Monday, 29 December 2014

Peluang Kerjaya di Haco Asia Pacific Sdn Bhd untuk pelajar Sijil Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan

Sebenarnya dah terima permintaan ini agak lama, namun disebabkan kesibukan, saya tak sempat nak sampaikan. Jadi ini tawaran peluang kerjaya untuk bekas pelajar Sijil Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan.

Haco Asia Pacific Sdn Bhd merupakan salah satu komponen syarikat di bawah Haco Holding AG di Switzerland. Syarikat ini menghasilkan produk high quality spray dried instant coffee dan culinary dry mixes untuk pasaran Asia dan Timur Tengah. Mereka mencari calon staf yang bermotivasi tinggi untuk memenuhi jawatan kosong di Shah Alam.

Thursday, 11 December 2014

Peluang Kerjaya Pelajar Kolej Komuniti Di Syarikat Ramly Food Processing Sdn. Bhd.

Pagi - pagi menerima faks daripada syarikat Ramly Food Processing Sdn. Bhd. yang beralamat di No1-4, Jalan 37/10A, Taman Perindustrian IKS Mukim Batu, 68100 Kuala Lumpur yangingin membuka peluang kerjaya kepada lepasan sijil dari kolej komuniti untuk bekerja di syarikat yang popular dengan jenama Ramly ini sebagai Pembantu / Inspektor Kawalan Mutu.

Thursday, 27 November 2014

Musim kenduri tiba lagi

Tup..tup..sudah masuk cuti sekolah. Maka bermulalah musim kenduri. Macam - macam jenis kenduri yang ada. Ada kenduri kahwin, kenduri berkhatan, kenduri akikah dan berbagai - bagai lagi. Adat Melayu memang meriah. Semuanya perlu dikendurikan. Amalan bersedekah dan memberi makan itu wajar dipuji. Namun , kini, pabila tiba musim kenduri, saya gundah gulana. Memikirkan pelbagai junk food yang diberi dalam goodies beg @ berkat @ yang seumpamanya. Kalau boleh dikumpulkan pada awal Januari mahu dapt sekotak rasanya.

Wednesday, 8 October 2014

Barang susun atur impianku

Saya nak kongsi idea dan impian barang-barang susun atur yang sesuai di kitchen terutama dapur yang comel.Jadi, jom layan gambar je.
image

Wednesday, 24 September 2014

Tips makan untuk anak kena 'mata ikan'

Semua orang pasti pernah terkena 'mata ikan ' @ ulser mulut  dan rasanya pedih. Bayangkan pula kalau anak - anak kita yang terkena 'mata ikan'. Tentu pedih dan sakit kan. Baru - baru ini, anak kedua saya terkena 'mata ikan'. Malam - malam mengadu sakit dan susah untuk nyenyak tidur. Dari seorang yang makan apa saja, dia menolak semua makanan hatta susu sekalipun. Hanya sesekali, dia menyusu badan dengan saya. Umurnya dalam lingkungan 2 tahun.

Tuesday, 16 September 2014

Selamat Hari Malaysia

Sempena kehadiran 16 September ini, saya kongsikan esei yang saya menangi di program Semarak Merdeka Wilayah Selangor di Kolej Komuniti Selayang. (Sebenarnya saya tiada cerita yang best bertema patriotik hari ini). Tajuk esei ialah "Masyarakat Merdeka Pencetus Ketamadunan Bangsa".Idea menulis tiba pada tengah malam tarikh tutup pertandingan esei. Maklumlah, unit tiada wakil ketika itu, jadi saya hantar untuk melengkapkan penyertaan. Saya berharap ia dapat menyuntik rasa patriotik dalam diri. Tak tahulah kenapa, dah tua - tua macam ni, baru rasa nak masuk bertanding menulis. Awas, esei ini adalah sangat formal dan akademik. Saya hasilkan dalam bilik tidur, di tengah malam, dalam gelap, tanpa buku rujukan. Oleh itu saya berharap sangat, fakta yang diberikan adalah betul dan tepat. Maafkan saya dan tegurlah saya jika terdapat kekurangan. Yang pasti, ia bukan cerpen atau pun angan - angan, ia adalah terjemahan rasa cinta saya terhadap negara saya, Malaysia. Gitewww.

Thursday, 4 September 2014

Bagaimana nak kira kalori?

Hari ini, saya mengajar tajuk pengiraan kalori.

 Apa itu kalori?

Kalori ialah jumlah tenaga yang terdapat pada makanan. Kalau anda membeli makanan atau minuman yang berbungkus, pasti ada maklumat nutrisi pada bungkusan tersebut. Misalnya Mi Segera Perencah Kari jenama M mempunyai kandungan kalori sebanyak 350 kalori atau pun minuman malt coklat berkhasiat jenama M mempunyai kalori sebanyak 118.2 kalori.

Saturday, 30 August 2014

Takwim Kursus Pendek Kolej Komuniti Sabak Bernam Sesi Julai Disember 2014

Hari ni dapat teguran sebab tak upload takwim baru kursus pendek KK Sabak Bernam Sesi Julai Disember 2014. Terima kasih pada puan yang menegur. Ini link baru yang diberikan oleh unit pembelajaran sepanjang hayat.

Takwim Kursus Pendek Kolej Komuniti Sabak Bernam 2014

                                         @

Permohonan Online Takwim Kursus Pendek Kolej Komuniti Sabak Bernam 2014  (Lebih mudah guna link ini kerana boleh daftar terus. Log in dengan ic anda untuk pengenalan diri.Jangan lupa, klik Selangor, Klik KK Sabak Bernam, Klik Bulan pilihan anda. Kemudin pilih kursus pilihan anda.

Rasa nak maklumat lebih anjut, anda boleh berhubung terus dengan talian 24 jam PSH KK SABAK BERNAM, iaitu 017-2244461 @ berhubung dengan pegawai bernama Razif 013-3583473.

Nak sentiasa update, boleh downlad aplikasi CCSMART di dalam Play Store untuk telefon pintar aplikasi jenis android.

Apa - apa berita nanti, saya update semula.

Tuesday, 12 August 2014

Cara kawal ekzema dengan vitamin

Ekzema.Auww..Saya memang pening kepala bila gejala ekzema datang. Ekzema adalah satu alergi yang berkaitan dengan kulit. Bahasa mudahnya ialah kulit sensitif. Ekzema dengan saya umpama irama dan lagu. Hinggakan menggaru menjadi satu tabiat yang saya tak boleh kawal. Minda bawah sedar saya, akan menyebabkan saya menggaru hingga puas. Makin garu makin sedap. Mak saya suka gelar gelaran menggaru tu dengan istilah bergitar. Keadaan semakin teruk apabila saya mengandung. Kulit saya sangat teruk hingga ditegur bidan dan jururawat setelah selesai bersalin. Apabila mengandung, ubat ekzema atau ubat untuk mengawal ekzema adalah termasuk dalam pantang larang ubat yang tidak boleh diambil.

Monday, 11 August 2014

Diam bukan sebarang diam..projek susun atur berjalan

Lamanya tak menulis dalam blog ni. Rindu juga nak menulis sambil berangan - rangan. Namun, kerja - kerja hakiki yanbg tak habis - habis, saya utamakanlah yang fardhu tu dulu. Hidup perlu perancangan, namun perancangan Allah adalah yang terbaik. Kalau nak cerita pasal kerja di pejabat dan di rumah memang tak akan habis. Kadang - kadang jadi bos, kadang jadi assistant bos, kadang - kadang jadi isteri,anak,mak,menantu,cikgu, tukang kebun, jaga asrama dan lain - lain. Topi bukan setakat 6 topi, tetapi bermacam - macam warna topi (merujuk six thinking hats theory by Edward de Bono).Memang akan jadi lelah akhirnya.

Karya kreatif : Kolej Komuniti Satu Titik Mula

Rintikrintik hujan yang membasahi tangga kayu rumah tua peninggalan arwah bapanya diperhatikannya dengan fikiran yang kosong.Ana, masuk nak. Hujan dah mula turun. Tolong ambilkan ibu baldi di dapur. Ibu risau tempat tidur ibu kena hujan.

Pantas langkah Rohana mengikuti suruhan ibunya. Dia bingkas bangun menuju ke dapur. Namun dalam kotak fikirannya masih berkecamuk dengan pilihan yang perlu dibuat.

Monday, 21 July 2014

Shaklee penyumbang dana Israel?

Seminggu dua ni, sibuk dicanang dalam alam maya mengatakan Shaklee penyumbang dana pada Israel. Ini berikutan ada laman web Keneseth Israel. Memang popular lah laman web ni sekejap. Diletakkan pulak lambang Shaklee di laman web tersebut. Apabila di klik ia akan ke laman web SID Shaklee yang berkenaan.

Friday, 18 July 2014

Rahmat dari kisah duit syiling

Sebenarnya entri ini saya nak tulis lama dah, namun kerana kesuntukan masa menulis, saya diamkan dahulu. Baru - baru ini, saya bertanya khabar tentang adik Khatijah dan adik Syafikah. Alhamdulillah, kedua - duanya baik - baik saja. Pelajaran masih diteruskan seperti biasa. Adik Khatijah, masih lemah mengenal huruf namun diharap dia bersemangat terus untuk belajar. Namun, adik Syafikah tidak lagi diajar oleh ustazah Khadijah. Khabarnya, mereka berdua masih lagi menerima sumbangan dari ahli masyarakat yang prihatin. ustazah Khadijah sudah tidak menguruskan lagi sumbangan. Semua sumbangan terus dihantar kepada waris adik - adik ini.

Thursday, 17 July 2014

Aktiviti pelajar dalam kelas pengenalan sains makanan

Semalam, kelas pengenalan sains makanan dijadualkan pada petang hari sekitar 2.30 petang hingga 5.30 petang. Tajuknya ialah tentang karbohidrat. Waktu kelas macam ini, memang menjadi cabaran kepada tenaga pengajar. Alhamdulillah, pelajar saya bagus - bagus dan baik - baik. Walaupun berpuasa, saya belum berjaya menidurkan mereka.

Panduan mencuci ketuhar gelombang mikro

Minggu ini merupakan minggu yang agak sibuk buat saya. Saya banyak bekerja di luar. Jadi ketuhar gelombang mikro menjadi teman baik suami saya. Maklumlah nak jaga anak dua orang yang sedang ligat. Bersahur sendirian. Masak mi segera pun guna mikrowave. Saya sudah mengagak apa yang berlaku di dalmnya. :). Tak apalah, asalkan anak saya dijaga dengan baik. Terima kasih bos. Jadi awal pagi selepas bersahur, saya mulakan proses cucian ketuhar saya.

Thursday, 10 July 2014

Doa Qunut Nazilah

Saya kongsikan doa qunut nazilah. Doa ini dibaca ketika mengalami kesusahan dan kita terdesak memerlukan bantuan. Namun doa ini juga boleh dijadikan doa amalan selepas solat. Ketika masih di sekolah, saya telah didedahkan doa ini. Apabila membacanya , ia memang menggentarkan jiwa dan memberi kita semangat. Jom amal.


Wednesday, 9 July 2014

Susun atur dalam dapur saya

Sejak masuk dalam group Kami Suka Susun Atur, sebenarnya banyak ilmu mengemas dan ilmu 5S yang saya pelajari terutamanya di dapur pejabat (makmal makanan) dan di rumah khasnya. Jadi sekali lagi, saya sekadar nak share, untuk mempunyai kabinet dapur, tidak semestinya kita perlu mempunyai wet kitchen atau pun kabinet di atas. Sebenarnya, saya belum lagi berhasrat ke arah mempunyai kabinet di bahagian atas dapur. Saya cuma inginkan dapur yang lapang dan bebas. Bebas supaya ia tidak menghalang kreativiti saya ketika memasak. Saya pasti memasak, paling malas sekali sehari. Kos kabinet dapur saya ialah RM5500.00 termasuk kos sinki dan dapur. Harga ini pada tahun 2012.

Sunday, 6 July 2014

Pengenalan sains makanan : subjek yang baru diajar

Menggelabah dalam diam saya apabila dijadualkan mengajar subjek pengenalan sains makanan. Kenapa gelabah? Sebab subjek ni menjadi asas pelajar - pelajar SPK (Sijil Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan) dalam meneruskan pengajian dalam bidang sains dan teknologi makanan. Kalau saya ajar tak seronok, membosankan, makanya, pelajar saya pasti anggap keseluruhan subjek yang berkaitan sains makanan ini tak menyeronokkan.

Thursday, 3 July 2014

Tomyam tanpa perencah segera

Sekadar berkongsi petua oleh ibu saya. Makanan siam banyak yang dari jenis rebusan dan bersantan. Yang popular dari jenis rebusan seperti tom yam. Tom yam bermaksud, sayur campur @ sup campur. Lebih kurang itulah yang diberitahu oleh abah saya. Abah adalah penutur dialek siam dan belajar bahasa Melayu di sekolah.

Sejak kecil, ibu saya memang jarang menggunakan perencah segera. Kebetulan, semalam, saya berbuka dengan Spaghetti Tom Yam. Tom yam jenis tomyam merah. Merahnya kerana menumis pes cili dengan minyak. Jika tom yam putih, tidak perlu menumis pun boleh.

Wednesday, 2 July 2014

eJual Shaklee

Shaklee telah menambah baik kaedah pembelian untuk semua penggunanya. Oleh yang demikian, pengguna boleh membeli terus kepada Shaklee tanpa perlu menghubungi pengedar Shaklee.

Anda hanya perlu pilih barang yang hendak dibeli seperti shopping cart. Bayar melalui kad kredit/debit kepada Shaklee.

Ini linknya untuk semua produk Shaklee.


Set Bersalin/Berpantang Shaklee (Boleh klik mengikut bajet anda)

Set Kurus Shaklee Versi Bajet (Boleh klik mengikut bajet anda)

Set Kurus Shaklee Versi Optimum (Klik Cinch pilihan anda sahaja tetapi kalau ada yang nak beli semua pun boleh)

Set Mengandung/Prenatal Shaklee

Set Sihat Shaklee (Sesuai untuk rutin harian. Sehari sebiji Vitalea,sebiji Bcomplex, sebiji vitamin C dan sebiji Omega Guard)

Set Healthy Home Shaklee (Sesuai untuk penggunaan seisi rumah. Dijamin selamat dan tanpa bahan kimia yang memudaratkan.Boleh klik mengikut kesesuaian bajet anda.)

#ESellShaklee
#EjualShaklee

Tuesday, 1 July 2014

Jimat masa memasak dengan teknik kreatif

Pagi tadi ketika sahur, macam mak - mak yang lain, saya mengemas dapur setelah bersahur, memasak makanan anak untuk di bawa ke rumah pengasuh. Akhirnya habis juga rendang ayam lauk berbuka hari Isnin baru - baru ini. Mujurlah semakin lama, semakin sedap rendang ayam tersebut. Gigih k, buat rendang ayam balik berbuka, gara - gara kecur liur. Ni rendang ayam express dan short cut. Kebetulan, mak saya, mengirimkan serai dan daun kunyit dari kampung. Banyak betul serai, lebih dari 30 batang kut. Terima kasih mak.

Monday, 30 June 2014

Kenangan : Dugaan puasa ketika Ramadan

Hari ini, merupakan pendaftaran pelajar baru Sijil Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan di Kolej Komuniti Sabak Bernam. apabila melihat pelajar - pelajar ini mendaftar, terbayang kenangan - kenangan ketika saya mula - mula menjadi pelajar Bacelor Sains dan Teknologi Makanan di UPM. Apa kena mengena anatara dua program tu? Kedua - dua program itu berkaitan makanan dan pastinya  pelajar - pelajar ini akan menjadi seperti saya juga mempunyai kenangan - kenangan yang berkaitan makanan di bulan Ramadan.
Kenapa makanan? Kerana setiap hari kami sebagai pelajar makanan akan bertembung dengan pelbagai menu sedap makanan.

Sunday, 29 June 2014

Apa mealshakes shaklee dah buat pada anak saya?

Tadi semasa browse foto - foto lama dalam FB, saya terjumpa foto yang menyentuh perasaan saya. Foto anak saya dirawat di hospital. Foto ketika menunggu turn untuk berjumpa doktor. Tangan dengan drip. Ketika itu, usianya sudah setahun lebih, namun rutin bulanan masih menjejak ke hospital. Hingga saat ini saya masih rasa bersalah kerana tidak berupaya menyusukannya dengan susu ibu sehingga usia 6 bulan. Namun, perasaan itu disedapkan oleh suami dengan ayat Quran juga. Katanya, kalau ibu tidak mampu, dan anak tidak mahu menyusu, kita buatlah setakat yang mampu.

Tuesday, 24 June 2014

Cadangan susun atur barang-barang dapur

Saya tak pasti tajuk ini sesuai atau tidak. Namun saya cuba kongsikan bahan bacaan saya dengan anda dari perspektif saya sendiri dalam menyusun atur setiap item kegunaan suri di dapur. Bermula dengan item yang sering digunakan, barang - barang yang kadang - kadang digunakan dan juga jarang - jarang digunakan, setiap satunya mempunyai cara susun atur yang baru. Berikut merupakan lokasi cadangan bagi item dapur yang telah dikategorikan tertentu .

Thursday, 19 June 2014

Cuti hujung minggu di Aquaria dan Taman Burung Kuala Lumpur

Buntu tak tahu nak bawa anak - anak ke mana? Apa kata tinjau cerita aktiviti hujung minggu saya baru - baru ini. Hujung minggu yang lepas, saya berkesempatan membawa anak ke Aquaria dan Taman Burung Kuala Lumpur. Dua - dua menarik. Di Aquaria, tempatnya menarik, namun ibu bapa perlu bersedia awal jika nak membawa anak - anak berjalan. Jika tidak mahu beratur panjang, anda boleh menempah tiket secara online di laman web Aquaria. Cetak tiket online tersebut dan bawa ke kaunter tiket ketika hari berkenaan atau hari yang ditempah.

Wednesday, 18 June 2014

Program Pemprosesan Makanan di Kolej Komuniti Sabak Bernam

Bidang pemprosesan makanan selalunya dianggap kerjaya tidak glemer kerana berada di belakang tabir. Namun sebenarnya bidang ini lebih luas dan mempengaruhi setiap inci penghasilan produk makanan yang berada di pasaran. Tanpa mengetahui kaedah pemprosesan makanan yang betul dan selamat, penghasilan makanan seperti patti burger, bebola daging, mi kuning, laksa, bihun, tauhu, kek, hasilan buah seperti jem, sos cili dan segala macam jeruk, produk makanan yang dihasilkan pastinya tidak mampu memenuhi arus zaman yang serba cepat ini.

Persediaan suri sebelum Ramadhan

Rasanya Ramadhan bakal menjelang dalam tempoh kurang dari 2minggu dari sekarang. Maka sekarang ini lagi, para ibu pasti berfikir dan merencana apa yang perlu dibuat sempena Ramadhan. Amalan ini saya cuba kongsikan terutama untuk ibu - ibu yang bekerja seperti saya.

Tuesday, 17 June 2014

Resepi Kuah Kari Nasi Kukus Ayam Berempah

Hari ini, saya memasak secara terjun untuk program memasak nasi kukus ayam berempah. Tiba - tiba, semuanya seolah tiada idea untuk memasak kari untuk set nasi kukus ayam berempah. Menu ayam berempah, chef noraihan yang jadi ketuanya, sambal oleh chef noraznin. Nak tak nak, sayalah yang kena buat kuah kari tu. Huuu..Lama dah tak buat kari. Syaratnya, kari tu tak mau cepat basi. Jadi saya memilih resepi kari mamak yang diajarkan oleh ibu saudara secara mulut saja. Saya pernah cuba resepi tu sekali sahaja. Dalam hati, hanya berdoa, kari itu menjadi dan memenuhi piawai nasi kukus ayam berempah itu.

Thursday, 12 June 2014

Dah ganti puasa pada masa kecederaan ni?

Sebenarnya, saya dah tulis banyak post, namun didiamkan dalam bentuk draf. Rasa banyak perkara perlu ditambah ilmu sebelum dikongsikan bersama. Minggu ini, alhamdulillah, saya dah berjaya menyelesaikan hampir separuh hutang puasa saya. Memang suami banyak mempengaruhi niat berpuasa saya. Sejak dari awal tahun, dia kerap bagi count down Ramadhan supaya saya bersegera mengganti puasa. Namun, kalau kerja dalam bidang makanan, ada saja perkara yang menyebabkan saya tak boleh berpuasa. (alasan). Saya masih bertangguh. Hinggakan pada minggu ini. Jadi bertabahlah. Puasa ganti saya 22 hari. Separuh sudah digantikan sebelum ini. Kenapa banyak? Semuanya kerana sebab - sebab kesihatan.

Tuesday, 10 June 2014

9 VITAMIN & MINERAL UTK PENURUNAN BERAT BADAN

Selalu orang merungut, kenapa makan produk ni tak kurus - kurus pun. Tak turun - turun pun. Saya la tu. Mungkin, apa yang saya terangkan nanti dapat membantu proses penurunan berat badan anda. Saya pun kongsikan apa yang saya baca, saya faham dan seangkatan dengannya. Nak kata pakar tu tidaklah, tetapi vitamin dan mineral ini masuk dalam kelompok bidang sains makanan. Jadi, saya memang minatlah. Perlu diingat vitamin dan mineral ini diperlukan oleh tumbuh dalam kuantiti yang sedikit sahaja. Namun, kehadirannya amat bermakna. Kalau tak ada atau tak cukup, tubuh kita boleh 'malfunction'. 

Monday, 9 June 2014

Panduan membawa anak kecil menaiki kapal terbang

Berdasarkan pengalaman pulang bercuti baru - baru ini dan sebelum - sebelum ini, saya cuba memberi gambaran kepada ibu - ibu apa yang perlu dibawa untuk menaiki kapal terbang jika bersama anak kecil. Kebetulan pula, kebanyakan penerbangan saya hanya dengan anak - anak tanpa suami. Apabila ibu seorang diri, kita pasti lebih cemas untuk mengawal pergerakan anak kecil terutamanya yang berusia di bawah 4 tahun.

Berikut adalah keperluan - keperluan yang mesti sediakan di dalam tas tangan saya atau pun boleh dimasukkan dalam beg anak.

Tuesday, 27 May 2014

8 perkara yang mematikan hati mengikut Ibrahim Bin Adham

Hati perlu digilap supaya terus bersinar. Andai kata tugas menggilap ini tidak dilakukan, hati akan mati. Bila hati mati, buat dosa pun tak rasa apa. Siapa Ibrahim Bin Adham ini? Sila cari dulu ok. Banyak buku pasal Ibrahim bin Adham ni. Rasanya buku untuk kanak - kanak pun ada (Abah saya ada bagi buku pasal Ibrahim bin Adham ni masa saya kecik. Terima kasih.).

8 perkara yang mematikan hati ialah :-

Friday, 23 May 2014

Gara-gara herbal blend cream

Apabila ada seorang pelanggan saya menghubungi saya untuk mendapatkan herbal blend cream,saya agak susah hati.Maklum sahajalah,herbal blend cream adalah produk terlajak laris.Stok pada saya sudah habis.Stok sendiri pun dah nyawa -nyawa ikan kerana anak-anak saya memang menggunakan cream Shaklee ini .Di HQ shaklee sendiri sudah habis stok.Saya dah maklumkan awal-awal stok HQ tak ada.Namun,dia sanggup menunggu.

Thursday, 22 May 2014

Sijil Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan Kolej Komuniti Sabak Bernam

UPU online sudah keluar keputusan. Jadi para pelajar perlu terima atau tidak pilihan yang diberi. Sebaiknya jawablah tawaran tersebut. Menurut rakan pegawai pengambilan Kolej Komuniti, tawaran yang diberikan UPU ini bermaksud, 1 pelajar, 1 tawaran. Ini bermakna kalau pelajar tolak, pelajar berkenaan tidak akan menerima tawaran institusi yang lain. Saya sekadar nak berkongsi maklumat tentang Sijil Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan. Program ini dijalankan selama 16 bulan termasuk latihan industri. Di Kolej Komuniti Sabak Bernam, peralatan untuk program ini lengkap untuk kemudahan pelajar mengambil kira program ini berkembang sejak 2004 lagi. Program ini diiktiraf oleh MQA dan JPA. Yang paling penting, Kolej Komuniti adalah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Bukan kolej swasta tau.

Guna kotak shaklee jadi tempat simpanan almari

Mood 5S di rumah masih panas. Jadi malam tadi, patutnya tulis manuskrip, tapi kepala sangat berat nak fikir. Jadi saya buat aktiviti mengemas di tengah malam. Mula - mula saya lipat plastik untuk disimpan . Nanti saya upload kemudian. Terlupa pula.

Wednesday, 21 May 2014

Betulkah bangsa kita macam ni?

Gurindam ini saya ambil dari karya Ahmad Fedtri Yahya yang menulis dalam GenQ edisi ke 6.Saya kongsikan sempena sambutan hari guru pada bulan Mei ini. Sesungguhnya menjadi pendidik masyarakat adalah tugas yang berat. Mungkin gurindam ini ada benarnya. Mehnah dan tribulasi yang tertimpa ke atas golongan pendidik memerlukan semangat untuk mengatasi setiap cobaannya.

Tuesday, 20 May 2014

Bagaimana bangsa dan agama nak maju?


Jom usaha untuk lebih maju dan berjaya. Nak bangunkan negara, jangan minta orang lain buat. Kita sendiri yang kena buat.

Monday, 19 May 2014

Tips merawat lidah yang suka mencaci

Perbuatan mencaci atau menghina ini selalunya akan menyakiti hati seseorang Muslim dan termasuk dalam kategori dosa besar. Ia untuk peringatan saya juga. Perkongsian ini, saya kongsikan daripada Majalah GenQ keluaran ke 6. Malah cacian yang menyakitkan ini boleh menjejaskan nama baik dan maruah orang yang dimaki atau disakiti hatinya. Saya berpegang kepada pesanan bapa saya, apabila kita dicaci atau dimaki, hendaklah kita bersabar. Kalau kita pun caci dan maki balik, bermakna, taraf kita ini sudah sama dengan pencaci yang pertama tadi. Sedangkan hakikat orang yang bersabar ini, nilainya tinggi di sisi Allah s.w.t.

Berikut adalah tip - tips untuk merawat lidah kita.

Sunday, 18 May 2014

Penangan Vitalea Shaklee pada mak mertua saya

Balik kampung baru - baru ini, rumah ibu mertua mengadakan sedikit kenduri kesyukuran dan tahlil sempena ibu mertua khatam Quran dan ke tanah suci untuk menunaikan umrah pada hujung bulan ini. Rupa - rupanya kecergasan mak menjadi perhatian rakan - rakannya. Maklum lah sebelum ini mak pernah diserang minor strok akibat darah tinggi dan kencing manis. Masa itu, mak hanya mampu baring sahaja. Namun sebab semangat mak yang kuat, dia rajin untuk melakukan aktiviti kecergasan. Umur mak dah 65 tahun. Masih mampu untuk mengemas rumah dan mencabut rumput di sekeliling halaman rumah (halaman rumah mak luas).

Thursday, 15 May 2014

Susun atur peralatan di dapur saya

Gara - gara terpengaruh audit 5S di kolej, saya melayari laman - laman susun atur dapur rumah blogger yang ada. Apabila selalu tengok, dah berniat nak aplikasikan di rumah. Maka mulakan dulu dengan laci kabinet dapur. Tengah malam pun asyik tengok laman - laman berkenaan. Jadi bila tidur, mimpi.
Jadi nak cerita banyak - banyak tak tahu. Tengoklah ye gambar yang ada. Rasanya sebelum ini, dalam laci - laci berkenaan termasuk sekali dengan mainan anak - nak. :)).

Penebar roti canai perempuan di Sabak Bernam


Cara - cara pengambilan produk GLA Complex Shaklee untuk cepat hamil

Sekadar nak berkonngsi dengan kawan - kawan dari product expert sharing (mommy hadhatina) tentang kaedah pemakanan GLA Complex Shaklee untuk kehamilan 

Tuesday, 13 May 2014

Kursus Undang - Undang Perburuhan untuk majikan Malaysia

Ada seorang teman, mohon saya untuk iklankan program oleh Pertubuhan Kebajikan dan Sukan, Kementerian Sumber Manusia, Malaysia. Kursus ini khas untuk majikan, maksudnya anda ada pekerja. Kursus ini ada 2 siri.

Water pitcher Shaklee yang mudah dan jimat

Kali ni, Zu nak kongsikan penggunaan water pitcher Shaklee yang digunakan untuk menapis air. Zu mula guna water pitcher atau jag ni hampir 9 bulan. RM460.00 dapat 1 set beserta 3 pengganti filter.Jadi ada 3 filter yang diberikan siap - siap untuk starter pack.Mudah kan.

Zu dah pernah guna   bermacam - macam jenis penapis air, dari yang mahal sangat sehingga yang paling murah, penapis air Shaklee nilah yang paling senang dan mudah untuk dikendalikan.

Monday, 12 May 2014

Testimoni kelas asas akaun untuk perniagaan kecil

image
Pada 10 Mei baru-baru, saya memandu seorang diri ke Shah Alam dari Sabak Bernam untuk menghadiri kelas asas akaun anjuran akademi bekerja dari rumah.

Testimoni pengguna GLA Complex, B Complex, Alfalfa, Lecithin dan ESP Shaklee

Sebelum ni, Zu dah cerita kebaikan GLA Complex kepada perempuan terutamanya walaupun sebenarnya ia sesuai juga untuk kaum Adam. 

Saturday, 10 May 2014

Kebaikan anggur muscadine (Vitis rotundifolia) terhadap kesihatan manusia

Kajian yang dibuat oleh para scientist seperti William D Wagner yang dibentangkan pada 26 September 2009 telah menunjukkan anggur muscadine mengandungi pelbagai jenis fitonutrient yang memang secara santifik telah dibuktikan baik untuk kesihatan. Interaksi secara semulajadi di kalangan fitonutrient tersebut sangat penting untuk kesihatan. Kesemua fitonutrient tersebut berfungsi sebagai antioksidan, anti keradangan ke atas gen tertentu yang akan mengurangkan kesan penyakit kronik dan ia baik untuk kesihatan.

Thursday, 8 May 2014

Didikan ibu menjadikan saya manusia

Sempena hari ibu pada bulan Mei, biarpun sebenarnya hari ibu disambut hari - hari, saya nak kongsi cara didikan yang dibuat oleh ibu saya. Mungkin ia membantu dan boleh dijadikan panduan untuk ibu - ibu yang bekerja dan tinggal di bandar besar.

Monday, 5 May 2014

Mujur ada bekal perjalanan Omega Guard & Nutriferon

Pulang dari Johor Bahru ke Putrajaya baru - baru ini kerana menghadiri kenduri di rumah ibu saudara sebelah suami , badan anak sulung terasa panas dan disusuli dengan batuk berkahak. Apa tidaknya, seharian dia bermain dan tidak rehat langsung, dengan keadaan panas terik. Tambahan pula, ramai sepupu yang hampir sebaya dengannya ketika kenduri. Memang saya agak lelah menjaga kedua - dua anak yang aktif ini. Mujurlah si adik mahu juga tidur seperti kebiasaannya biarpun dia juga agak ligat bermain.Memang sakit hati saya ini, mendengar bunyi kahak yang tersekat. Manalah budak - budak tahu untuk mengeluarkannya. Kasihan pun ada. Tiba di rumah adik di Putrajaya hampir tengah malam dan kami bermalam di situ kerana suami menghadiri kelas keesokannya sebelum bertolak pulang ke Sabak Bernam.

Thursday, 1 May 2014

Hotel cantik dan mampu bayar di Shah Alam

image
Hari ini saya menemani suami berseminar di Shah Alam. Pada mulanya saya menolak kerana belum berkemas.Suami mencadangkan kami menginap di hotel berdekatan tempat seminar.

Tuesday, 29 April 2014

Layakkah saya?

Apabila menulis di dalam blog ini, pada saya ia adalah medium bebas untuk menyebarkan ilmu. sungguhpun begitu, ada juga yang mempertikaikan informasi dan maklumat yang saya peroleh. Ya , saya akui ada medium atau informasi yang saya ambil dari internet. Namun informasi yang saya ambil adalah dari laman web yang dipercayai dan diakui kreadibilitinya seperti FAO, jurnal online dan sebagainya. 

Istimewa sangatkah set berpantang Shaklee?

Saya kerap terima order set bersalin ini. Mungkin ia lebih mudah untuk diamalkan kerana apabila anak dah masuk dua atau tiga, pastinya kita perlu lebih cergas dan cekap untuk menjaga anak yang baru lahir, kakak dan juga abangnya. SET BERPANTANG SHAKLEE sebenarnya adalah gabungan vitamin - vitamin Shaklee yang selamat dan mudah untuk dimakan. Untuk kesihatan luaran semasa bersalin kita masih boleh menggunakan pilis, param, minyak barut dan berbengkung. Namun untuk kesihatan dalaman, pada hemat saya, set berpantang Shaklee adalah paling mudah untuk semua orang. Lagipun, jika tempoh berpantang anda singkat misalnya hanya ada cuti selama 40 hari, set berpantang Shaklee masih boleh diteruskan peggunaannya. Anda juga boleh memulakan untuk memulakan set berpantang Shaklee sebaik sahaja anak anda dilahirkan.

Monday, 28 April 2014

Akal yang cerdas dari tubuh yang sihat

image
Pepatah Arab ini sering disebut oleh guru bahasa Arab saya ketika sekolah.Merangkap guru kelas, ummi sentiasa jaga kemaslahatan kami.Paling dipentingkannya, perlu bersarapan pagi biarpun secawan Milo supaya tubuh bertenaga dan cergas ketika di dalam kelas.Itu dulu.

Thursday, 24 April 2014

Vitamin C menghalang pembentukan agen kanser dalam makanan segera

Baru - baru ini saya berkesempatan untuk membaca satu artikel berkenaan dengan Nitrosamin. Tajuknya nitrosamin penyebab kanser. Ada pula gambar burger. Apa kaitan nitrosamin dengan burger? Dalam entri ini saya akan kupas perkaitannya dengan kanser, dengan burger, dengan vitamin C dan bioflavanoid secara santai.


Apakah itu nitrosamin?

Wednesday, 23 April 2014

Lawatan ke rumah pesakit warga emas yang terlantar

Semalam, kami (Kolej Komuniti Sabak Bernam) menerima jemputan dari pihak Klinik Kesihatan Warga Emas Sabak Bernam untuk melawat pesakit warga emas di sekitar Sabak Bernam. Banyak yang kami belajar walaupun, ruang masa yang diberikan hanya sekejap. Dari segi cara penjagaan warga emas yang sakit terlantar, pendidikan kesihatan yang sangat penting, ketabahan ahli keluarga pesakit, dan macam - macam lagi.


Monday, 21 April 2014

Panduan pemakanan untuk mengawal keputihan (jangkitan Candida Albicans)

image
Apabila post ini dipaparkan dalam fan page saya, ia menyebabkan saya terlibat dalam beberapa perbincangan.Sebenarnya, candida albicans ini, bukan nama asing bagi saya kerana ia adalah sejenis yis yang turut ada fungsinya dalam pemprosesan makanan.Namun , ia lebih dikenali sebagai faktor utama candidiasis.

Sunday, 20 April 2014

Pemenang pertandingan testimoni mac & april 2014

image
Akhirnya, tamat sudah pertandingan testimoni anjuran zunairahghani.blogspot.com.Saya sebagai penganjur mengucapkan tahniah kepada pn.Nuriah kerana berjaya memenangi pertandingan ini.
Saya mohon maaf andai pengurusan pertandingan tidak berjalan lancar.Kepada yang tidak berjaya,cuba lagi.Saya pasti akan anjurkannya lagi.Pastikan jangan terlepas.Saya suka nak bagi hadiah yang best- best ni.Terutama kepada pelanggan dan pembaca blog saya.
Sekian
Pada yang nak harga Shaklee murah,jemput jadi ahli bawah saya.Mesti dapat harga kasih sayang mummy Shaklee.
Love uolls.

Thursday, 17 April 2014

Cerita Bandung 4 : Foto - foto di Bandung

Sebenarnya, kalau cerita kisah bercuti atau berjalan - jalan ini, memang tidak akan habis. Sekadar perkongsian , apa yang saya rasa menarik di Bandung.

Soto ayam di Bandung tidak sama dengan soto ayam di Malaysia. Di Malaysia, kuah soto dihidangkan dengan nasih impit. Di Indonesia, kebanyakan soto ayamnya dihidangkan dengan nasi. Ingatkan nak makan ringan - ringan , sekali jadi berat juga.

Thursday, 3 April 2014

Cerita Bandung 2 : Hari pertama bercuti

 Percutian ke Indonesia kali ini, kami memilih Jakarta Bandung. Sebenarnya dah rancang untuk bawa anak - anak sekali. Namun, kerana cuti sekolah, ibu dan bapa saya tidak membenarkan cucunya ikut serta. Biar tinggal di kampung. Kebetulan saya ada program di POLIMAS pada 23 hingga 25 Mac di Kedah. Jadi malam 25 Mac saya terbang ke Kuala Lumpur kerana 26 Mac , flight ke Jakarta pada pukul 10 pagi. Agak penat, namun sebab nak jalan - jalan punya pasal, saya cekalkan hati.

Sunday, 30 March 2014

Cerita Bandung 1: Antara pisang salai dan brownies

Hari ini hari pertama bekerja setelah bercuti panjang bersama suami dan 2 adik perempuan selama 4 hari. Destinasi cuti saya ialah Bandung. Sebenarnya perancangan bercuti ini bermula tahun lepas lagi. Kaedah yang digunakan ialah backpackers. Tidak menggunakan ejen. Apabila secara backpackers, kita dapat cerita dan kisah masyarakat di sisi yang berbeza. Pada saya masyarakat Sunda khususnya di Bandung sangat rajin. Mungkin atas tuntutan hidup, namun mereka sangat positif dan sangat pantas mencipta peluang pekerjaan. Hinggakan, tukang payung ketika hujan pun ada, biarpun upahnya mungkin 500 IR (15 sen). Perkhidmatannya juga tip top, yakni bersungguh - sungguh biarpun kerjanya di anggap mudah. Budi bahasa pun bagus. Alhamdulillah, biarpun di jalanan, pasti ada yang membantu untuk memudahkan perjalanan kami.

Tuesday, 25 March 2014

Pertandingan ICOMPEX 2014

Bermula 23 Mac hingga 25 Mac 2014, saya dan rakan - rakan berpeluang menyertai pertandingan inovasi dan rekacipta di peringkat kebangsaan yang dikenali sebagai ICOMPEX. Pertandingan dianjurkan oleh Bahagian Politeknik dengan tuan rumahnya ialah POLIMAS, Jitra. Saya menyertai pertandingan ini dengan tujuan serampang dua mata.

Kunyit penawar depresi

Sementara menunggu untuk terbang ke Kuala Lumpur, saya sempat membelek majalah Prevention. Menarik! Terdapat pelbagai info dan penemuan berguna yang diutarakan.

Antaranya, kunyit berupaya menjadi penawar depresi. Tajuk utama artikel tersebut natural Prozac. Prozac merupakan sejenis ubatan yang digunakan oleh pengamal perubatan dalam mengawal depresi. Depresi yang berlaku disebabkan pelbagai faktor. Prozac merupakan antara ubat yang popular. Namun secara realitinya, Prozac bukanlah dari sumber semulajadi.

Thursday, 20 March 2014

Punten : antara makanan tradisi yang sedap di Sabak Bernam

Hari ini berpagi - pagi dan bersarapan dengan punten. Kerap ditemui di kalangan masyarakat Jawa Sabak Bernam. Saya tidak pernah bertemu punten di tempat lain. Di Sabak Bernam, ia jarang dijual di gerai - gerai kecil, kerana itu saya pasti, ada juga orang Sabak Bernam yang tak pernah merasa punten. Ia merupakan makanan tradisi yang saya fikir boleh di ketengahkan dan dimajukan.

Wednesday, 19 March 2014

Olahan makanan yang sangat kreatif

Ini sekadar perkongsian yang sangat menarik dan kreatif  untuk makanan. Kredit untuk blog Creative Ideas.

No bake watermelon cake. Ini baru betul kek buah. LOL.



Monday, 17 March 2014

5 nombor yang patut anda tahu tentang kesihatan

Kebanyakan kita mengabaikan statistik kerana ia bermakna nombor. Mungkin kita tidak suka, namun 5 perkara ini berkait rapat dengan proses penuaan, sakit jantung, strok, kelupaan atau lemah daya ingatan dan kesihatan seksual.

Ini dinyatakan sendiri oleh Michael Roizen, pegawai kesihatan di Cleveland Clinic, USA.

Sunday, 16 March 2014

Kisah di suatu pagi

Sebenarnya, saya dah lama hendak menulis tentang ibu tunggal ini. Setiap pagi, selepas menghantar anak ke rumah pengasuh, saya akan melalui  kawasan perkampungan dan kawasan perumahan yang penduduknya majoriti masyarakat India. Laluan saya itu bukanlah laluan utama , namun kerana faktor jarak yang dekat dengan pejabat, saya suka melalui kawasan tersebut. Pemandangannya agak hijau, ada kebun kelapa sawit, ada lembu yang sedang makan rumput (kadang kala, saya berhenti untuk membiarkan anak - anak dengan imaginasi tentang lembu itu). Jalannya berturap dengan tar, namun ada yang tidak sempurna dek kerana ia menjadi laluan kenderaan berat yang membawa hasil sawit. Pagi - pagi, hawanya nyaman sekali. jika beruntung, saya berpeluang melihat kelibat burung enggang.

Friday, 14 March 2014

Wah, jerebu!Sampai bila?

Semalam petang, suami mengadu sakit tekak. Tak berapa nak selesa di tekak. Saya menyuakan satu sachet Nutriferon kepadanya. "Makan sampai habis", pesan saya.
Saya maklum, suami kurang gemar makan ubat. Kalau tak kena selera, memang tak habislah apa - apa ubat pun. Minggu ini, suami sibuk berlatih untuk mendapat tauliah sebagai jurulatih kadet bomba. Mungkin sakit tekak itu tempias jerebu yang semakin teruk.
Hari ini, suami mengatakan sakit tekaknya telah pulih. terkejut juga dia dengan kesan Nutriferon. Anak - anak memang telah menjadi rutin, seminggu sekali saya berikan nutriferon untuk tingkat imun tubuh. Kita mencuba dan berikhtiar.

Jerebu kali ini, saya tak pasti sampai bila. Didoakan hujan turun sebagai penyelamat. Kemarau pun semakin hari semakin menekan, hinggakan terpaksa dibuat catuan air. Pernah terbaca sebuah blog, katanya, apakah negara sudah tidak dirahmati Allah s.w.t? Nauzubillah. Katanya, semua musibah datang bertimpa - timpa. Namun, siapalah kita, hamba yang dhaif untuk mempersoal perencanaan Allah s.w.t. Musibah yang datang pada saya, ia kerana Allah s.w.t. masih sayangkan kita. Masih mahu kita berdoa dan bergantung padaNya. Mungkin selama ini, kita kurang berdoa dan kurang menjaga hubungan kita dengan makhluk Allah yang lain.

Wednesday, 12 March 2014

Saya suka terbang dengan Malaysian Airlines (MAS)

Sejak kisah MH370 menjadi bualan, saya pasti ramai yang menjadi takut nak menaiki kapal terbang. Selepas pesawat MH370 dilaporkan hilang pada pagi Sabtu, adik saya melakukan perjalanan menaiki kapal terbang ke Kuantan pada hari berikutnya. Suasana di KLIA masih muram. Sugul. Wajah - wajah penumpang dan pengguna KLIA semuanya ketat (tidak begitu ceria). Pertama kali, di dalam pesawat para penumpang tekun mendengar arahan langkah keselamatan. Pertama kali juga, ada penumpang membawa buku doa. Malah pertama kali juga, beliau mendengar juruterbang memulakan ucapan dengan basmallah.Mungkin ada hikmahnya berlaku kehilangan. Kita seolah - olah tersedar dan cuba kembali kepada tujuan asal kejadian manusia iaitu beribadah kepada Allah s.w.t.

Sunday, 9 March 2014

Hari ini hari Isnin

Tajuk pun dah tau. Maknanya saya tiada idea nak menulis. Mungkin kerana otak telah semakin tepu dengan pelbagai berita yang saban hari kadang kala tak masuk akal. Tempias musibah MH370 memang terasa. Malam - malam termimpi - mimpi dek kerana berharap sangat ia dapat ditemui. Kalau boleh dalam keadaan yang selamat. Kalau pun tidak dalam keadaan yang kita gemari, sekurang - kurangnya, adalah batang tubuhnya. Bolehlah dijadikan bukti akal. Namun siapa kita untuk menidakkan kuasa Tuhan. Biar secanggih mana dan sehebat mana pun hasil ciptaan manusia, pastinya ada kuasa yang lebih agung. Hanya padanyalah yang mampu kita buat sebagai seorang Islam. Tawakal dan berserah padanya kerana Dia jugalah sebaik - baik penolong. Usaha dan ikhtiar perlu juga dilakukan seiring dengan keputusan yang kita harapkan.

Kenali 6 jenis 'asian pasta' yang paling utama

Post sebelum ini , saya berkongsi dengan pembaca resepi penghasilan laksa beras. Laksa beras yang dihasilkan dengan baik memerlukan air panas mendidih. Jika suhu air kurang panas, tepung beras yang dicampurkan dengan air akan menjadi seperti bancuhan bater pisang goreng. Laksa merupakan menu asia dan merupakan sebahagian asian pasta yang paling utama. Hinggakan menurut sejarah, mi atau asian pasta telah wujud sejak beribu tahun dahulu. Marco Polo pengembara Eropah yang tiba di China mengaplikasikan penghasilan mi tersebut dengan pasta yang menjadi nadi di Itali. Jadi, kita seharusnya berbangga dengan koleksi budaya kita yang pelbagai dan unik. Jom kenali 6 jenis 'asian pasta' yang paling utama.

Saturday, 8 March 2014

Penghasilan laksa beras

Selalunya, kita beli laksa. Kali ini saya nak ajar teknik menghasilkan laksa beras langkah demi langkah. Kalau nak lebih terperinci, jangan malu untuk masuk kursus Kolej Komuniti Sabak Bernam dalam penghasilan laksa. Tenaga pengajar kami akan ajar secara terperinci dengan kursus secara "hands on". Dah buat, dapat bawa pulang hasilnya dengan bayaran kursus serendah RM10.00 dan ke atas.

Takziah untuk MH370

Sesungguhnya berita yang diterima pagi tadi, mendebarkan sehingga saat ini. Takziah untuk Malaysia. Kita berharap yang terbaik untuk pesawat MH370 ini. Doakan yang terbaik untuk penumpang - penumpang MH370 ini. Sekian.

Salam takziah

Tuesday, 4 March 2014

Makanan yang baik dan buruk untuk kulit

Kita sering dimomokkan sedari kecil, masalah kulit adalah disebabkan hormon dan sebagainya. Malah, kita sering diingatkan bahawa kulit wajah merupakan aset penting hinggakan pelbagai produk kecantikan dan kesihatan dihasilkan tumbuh bagai cendawan. Hinggakan pening nak pilih yang mana betul - betul bagus dan sesuai. Remajalah yang sering menjadi mangsa keadaan dalam menghadapi persaingan kulit wajah cantik dengan rakan - rakan sebaya. sungguh pun begitu, wanita dewasa juga turut mengalami masalah kulit seperti kekeringan dan ekzema. Nah, ini menunjukkan bukan sahaja hormon menjadi punca, pasti juga ia berkaitan dengan amalan pemakanan kita sehari - hari. Di sini saya cuba kongsikan makanan yang baik dan buruk untuk kulit yang saya petik dari artikel majalah Prevention.

Monday, 3 March 2014

Bila blog mula bersawang

Ampun ye kawan - kawan, saya sedang asyik dengan kerja yang tak mampu ditolak. Namun dalam tempoh blog bersawang ini, saya bukan duduk saja. Saya tenggelam dalam dunia buku yang sangat asyik. Maklumlah baru pergi memborong buku di pesta buku. Selain itu , saya juga jumpa satu magazine yang sangat bagus untuk makanan dan kesihatan iaitu, Prevention. Ada linknya dalam online
iaitu www.prevention.com.

Banyak sebenarnya yang saya nak kongsikan. Ada permintaan untuk resepi berpantang menu barat. Maklumlah nak variasi makanan kan. Nantikan dalam sharing seterusnya. Terima kasih kerana bersabar.

salam sayang untuk pembaca blog Panduan Makanan Sihat dan Selamat.

Tuesday, 18 February 2014

Rombongan che kiah ke Pesta Buku Big Bad Wolf 2014

Idea untuk menganjurkan rombongan che kiah ke Big Bad Wolf 2014 tercetus secara spontan. Semuanya kerana ingin mencari idea dan membuka minda baru. Tepu rasanya kerana asyik mengadap buku - buku yang sama. Terpandang iklan Big Bad Wolf 2014, terus saya didesak rakan - rakan untuk menganjurkan lawatan adhoc. Rupanya, mereka pun mempunyai gelombang fikir yang sama. Pagi Isnin itu, terus saya menguruskan segala - galanya. Dari kebenaran bos, hinggalah mengeluarkan surat arahan kepada rakan - rakan yang berminat untuk menyertai lawatan akademik tersebut.

Monday, 17 February 2014

Thursday, 13 February 2014

Spaghetti bolognese mudah

Sarapan pagi saya anak beranak hari ini ialah spaghetti bolognese.Memang banyak resepi spaghetti bolognese dengan pelbagai resepi atau ready made sos. Kali ini, saya nak kongsikan resepi yang anda boleh siapkan dalam tempoh 15 minit sahaja. Sempatlah dalam kekalutan pagi, untuk ibu - ibu menyediakan bekal untuk anak - anak.

Wednesday, 12 February 2014

Kursus pendek penghasilan cendol

Tahun ini, jadual saya seolah - olah padat. Hujung minggu pun penuh dengan mengajar kursus pendek. Secara kebetulan, kebanyakan permintaan kali ini banyak berkisar tentang subjek saya. Hari ini saya berpeluang mengajar kursus pendek penghasilan cendol. Kaedah yang digunakan menggunakan dua kali air panas. Bukan kaedah tradisional yang memerlukan pembuat memasak adunan tepung sehingga betul - betul licin berkilat dan lama.

Saturday, 8 February 2014

Resepi Roti Paun Mudah (Ban manis)

Sebenarnya, saya 'cuba try test' saja buat roti ni, almaklumlah, tangan saya jarang - jarang menghasilkan roti. Namun, hari ini, saya berjaya buat roti mudah untuk dimakan bersama lebihan kuah bolognese. Roti dilihat sesuai dan mengenyangkan.

Monday, 3 February 2014

10 petua sihat dan cergas dengan makanan

Menjadi idaman setiap orang untuk sihat dan cergas supaya bebas melakukan aktiviti harian. Di sini saya kongsikan petua yang mudah untuk diamalkan supaya sihat dan cergas dengan makanan.

1. Amalkan makan yoghurt
Petua lama dari Balkan ini perlu diikuti. Setiap hari minum segelas yoghurt yang boleh dicampurkan dengan jus strawberi. Yoghurt ialah susu masam berprotein tinggi dan mempunyai kandungan bakteria probiotik serta dos kalsium yang tinggi.

Sunday, 2 February 2014

[MUHASABAH] Pentingkah pulang ke kampung?

Soalan ini sebenarnya acap kali bermain dalam fikiran kita, nak balik ke atau tak balik kampung? Kerja banyak ni. Presentation penting minggu hadapan. Minggu hadapan ada exam final. Ada aktiviti pejabat yang dianjurkan. Wajib hadir katanya. Semuanya seribu satu alasan yang berlegar dalam fikiran kita. Penting ke balik kampung?

Friday, 31 January 2014

Tips penyimpanan makanan untuk perniagaan catering

Tips penyimpanan makanan ini bukan zu sesuka hati buat sendiri tetapi lebih kepada sharing saya rujuk dari buku Guidelines Mass Catering yang diterbitkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Panduan ini dibuat untuk rujukan kepada sesiapa yang terlibat dengan perniagaan katering atau penyediaan makanan.

Monday, 27 January 2014

8 idea kreatif untuk hidangan menarik parti kanak - kanak

Saya akan menyenaraikan laman sesawang dan blog yang menawarkan idea kreatif untuk hidangan parti kanak - kanak. Banyak yang menarik untuk dicuba dan dijadikan aktiviti keluarga. Pasti anak - anak seronok dengan pelbagai gaya kreatif hidangan oleh ibubapanya sendiri.

Sunday, 26 January 2014

Kesan menulis blog setiap hari

Sebenarnya menulis blog setiap hari seperti membina satu ketagihan dalam diri. Kita ketagih mencari ilmu dan menyebarkan ilmu. Satu usaha, yang saya fikir sangat baik untuk perkembangan sosial dan cara fikir kita. Apabila saya menyertai kelas membina blog, ia merupakan satu ikat janji dalam diri supaya, saya terus mengekalkan usaha menulis setiap hari. Ada yang mengesyorkan, buat permulaan, tulis di blog apa saja selama 40 hari, nescaya selepas itu semuanya akan menjadi mudah.

Wednesday, 22 January 2014

Kurang air boleh menyebabkan penyakit kronik?

Kesan kekurangan air 

Menurut Dr Mohammad Ali Toha,  kekurangan air atau penyahhidratan menyebabkan gejala tidak jelas hinggakan orang itu tidak sedar dia mengalaminya. Pengalaman beliau , pesakitnya yang mengadu lemah badan dan rasa mengantuk yang berterusan dinasihatkan untuk meminum air secukupnya. Sesudah melaksanakan saranan doktor tadi, pesakit kembali pulih, berasa sihat dan segar kembali. Oleh itu, kesan yang diterima dijalankan tanpa menggunakan ubat. Jadi adalah penting , untuk kekalkan kandungan air di dalam tubuh setiap masa. Jika anda ahli sukan atau kerap berpeluh kerana melakukan pekerjaan yang berat, anda disarankan mengambil Performance Drink Shaklee yang bertindak mengekalkan keseimbangan bendalir tubuh.

Monday, 20 January 2014

Fungsi air mengikut perubatan Islam

Pengenalan

Apabila terlibat dengan Shaklee, saya sering mengingatkan pelanggan untuk minum air sekurang - kurangnya 2 hingga 3 Liter sehari. Bukanlah bermakna perlu minum sekaligus namun seperti yang disarankan oleh penulis buku 365 Tip Sihat Gaya Rasulullah, Dr. Mohammad Ali Toha , cukup sekadar minum air sebanyak 250mL air setiap jam. 250mL air ini bersamaan dengan segelas air.

"Aku jadikan makhluk hidup daripada air." Surah al Anbiya'

Kajian sains menunjukkan 70 peratus komponen utama tubuh manusia ialah air. Jadi, jika dinilai secara logik akal, jika tubuh mengalami kekurangan air, ia pasti akan mengganggu keharmonian fungsi organ utama tubuh. Secara langsung, ia pasti akan menjejaskan kesihatan manusa itu sendiri.

Air dari segi kesihatan tubuh manusia

Secara purata, kapasiti perut manusia ialah 1500 mL. Panduan yang diberikan Rasulullah s.a.w. untuk mewujudkan kesimbangan di dalam perut wajar diperhalusi. Baginda menyarankan perut dibahagikan kepada tiga bahagian. Satu pertiga bahagian untuk makanan, satu pertiga bahagian lagi ialah untuk minuman dan satu pertiga bahagian yang akhir adalah untuk pernafasan. Islam menganjurkan kita berhenti makan sebelum kenyang. Ini bagi mewujudkan ruang satu pertiga lagi untuk pernafasan.

Perasan tak, jika kita makan terlampau kenyang disulami dengan air, hinggakan perut dirasakan penuh, kita pasti sukar untuk bernafas dan termengah - mengah walaupun hanya untuk berjalan. Jadi 500 mL adalah untuk makanan, 500 mL lagi untuk minuman. Manakala 500 mL yang terakhir dibiarkan kosong bagi memudahkan proses pernafasan.

Minum air mengikut sunnah

Salah satu anjuran Islam yang merupakan sunnah nabi ialah tidak gopoh ketika meneguk air minum. Minumlah seteguk demi seteguk supaya air yang masuk ke dalam perut secara berperingkat - peringkat. Amalan ini jika diamalkan menyebabkan penyerapan air menjadi lebih baik. Tabiat itu menyihatkan tubuh dan lebih cepat menghilangkan dahaga.

Selain itu, nabi juga melarang kita meneguk air terus dari bekas air. Sebaiknya menuangkan air minuman ke dalam cawan atau pun gelas. Ini kerana dikhuatiri terdapat bendaasing di dalam bekas minuman tersebut yang boleh memudaratkan kita.



 
Bagi sebarang komen atau teguran, sila emailkan kepada saya zunairahagi@gmail.com

Untuk mendapatkan produk Shaklee, boleh whatsapp @ sms saya 012-2248189 @ email saya zunairahagi@gmail.com.
                                 

Saturday, 18 January 2014

Cinta buku membina generasi berilmu

Tatkala menghadiri seminar jom menulis buku, ia seolah - olah membuka mata saya tentang kepentingan menulis buku. Pertamanya, kita perlu menulis untuk meneruskan legasi ilmu. Negara - negara yang maju, kebanyakan merupakan mempunyai penulis yang ramai dengan jumlah terbitan buku yang banyak. Ketinggian ilmu seseorang itu diukur dengan tahap dan daya fikir seseorang memproses maklumt dengan membaca banyak buku. Namun dengan kewujudan pelbagai media penyebaran ilmu secara elektronik, buku dilihat semakin tenggelam fungsinya.

Sunday, 12 January 2014

10 Makanan yang Berkhasiat untuk Kanak - Kanak Bijak

Pemilihan makanan yang sihat dan berkhasiat sangat penting untuk pertumbuhan dan perkembangan kanak - kanak. Tubuh kanak - kanak yang sihat dan mengalami perkembangan yang baik membantu pertumbuhan kesihatan mental dan daya fikir kanak - kanak. Pepatah Arab menyebut, "Akal yang sihat datang dari tubuh yang sihat".

Saturday, 11 January 2014

Rahsia warna makanan untuk diet sihat



Tahukah anda, warna makanan memainkan peranan dalam menentukan kandungan antioksidan yang baik untuk tubuh. Hinggakan ada pengkaji makanan mencadangkan untuk diet makanan secara sihat, kita harus makan makanan yang berwarna warni. Bukanlah maksudnya, anda harus makan makanan yang dicelup dengan pewarna. Tips di bawah mungkin membantu anda dalam memilih menu harian yang sihat dan juga memenuhkannya di dalam ruang simpanan makanan anda.

Jom singkap rahsia warna makanan berikut.

Pengalaman sebagai PJJ (Pasangan Jarak Jauh)

PJJ adalah akronim yang sangat popular di tempat kerja saya. Pengalaman sebagai PJJ sebenarnya adalah situasi yang biasa pada zaman sekarang. Tuntutan tanggungjawab sebagai pekerja ini disebabkan ramai wanita telah berpeluang meningkatkan tahap pendidikan masing - masing. Kebanyakan situasi ini dialami oleh pasangan yang baru bekerja. Tahap ekonomi yang belum mantap menyebabkan kebanyakan isteri terpaksa meneruskan tugas dan bekerja di luar daerah berjauhan dengan pasangan. 

Thursday, 9 January 2014

Takwim kursus pendek Kolej Komuniti Sabak Bernam 2014 dah keluar

Sengaja entri kali ini berbeza. Khas untuk pencari ilmu dan pendokong ilmu. Ilmu kan perlu dituntut hingga akhir hayat. Takwim kursus pendek kolej komuniti sabak bernam mengandungi pelbagai kursus dengan yuran yang sangat murah berbanding dengan apa yang anda dapat bawa balik.

Misalnya, macam saya mengajar pemprosesan makanan, contohnya menghasilkan mi kuning, cendol dan sebagainya, kosnya sangat rendah. Dalam tempoh sehari, tuan puan boleh mengetahui kaedah menghasilkan mi kuning dan cendol. Kemudiannya, tuan puan menghasilkan sendiri produk tersebut. Sudah siap menghasilkan produk, tuan puan akan terima sijil dan boleh bawa balik hasil kerja anda dengan yuran serendah RM10.00 hingga 200.00 bergantung kepada jenis kursus.Kami tiada rahsia kerana ilmu yang disebar adalah untuk sepanjang hayat.

link takwim di sini http://www.kksbs.edu.my/v4/

Jom belajar kerana menuntut ilmu hingga liang lahad.

Nota : Saya menghadiri kursus jahitan manik crumble dengan bayaran tak sampai RM50.00 dan hasilnya, saya mampu buat sendiri. Kerana baju bermanik kan mahal.:)

Wednesday, 8 January 2014

[muhasabah] Apa yang engkau dapat bila buat kerja amal?

Ada orang bertanya dengan saya, "kenapa kau nak susah - susah , buat kerja sukarela macam ni? Apa yang engkau dapat". Soalan itu saya jawab dengan senyum sahaja kerna jawapannya terlampau panjang.

Sebenarnya, banyak yang kita dapat apabila kita ikhlas terlibat dalam kerja - kerja amal. Apabila kita ikhlas, kita akan rasa bahagia. Anda cuba buat satu sahaja perkara kecil tetapi berterusan. Anda pasti akan merasai perbezaannya ke arah yang lebih positif.

Tuesday, 7 January 2014

Makan tembikai dari sudut pandangan perubatan Islam

Tembikai merupakan makanan kegemaran Rasulullah s.a.w. selain buah - buahan lain seperti kurma.

Di riwayatkan oleh Abu Daud dan At Tirmizi, Aishah r.a. telah berkata " Rasulullah s.a.w  selalu makan buah tembikai bersama kurma." Hadith sahih.

Menurut Ibn Al Qayyim, yang dimaksudkan tembikai dari jenis yang berwarna hijau melalui sistem penghadaman manusia lebih cepat dari timun Mesir atau timun - timun yang lain.Ia mudah dihadamkan. Disarankan untuk makan tembikai ketika sebelum makan.Hinggakan ada pengamal perubatan mengenalpasti, amalan makan tembikai dahulu memudahkan proses membersihkan perut dan menghapuskan penyakit sepenuhnya.

Monday, 6 January 2014

[Episod akhir] Kisah yuran dari duit syiling

Saya rasa ini entri saya yang terakhir tentang kisah ini. Ustazah Khadijah telah menyatakan , setakat ini bantuan yang diterima lebih dari mencukupi. Jadi, kita boleh biarkan mereka menjalani kehidupan seperti biasa dengan motivasi diri yang luar biasa.

Beliau minta isu ini tidak disensasikan atau dipolitikkan kerana tujuan asal  hanya untuk mencari dana buat pelajar - pelajar tersebut. Mencari dana yang biasa - biasa yang bertukar menjadi luar biasa. Bukan salah siapa - siapa, kerana kisah ini boleh dijadikan iktibar. Sesungguhnya Allah swt yang merencanakan semuanya. Kita sebagai ahli masyarakat memang perlu mengambil tanggungjawab mencari orang - orang seperti ini. Tidaklah semuanya terserah di bahu pihak yang berwajib sahaja. Memang mudah untuk mengkritik, namun dengan mengkritik saja masalah tidak akan selesai.

Banyak sebenarnya pengajaran yang kita dapat dari kisah anak ini. Ramai sebenarnya wira yang tak didendang wujud dalam masyarakat kita. Kalau kita renung dan muhasabah, pasti ada seseorang yang memberi impak dalam hidup kita. Boleh jadi ibu , ayah, kenalan atau siapa saja.Wira ini, kadangkala terpaksa memekakkan telinga mendengar sindiran, kritikan, mengeluarkan tenaga, masa, mengorbankan diri, mengorbankan keluarga tanpa siapa yang peduli.

Mak Long , nenek Khatijah mengucapkan terima kasih dan sebak semasa saya berbual dengannya semalam. Dia tak sangka, ramai sungguh dermawan di kalangan anda semua. Syabas.

Akhir kalam, andai ada yang masih ingin meneruskan niat bersedekah sebagai dana pendidikan untuk anak - anak ini, boleh masukkan terus ke akaun bank adik ini 

adik Nur Khatijah Abdullah , Bank Rakyat : 220621244780, 
Trustee of Nurkhatijah bt. Abdullah : Shamsiah bt Yusof


Nur Syafikah Abdul Rahim , Bank Rakyat : 220141565286, 
Trustee of Norsyafikah bt. Abdul Rahim : Eni bt. Tarsidi

Sekian, jazakallah hukhairan kathira.

[Nurkhatijah & Norsyafiqah] info terkini setakat jam 4 petang

Alhamdulillah, saya telah berhubung dengan Ustazah Khadijah sebentar tadi.

Ustazah Khadijah pertama sekali ingin memohon maaf andai beliau tidak dapat menjawab panggilan,sms kerana beliau juga terpaksa menjalankan tugas sebagai seorang guru dari pukul 7 pagi hingga 5 petang.

Beliau mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan dan sifat dermawan semua rakyat Malaysia samada dari pihak berwajib, NGO dan juga orang awam. Bantuan dan sumbangan yang disalurkan dirasakan telah mencukupi buat masa ini. Semua urusan wajib seperti kelengkapan sekolah dan kelengkapan peribadi pelajar telah dilaksanakan melibatkan pembayaran yuran sekolah, buku, bas sekolah dan sebagainya.

Beliau sekarang dalam proses menyegerakan pembukaan akaun khas untuk pelajar - pelajar yang akan diuruskan bersama dengan pihak sekolah. Dana yang diterima akan digunakan sebaik mungkin. Beliau melahirkan rasa syukur dan kagum dengan sifat dermawan rakyat Malaysia. Niatnya hanya untuk mencari sumbangan biasa - biasa telah menjadi luar biasa. Hanya Tuhan sahaja dapat membalas budi baik anda semua.

Namun , jika ada yang masih ingin menyalurkan bantuan, saya akan update no akaun pelajar tersebut dalam blog dan fb saya.

Rupanya sesi muhasabah untuk diri saya ini mendapat perhatian awam. Perkongsian dari blog kecil ini bukanlah untuk mencari glamor jauh sekali mencari salah dan silap. Ia digarap agar kita mengenang dan bermuhasabah, andai kita susah, masih ada yang lebih susah.Kadang - kadang orang yang susah itu, hanya di sekeliling kita dan mereka tidak meminta pun untuk dibantu. Jadi kita sendiri yang perlu lebih proaktif.

Bersedekah tidak hanya dengan wang ringgit tetapi juga boleh dari segala segi, baik ilmu, tenaga hatta senyuman sekalipun terutama anak yatim pasti akan diberi ganjaran oleh Allah.

Saya percaya, blog saya hanya menjadi wasilah atau penghubung kepada para dermawan. Allah telah lorongkan hati saya untuk menulis, dan Allah juga lorongkan hati tuan puan pembaca budiman untuk membina ladang pahala.

Saya sangat yakin, Allah s.w.t. sang Pencipta akan menjaga kemaslahatan anak - anak yatim ini dengan pelbagai cara seperti yang dijanjikannya dalam Al Quran. Berbahagialah orang yang mencintai anak yatim dan memeliharanya kerana mereka akan menjadi benteng dari api neraka.

Jazakallahhukhairankathira.



Sunday, 5 January 2014

[Nurkhatijah] Hari baru untuk adik Khatijah

Ini adalah gambar ketika perhimpunan pagi tadi (6 Jan 2014)  di sekolah. Baju baru dan semangat baru untuk adik Khatijah. Terima kasih semua.

Untuk makluman semua, akaun maybank ustazah mengalami masalah transaksi buat masa ini. Mungkin kerana terlalu banyak transaksi akaun berlaku. Saya akan update apabila masalah ini selepas ia dapat di atasi. Kami telah mendapat cadangan untuk membuka akaun khas buat anak - anak ini. Sila tunggu update saya. Terima kasih tak terhingga untuk semua dermawan yang budiman. Hanya Tuhan dapat membalas jasa baik anda.

Seronoknye dia baju baru. Beratur depan sekali.

Senyum bahagia adik Khatijah. So Sweet.



[update 2] Bantuan untuk adik Nurkhatijah Abdullah dan adik Norsyafiqah

Rentetan kisah yuran dari duit syiling, saya terima banyak pertanyaan bagaimana bantuan dapat disalurkan. Para dermawan yang budiman boleh menghubungi terus pihak sekolah atau pun ustazah Khadijah yang memulakan usaha mencari sedikit sumbangan untuk pelajar - pelajar tersebut.

Boleh hubungi ustazah Khadijah bt Alang Abd Shukur di talian 017-3078400 atau terus ke Sekolah Agama Integrasi Ar Rahmaniah, Taman Dagang, Ampang.

 
Nama pelajar yang dirasakan sangat memerlukan bantuan ialah ;1.Nurkhatijah bt. Abdullah,2.Norsyafiqah bt.Abdul Rahim,


Bantuan boleh disalurkan ke akaun Maybank ustazah Khadijah .

No Akaun Ustazah : (DITUTUP)

Hanya Allah s.w.t. sahaja yang dapat membalas jasa dan budi para dermawan sekalian. Ini kes yang tercungkil. Pasti ada juga yang mengalami nasib yang hampir serupa namun hilang di tengah - tengah masyarakat. Rezeki anak - anak inilah kerana kemahuan mereka kuat untuk bersekolah agama. Didoakan mereka berjaya menjadi orang yang berguna dan boleh membantu orang lain pula.


p/s : Hasil bantuan yang diterima akan digunakan untuk membayar yuran bas sekolah, keperluan sekolah termasuk yang melibatkan sekolah kebangsaan. Ini info yang diterima setakat ini.  Selain itu, kalau ada yang mahu menawarkan pekerjaan kepada nenek Nurkhatijah dan ibu Norsyafiqah, sangat dialu - alukan.

Perasaan saya : tersentuh juga bila diceritakan Nurkhatijah asyik bercerita keseronokan membeli barang keperluan sekolah tempoh hari. "Ada pensel warna, ada beg ...." 

Allah, berbahagialah orang - orang yang menggembirakan anak yatim,kerana mereka bakal menjadi penghalang dirimu dari api neraka. 

Saturday, 4 January 2014

[update] Yuran Sekolah Dari Duit Syiling

Alhamdulillah, rupanya masih ramai yang prihatin. Saya menerima banyak pertanyaan , bagaimana nak salurkan bantuan. Saya pun tidak sangka, entri tentang yuran duit syiling sebagai muhasabah diri mendapat perhatian pembaca. Memang, kalau diikutkan, hidup di bandar besar , kosnya sangat tinggi hingga wujud istilah miskin bandar. Kalau di kampung, macam saya di Sabak Bernam, boleh lagi bercucuk tanam, ikan masih boleh di pancing di parit atau sungai. Sekurang - kurangnya, wang yang ada hanya digunakan untuk membeli garam dan gula. Namun harga barang yang meningkat menyebabkan kebanyakan yang hidup biasa - biasa ini yang paling terkesan.

"Oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya, Adapun orang yang meminta (bantuan pimpinan) maka janganlah engkau tengking herdik; Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya." (Adh-Dhuha: 9-11)

Di sini saya update sedikit cerita pelajar berkenaan. Menurut ustazah Khadijah bt. Alang Abu Shuker (guru pelajar tersebut),terdapat 2 orang pelajar yang dirasakan perlu dibantu, iaitu Nurkhatijah bt. Abdullah dan Norsyafiqah bt.Abdul Rahim. Kedua- duanya anak yatim. Seorang tiada emak dan seorang lagi tiada bapa. Boleh berhubung terus dengan ustazah Khadijah untuk maklumat dan bantuan. Nombor telefon bimbit ustazah:017-3078400.

Sekadar renungan, Rasulullah s.a.w. sangat memuliakan anak yatim dan suka menggembirakan mereka. Lantaran Baginda s.a.w. juga seorang anak yatim. Jadi apalah salahnya, kalau sumbangan yang kita berikan dapat menggembirakan mereka, memberikan motivasi untuk mereka ke sekolah.

Inilah pelajar yang dimaksudkan, adik Nurkhatijah bt. Abdullah. Happy je kan nak sekolah.

 
Adik Nurkhatijah dan Nursyafiqah, pelajar yang dirasakan perlu dibantu kerana kedua - duanya tak mampu bayar yuran sekolah.




 
Nurkhatijah dan neneknya di rumah Ustazah. Datang rumah ustazah ingatkan nak mengaji Quran, rupanya ustazah beri sedikit taklimat untuk program shopping barang keperluan adik ni hasil bantuan dermawan.

Adik Nursyafiqah dan ibunya. Ibunya juga seorang cleaner yang akan tamat kontrak bulan 6 nanti. Pernah kena strok dan pertuturannya kurang jelas. 
Di bawa membeli barang keperluan asas di Tesco dan baju sekolah dibeli di Pasaraya Hari - Hari.

Keluarga ini tidak meminta untuk dibantu, namun apakah kita sebagai saudara seagama, punya sedikit wang lebih hanya menutup sebelah mata sahaja melihat kesusahan mereka. Sesungguhnya,memuliakan anak yatim dan menggembirakan mereka hatta dengan sedikit manisan, akan dapat ganjaran yang besar di sisi Allah s.w.t.

Jumlah kutipan sebanyak RM1000.00 terkumpul selama satu hari setengah digunakan untuk program shopping pada 4 Januari 2014. Sebanyak RM800.00 dibelanjakan untuk keperluan anak - anak tersebut. RM200 dan lebihan baki sumbangan akan digunakan untuk keperluan persekolahan sepanjang tahun ini.

Allah s.w.t. melarang manusia berbuat zalim terhadap anak yatim.  Malah, seseorang yang berlaku zalim, tidak menjaga hak dan memberi makan anak yatim dianggap sebagai mendustakan agama.  ALLAH subhanahu wata’ala berfirman dalam surah al-Ma`uun ayat 1-3:
أَرَأَيْتَ الَّذِي يُكَذِّبُ بِالدِّينِ
Tahukah kamu (orang) yang mendustakan agama?
فَذَلِكَ الَّذِي يَدُعُّ الْيَتِيمَ
Itulah orang yang mengherdik anak yatim
وَلا يَحُضُّ عَلَى طَعَامِ الْمِسْكِينِ
dan tidak menganjurkan memberi makan orang miskin.

Berbahagialah ibu dan nenek adik - adik tadi, gurunya dan orang yang membantu mereka sesuai dengan hadith di bawah kerana anak - anak ini bakal menjadi penghalang api neraka kelak.

 “Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka”.

Daripada Abu Ummah diceritakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa yang membelai kepala anak yatim kerana Allah SWT, maka baginya kebaikan yang banyak daripada setiap rambut yang diusap. Dan barang siapa yang berbuat baik kepada anak yatim perempuan dan lelaki, maka aku dan dia akan berada di syurga seperti ini, Rasulullah SAW mengisyaratkan merenggangkan antara jari telunjuk dan jari tengahnya.” (Hadis riwayat Ahmad)

Dalam sebuah hadis daripada Ibnu Abbas meriwayatkan Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: 

“Orang yang memelihara anak yatim dalam kalangan umat Muslimin, memberinya makan dan minum, pasti Allah SWT akan masukkan ke dalam syurga, kecuali ia melakukan dosa yang tidak boleh diampun.” (Hadis riwayat Tirmidzi)

Allah SWT berfirman dalam al-Quran yang bermaksud: 

“Katakanlah, sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya dan menyempitkan bagi (sesiapa yang dikehendaki-Nya)’, dan apa saja yang kamu infakkan, maka Allah akan menggantikannya dan Dialah pemberi rezeki yang sebaik-baiknya.” (Surah Saba ayat 39).

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Tidak ada suatu pagi yang dilalui oleh seorang hamba kecuali dua malaikat turun. Satu daripadanya berkata: Ya Allah, berilah ganti orang yang berinfak (dermawan). Malaikat yang satu lagi berkata: Ya Allah, berilah kehancuran bagi orang yang kedekut.” (Hadis riwayat Bukhari, Muslim dan Ahmad dari Abu Hurairah).

Terima kasih kepada semua dermawan. Hanya Allah s.w.t yang mampu membalas jasa kalian .

Jazakallah hukhairan kathira.


Friday, 3 January 2014

[Muhasabah] Yuran sekolah dari duit syiling


Pagi - pagi saya terima whatsapp gambar  ini dari adinda saya. Ni gambar duit yuran seorang pelajar yang masuk mendaftar ke sekolah semalam di Kuala Lumpur. Datuknya membawa punjut duit syiling yang bernilai RM64.00. Itu pun tak cukup untuk membayar yuran sekolah tersebut. Guru - guru ' topup' untuk pelajar tersebut. Pelajar ini, kematian ibu sedari umurnya sebulan lagi. Bapa dipenjara kerana masalah dadah. Nenek bekerja sebagai cleaner dan akan tamat kontrak pada bulan Jun nanti. Datuknya sudah tidak berdaya untuk bekerja kerana sakit lutut kesan  akibat jatuh ketika bertugas sebagai pemandu lori lama dahulu.`

Bayangkan, semua orang menunggu untuk guru mengira jumlah duit syiling yang di bawa oleh datuk tersebut. Kasih seorang datuk untuk menyekolahkan anak ini. Semasa menulis cerita ini, saya beberapa kali terbabas kerana sebak. Dalam dunia semakin pantas ini, di ibu kota ini, masih ada golongan yang dikategorikan sebagai miskin tegar. Keluarga ini, sudah memohon beberapa kali bantuan zakat, namun kerana kerenah birokrasi , bantuan tidak disalurkan kepada mereka. Mungkin inilah sepatutnya tugas wakil rakyat atau pemimpin masyarakat. Mencari mereka yang terpinggir ini. Selalunya golongan ini, tidak akan meminta - minta untuk menagih simpati ramai. Malah mungkin hidup mereka lebih bahagia dengan jumlah wang yang sedikit tetapi dimanfaatkan sepenuhnya. Sebenarnya, inilah ladang pahala untuk kita yang setiap hari membazir. Membazir makanan, membazir pakaian, membazir masa dan sebagainya.

Kisah anak ini, mungkin ada juga di tempat lain. Cuma kita sahaja yang belum mencarinya. Saya juga ditunjukkan gambar anak - anak ini. Comel - comel dan gembira sahaja rupanya. Seronok hendak ke sekolah seperti orang lain juga. Namun bajunya tak serupa orang lain. Kekuningan, besar dan lusuh, mungkin  juga pemberian orang lain. Gambar ini disebar bukan untuk menagih simpati. Gurunya yang sebar di kalangan rakan - rakan kami sahaja kerana sudah tidak tertahan lagi melihat kepayahan hidup yang anak ini bakal tempuhi. Mana tak sebak, belum pernah dalam sejarah sekolah, mengira duit syiling yang belum tentu cukup untuk dijadikan yuran sekolah.

Akhir kalam, duit gaji atau bonus yang kita terima, sedekahlah kepada golongan seperti ini, kerana di dalam duit gaji kita, pasti ada hak orang lain. Pengajaran juga buat saya, agar tidak mewahkan anak - anak, mana tahu ada rakan - rakan yang tidak bernasib baik. Pasti hati kecil mereka sayu dan tersentuh hati, mereka tidak semewah anak - anak lain. Tiada ipad, tiada tv mungkin, tablet pc jauh sekali. Mungkin pegang komputer hanya di sekolah.

Cerita ini bukan rekaan. Berlaku di sebuah sekolah rendah agama di Kuala Lumpur pada Januari 2014. Alhamdulillah, masih ada yang berhati mulia untuk membantu. Jika ada sebarang pertanyaan dan masalah, sila ajukan kepada saya atau komen di bawah.

email : zunairahagi@gmail.com

Nota : Isi penting muhasabah ini, azam untuk pergi ke sekolah dengan menabung walaupun hidup tidak mewah. Dalam zaman pelajar suka ponteng sekolah, kempen pergi ke sekolah, semangat anak ini perlu dilihat dan dicontohi serta dia perlu diberi motivasi diri yang tinggi agar punya jati diri. Biar orang lain menabung untuk pergi melancong, kita menabung untuk belajar.