Friday 31 January 2014

Tips penyimpanan makanan untuk perniagaan catering

Tips penyimpanan makanan ini bukan zu sesuka hati buat sendiri tetapi lebih kepada sharing saya rujuk dari buku Guidelines Mass Catering yang diterbitkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Panduan ini dibuat untuk rujukan kepada sesiapa yang terlibat dengan perniagaan katering atau penyediaan makanan.



Penyimpanan makanan

a. keep it clean, keep it cool, keep it covered. Ini adalah peraturan utama yang perlu disematkan di dalam fikiran dan dijadikan amalan semua pengendali makanan terutamanya yang terlibat dalam perniagaan katering.

b. asingkan pembungkus luar makanan dari kawasan penyediaan makanan seperti kotak, plastik dan sebagainya.

c. Amalkan konsep FIFO (First in First Out). Stok makanan yang sampai dahulu perlu digunakan dahulu. Jadi stok sentiasa baru dan tidak berlaku masalah stok melebihi tarikh luput.

d. Jangan simpan stok berlebihan kerana ia mungkin mengundang haiwan perosak iaitu LILATISEBUKUCI (Lipas, lalat,tikus,semut,burung,kucing)

e. Jangan letak stok makanan di atas lantai @ rak yang tidak bersih.

f. Pastikan kawasan penyimpanan kering, dingin, bersih, cerah, pengudaraan yang baik dan mempunyai pengadang untuk mengelakkan kehadiran tikus dan haiwan perosak lain.

untuk sebarang pertanyaan samada berkaitan artikel atau Shaklee, boleh pm @ sms 012-2248189 @ email : zunairahagi@gmail.com


No comments:

Post a Comment