Showing posts with label jom baca buku. Show all posts
Showing posts with label jom baca buku. Show all posts

Friday, 9 September 2016

Idea bekal ke sekolah



Waktu rehat yang panjang hari Jumaat, saya ambil kesempatan menelaah buku baru tentang masakan. Buku ini sangat sesuai untuk ibu - ibu yang setiap hari memasak untuk bekal anak - anak ke sekolah dan juga memasak untuk anak - anak. Saya sangat cadangkan buku ini kerana menu dan resepinya sihat dan bersesuaian dengan diet anak sekolah. Saya faham, biarpun setiap hari ibu memasak di rumah, kadang - kala akan ada masa kita jemu dan buntu untuk mencari idea untuk memasak.Sebelum tidur, mesti ada soalan, esok nak masak apa ya?Biarpun masak hari - hari.

Monday, 28 March 2016

Buku seronok baca : Memulakan Bisnes Sendiri oleh Ainon Mohd.

Semalam petang hingga ke malam, sambil rehat-rehat dengan anak, saya menghabiskan membaca buku "Memulakan Bisnes Sendiri" edisi kemas kini oleh Pn.  Ainon Mohd.  Memang buku ini rare atau lain daripada buku motivasi bisnes yang lain.  Siapa yang berkecimpung dalam bisnes mesti baca buku ini.WAJIB.