia pasti akan menjejaskan kesihatan manusa itu sendiri.
Air dari segi kesihatan tubuh manusia
Secara purata, kapasiti perut manusia ialah 1500 mL. Panduan yang diberikan Rasulullah s.a.w. untuk mewujudkan kesimbangan di dalam perut wajar diperhalusi. Baginda menyarankan perut dibahagikan kepada tiga bahagian. Satu pertiga bahagian untuk makanan, satu pertiga bahagian lagi ialah untuk minuman dan satu pertiga bahagian yang akhir adalah untuk pernafasan. Islam menganjurkan kita berhenti makan sebelum kenyang. Ini bagi mewujudkan ruang satu pertiga lagi untuk pernafasan.
Perasan tak, jika kita makan terlampau kenyang disulami dengan air, hinggakan perut dirasakan penuh, kita pasti sukar untuk bernafas dan termengah - mengah walaupun hanya untuk berjalan. Jadi 500 mL adalah untuk makanan, 500 mL lagi untuk minuman. Manakala 500 mL yang terakhir dibiarkan kosong bagi memudahkan proses pernafasan.
Minum air mengikut sunnah
Salah satu anjuran Islam yang merupakan sunnah nabi ialah tidak gopoh ketika meneguk air minum. Minumlah seteguk demi seteguk supaya air yang masuk ke dalam perut secara berperingkat - peringkat. Amalan ini jika diamalkan menyebabkan penyerapan air menjadi lebih baik. Tabiat itu menyihatkan tubuh dan lebih cepat menghilangkan dahaga.
Selain itu, nabi juga melarang kita meneguk air terus dari bekas air. Sebaiknya menuangkan air minuman ke dalam cawan atau pun gelas. Ini kerana dikhuatiri terdapat bendaasing di dalam bekas minuman tersebut yang boleh memudaratkan kita.
Bagi sebarang komen atau teguran, sila emailkan kepada saya zunairahagi@gmail.com
Untuk mendapatkan produk Shaklee, boleh whatsapp @ sms saya 012-2248189 @ email saya zunairahagi@gmail.com.

Saturday, 18 January 2014
Cinta buku membina generasi berilmu
Tatkala menghadiri seminar jom menulis buku, ia seolah - olah membuka mata saya tentang kepentingan menulis buku. Pertamanya, kita perlu menulis untuk meneruskan legasi ilmu. Negara - negara yang maju, kebanyakan merupakan mempunyai penulis yang ramai dengan jumlah terbitan buku yang banyak. Ketinggian ilmu seseorang itu diukur dengan tahap dan daya fikir seseorang memproses maklumt dengan membaca banyak buku. Namun dengan kewujudan pelbagai media penyebaran ilmu secara elektronik, buku dilihat semakin tenggelam fungsinya.
Sunday, 12 January 2014
10 Makanan yang Berkhasiat untuk Kanak - Kanak Bijak
Pemilihan makanan yang sihat dan berkhasiat sangat penting untuk pertumbuhan dan perkembangan kanak - kanak. Tubuh kanak - kanak yang sihat dan mengalami perkembangan yang baik membantu pertumbuhan kesihatan mental dan daya fikir kanak - kanak. Pepatah Arab menyebut, "Akal yang sihat datang dari tubuh yang sihat".
Saturday, 11 January 2014
Rahsia warna makanan untuk diet sihat
Tahukah anda, warna makanan memainkan peranan dalam menentukan kandungan antioksidan yang baik untuk tubuh. Hinggakan ada pengkaji makanan mencadangkan untuk diet makanan secara sihat, kita harus makan makanan yang berwarna warni. Bukanlah maksudnya, anda harus makan makanan yang dicelup dengan pewarna. Tips di bawah mungkin membantu anda dalam memilih menu harian yang sihat dan juga memenuhkannya di dalam ruang simpanan makanan anda.
Jom singkap rahsia warna makanan berikut.
Subscribe to:
Posts (Atom)