Monday 20 January 2014

Fungsi air mengikut perubatan Islam

Pengenalan

Apabila terlibat dengan Shaklee, saya sering mengingatkan pelanggan untuk minum air sekurang - kurangnya 2 hingga 3 Liter sehari. Bukanlah bermakna perlu minum sekaligus namun seperti yang disarankan oleh penulis buku 365 Tip Sihat Gaya Rasulullah, Dr. Mohammad Ali Toha , cukup sekadar minum air sebanyak 250mL air setiap jam. 250mL air ini bersamaan dengan segelas air.

"Aku jadikan makhluk hidup daripada air." Surah al Anbiya'

Kajian sains menunjukkan 70 peratus komponen utama tubuh manusia ialah air. Jadi, jika dinilai secara logik akal, jika tubuh mengalami kekurangan air, ia pasti akan mengganggu keharmonian fungsi organ utama tubuh. Secara langsung, ia pasti akan menjejaskan kesihatan manusa itu sendiri.

Air dari segi kesihatan tubuh manusia

Secara purata, kapasiti perut manusia ialah 1500 mL. Panduan yang diberikan Rasulullah s.a.w. untuk mewujudkan kesimbangan di dalam perut wajar diperhalusi. Baginda menyarankan perut dibahagikan kepada tiga bahagian. Satu pertiga bahagian untuk makanan, satu pertiga bahagian lagi ialah untuk minuman dan satu pertiga bahagian yang akhir adalah untuk pernafasan. Islam menganjurkan kita berhenti makan sebelum kenyang. Ini bagi mewujudkan ruang satu pertiga lagi untuk pernafasan.

Perasan tak, jika kita makan terlampau kenyang disulami dengan air, hinggakan perut dirasakan penuh, kita pasti sukar untuk bernafas dan termengah - mengah walaupun hanya untuk berjalan. Jadi 500 mL adalah untuk makanan, 500 mL lagi untuk minuman. Manakala 500 mL yang terakhir dibiarkan kosong bagi memudahkan proses pernafasan.

Minum air mengikut sunnah

Salah satu anjuran Islam yang merupakan sunnah nabi ialah tidak gopoh ketika meneguk air minum. Minumlah seteguk demi seteguk supaya air yang masuk ke dalam perut secara berperingkat - peringkat. Amalan ini jika diamalkan menyebabkan penyerapan air menjadi lebih baik. Tabiat itu menyihatkan tubuh dan lebih cepat menghilangkan dahaga.

Selain itu, nabi juga melarang kita meneguk air terus dari bekas air. Sebaiknya menuangkan air minuman ke dalam cawan atau pun gelas. Ini kerana dikhuatiri terdapat bendaasing di dalam bekas minuman tersebut yang boleh memudaratkan kita.



 
Bagi sebarang komen atau teguran, sila emailkan kepada saya zunairahagi@gmail.com

Untuk mendapatkan produk Shaklee, boleh whatsapp @ sms saya 012-2248189 @ email saya zunairahagi@gmail.com.
                                 

No comments:

Post a Comment