Sunday 26 January 2014

Kesan menulis blog setiap hari

Sebenarnya menulis blog setiap hari seperti membina satu ketagihan dalam diri. Kita ketagih mencari ilmu dan menyebarkan ilmu. Satu usaha, yang saya fikir sangat baik untuk perkembangan sosial dan cara fikir kita. Apabila saya menyertai kelas membina blog, ia merupakan satu ikat janji dalam diri supaya, saya terus mengekalkan usaha menulis setiap hari. Ada yang mengesyorkan, buat permulaan, tulis di blog apa saja selama 40 hari, nescaya selepas itu semuanya akan menjadi mudah.



Saya menyertai kelas asas blog dan fan pages yang dikendalikan oleh Puan Zaila Mohamad. Pembelajaran secara online sangat berkesan pada hemat saya. Guru Online boleh memantau blog bila - bila masa dan pelajar juga boleh update blog bila - bila saja.

Ada orang kata, bina blog untuk perniagaan , kesannya lambat tetapi berterusan. Akhirnya setelah beberapa bulan menulis blog, saya telah mendapat urus niaga pertama yang menyeronokkan. Maklum sahajalah, saya masih baru dalam perniagaan Shaklee. Memang niat dihati, jika saya tidak berjaya close deal pun tidak mengapa, cukup dengan mendapat pertanyaan tentang Shaklee sudah menggembirakan. Memang ia menjadi pemangkin semangat saya untuk terus menulis dan menyebarkan legasi ilmu. Dalam kesibukan, saya mesti peruntukkan hampir 1 jam untuk menulis dan perniagaan online setiap hari. Perlu disiplin dan banyak berguru.

Apa tunggu lagi , jom daftar kelas membina blog dengan Akademi Bekerja di Rumah. Ada 13 guru online termasuk Puan Zaila. Jangan berlengah jika berminat dengan penulisan blog.

1 comment: