Thursday, 26 October 2017

Jom buang sawang

Salam rindu!

Lama dah saya tak menulis dalam blog ni. Tiap kali nak menulis, asyik padam aje. Kali terakhir menulis, saya rasa ketika itu masih mengandung. Sekarang ini , baby pun dah masuk 5 bulan. Lamanya. Sebenarnya banyak perkara berlaku sepanjang saya membiarkan laman blog ini bersawang.

Bermula dengan saya cuti bersalin di awal bulan Jun. Kesibukan menerima ahli baru bersambung dengan kedatangan Ramadhan. Seterusnya , kami mula memasuki bangunan Kolej Komuniti Bagan Serai pada 2 Ogos 2017. Sibuk sekali dengan perpindahan barang dari tempat kerja sementara di Kolej Komuniti Taiping. Sambung pula dengan menguruskan keperluan kolej di tempat baru. Baru sedar langit tinggi rendah bila duduk di bangunan baru. Saya kira, hampir 3 kali saya berpindah sepanjang tempoh saya berada di Kolej Komuniti Bagan Serai bermula pertengahan Julai tahun lepas hingga sekarang. Pindah rumah sahaja 2 kali. Pindah pejabat 1 kali. Ini pun masih ada barang - barang saya berbaki di dalam kotak. Masih perlahan - lahan menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling. Anak baru, pejabat baru, rumah baru. Hijrah itu bagus sebenarnya. Percayalah aturan Tuhan itu sangat cantik.

Nantikan maklumat dan info baru daripada blog ini. Salam saying buat semua.

# shuhhh..shuhhh..nak cuci sawang ni.