Wednesday 22 January 2014

Kurang air boleh menyebabkan penyakit kronik?

Kesan kekurangan air 

Menurut Dr Mohammad Ali Toha,  kekurangan air atau penyahhidratan menyebabkan gejala tidak jelas hinggakan orang itu tidak sedar dia mengalaminya. Pengalaman beliau , pesakitnya yang mengadu lemah badan dan rasa mengantuk yang berterusan dinasihatkan untuk meminum air secukupnya. Sesudah melaksanakan saranan doktor tadi, pesakit kembali pulih, berasa sihat dan segar kembali. Oleh itu, kesan yang diterima dijalankan tanpa menggunakan ubat. Jadi adalah penting , untuk kekalkan kandungan air di dalam tubuh setiap masa. Jika anda ahli sukan atau kerap berpeluh kerana melakukan pekerjaan yang berat, anda disarankan mengambil Performance Drink Shaklee yang bertindak mengekalkan keseimbangan bendalir tubuh.



Air sangat diperlukan untuk proses pencernaan. Justeru, pengambilan air secara konsisten untuk mengelakkan dehidrasi adalah perlu. Selain itu, pengamal perubatan Islam, tidak menggalakkan kita makan disulami dengan minum air. Ini kerana, air boleh menyebabkan fungsi enzim di dalam perut terganggu. enzim di dalam perut hanya berfungsi pada pH tertentu. Jika ketika itu, air ditambah ke dalam perut, tahap keasidan perut akan berkurangan dan enzim pencernaan tidak berfungsi dengan sempurna. Jadi, anda dibolehkan meminum air 20 minit sebelum makan.

Air juga sangat penting untuk proses pengeluaran toksik. Apabila sembelit berlaku,itu menandakan penyahidratan kronik sudah berlarutan. Ini menyebabkan pengeluaran toksik  dan sisa makanan melalui najis terganggu. Setiap hari , minumlah air dengan secukupnya untuk mengelakkan sembelit.

Otak manusia juga memerlukan air kerana 80% isipadu otak ialah air. Jadi otak adaah organ yang paling cepat terjejas jika berlaku penyahhidratan. Kekurangan air juga boleh menjejaskan fungsi testis yang berperanan menghasilkan sperma, menjejaskan kualiti sperma dan juga kuantitinya. Akhirnya apabila keadaan dan masalah dehidrasi tidak dijaga, kemandulan boleh berlaku.

Ketika tubuh sakit atau demam, lebih banyak berlaku penyahidaratan. Ini disebabkan oleh badan yang panas menyebabkan tubuh kehilangan air dengan cepat. Pengambilan air juga perlu ditambah apabila tubuh dirasakan lemah dan mudah mengantuk. Jangan tunggu hingga dahaga kerana dahaga merupakan tanda awal penyahhidratan. selain itu, tanda tubuh mengalami penyahhidaratan ialah, air kencing berwarna kuning dan keperang - perangan.

Kesimpulannya, air sangat penting untuk tubuh manusia. Banyak panduan, amalan serta tips sunnah Baginda untuk diamalkan bersama .  

Bagi sebarang komen atau teguran, sila emailkan kepada saya zunairahagi@gmail.com

Untuk mendapatkan produk Shaklee, boleh whatsapp @ sms saya 012-2248189 @ email saya zunairahagi@gmail.com.

No comments:

Post a Comment