Showing posts with label makanan jiwa. Show all posts
Showing posts with label makanan jiwa. Show all posts

Thursday, 20 April 2017

Siapa kata Melayu malas jika..

SIAPA KATA ORANG MELAYU MALAS JIKA ...

1) Masakan Melayu mempunyai aneka rempah.Perlu ditumbuk,dititik,dihiris,dimayang halus,dididih, direneh. Cuba tuan puan lihat kaedah pembuatan dodol, lemang, rendang tok hinggakan kepada masakan harian seperti kari dan sebagainya.

Tuesday, 16 September 2014

Selamat Hari Malaysia

Sempena kehadiran 16 September ini, saya kongsikan esei yang saya menangi di program Semarak Merdeka Wilayah Selangor di Kolej Komuniti Selayang. (Sebenarnya saya tiada cerita yang best bertema patriotik hari ini). Tajuk esei ialah "Masyarakat Merdeka Pencetus Ketamadunan Bangsa".Idea menulis tiba pada tengah malam tarikh tutup pertandingan esei. Maklumlah, unit tiada wakil ketika itu, jadi saya hantar untuk melengkapkan penyertaan. Saya berharap ia dapat menyuntik rasa patriotik dalam diri. Tak tahulah kenapa, dah tua - tua macam ni, baru rasa nak masuk bertanding menulis. Awas, esei ini adalah sangat formal dan akademik. Saya hasilkan dalam bilik tidur, di tengah malam, dalam gelap, tanpa buku rujukan. Oleh itu saya berharap sangat, fakta yang diberikan adalah betul dan tepat. Maafkan saya dan tegurlah saya jika terdapat kekurangan. Yang pasti, ia bukan cerpen atau pun angan - angan, ia adalah terjemahan rasa cinta saya terhadap negara saya, Malaysia. Gitewww.

Tuesday, 27 May 2014

8 perkara yang mematikan hati mengikut Ibrahim Bin Adham

Hati perlu digilap supaya terus bersinar. Andai kata tugas menggilap ini tidak dilakukan, hati akan mati. Bila hati mati, buat dosa pun tak rasa apa. Siapa Ibrahim Bin Adham ini? Sila cari dulu ok. Banyak buku pasal Ibrahim bin Adham ni. Rasanya buku untuk kanak - kanak pun ada (Abah saya ada bagi buku pasal Ibrahim bin Adham ni masa saya kecik. Terima kasih.).

8 perkara yang mematikan hati ialah :-

Tuesday, 20 May 2014

Bagaimana bangsa dan agama nak maju?


Jom usaha untuk lebih maju dan berjaya. Nak bangunkan negara, jangan minta orang lain buat. Kita sendiri yang kena buat.

Monday, 19 May 2014

Tips merawat lidah yang suka mencaci

Perbuatan mencaci atau menghina ini selalunya akan menyakiti hati seseorang Muslim dan termasuk dalam kategori dosa besar. Ia untuk peringatan saya juga. Perkongsian ini, saya kongsikan daripada Majalah GenQ keluaran ke 6. Malah cacian yang menyakitkan ini boleh menjejaskan nama baik dan maruah orang yang dimaki atau disakiti hatinya. Saya berpegang kepada pesanan bapa saya, apabila kita dicaci atau dimaki, hendaklah kita bersabar. Kalau kita pun caci dan maki balik, bermakna, taraf kita ini sudah sama dengan pencaci yang pertama tadi. Sedangkan hakikat orang yang bersabar ini, nilainya tinggi di sisi Allah s.w.t.

Berikut adalah tip - tips untuk merawat lidah kita.

Wednesday, 23 April 2014

Lawatan ke rumah pesakit warga emas yang terlantar

Semalam, kami (Kolej Komuniti Sabak Bernam) menerima jemputan dari pihak Klinik Kesihatan Warga Emas Sabak Bernam untuk melawat pesakit warga emas di sekitar Sabak Bernam. Banyak yang kami belajar walaupun, ruang masa yang diberikan hanya sekejap. Dari segi cara penjagaan warga emas yang sakit terlantar, pendidikan kesihatan yang sangat penting, ketabahan ahli keluarga pesakit, dan macam - macam lagi.


Sunday, 16 March 2014

Kisah di suatu pagi

Sebenarnya, saya dah lama hendak menulis tentang ibu tunggal ini. Setiap pagi, selepas menghantar anak ke rumah pengasuh, saya akan melalui  kawasan perkampungan dan kawasan perumahan yang penduduknya majoriti masyarakat India. Laluan saya itu bukanlah laluan utama , namun kerana faktor jarak yang dekat dengan pejabat, saya suka melalui kawasan tersebut. Pemandangannya agak hijau, ada kebun kelapa sawit, ada lembu yang sedang makan rumput (kadang kala, saya berhenti untuk membiarkan anak - anak dengan imaginasi tentang lembu itu). Jalannya berturap dengan tar, namun ada yang tidak sempurna dek kerana ia menjadi laluan kenderaan berat yang membawa hasil sawit. Pagi - pagi, hawanya nyaman sekali. jika beruntung, saya berpeluang melihat kelibat burung enggang.

Friday, 14 March 2014

Wah, jerebu!Sampai bila?

Semalam petang, suami mengadu sakit tekak. Tak berapa nak selesa di tekak. Saya menyuakan satu sachet Nutriferon kepadanya. "Makan sampai habis", pesan saya.
Saya maklum, suami kurang gemar makan ubat. Kalau tak kena selera, memang tak habislah apa - apa ubat pun. Minggu ini, suami sibuk berlatih untuk mendapat tauliah sebagai jurulatih kadet bomba. Mungkin sakit tekak itu tempias jerebu yang semakin teruk.
Hari ini, suami mengatakan sakit tekaknya telah pulih. terkejut juga dia dengan kesan Nutriferon. Anak - anak memang telah menjadi rutin, seminggu sekali saya berikan nutriferon untuk tingkat imun tubuh. Kita mencuba dan berikhtiar.

Jerebu kali ini, saya tak pasti sampai bila. Didoakan hujan turun sebagai penyelamat. Kemarau pun semakin hari semakin menekan, hinggakan terpaksa dibuat catuan air. Pernah terbaca sebuah blog, katanya, apakah negara sudah tidak dirahmati Allah s.w.t? Nauzubillah. Katanya, semua musibah datang bertimpa - timpa. Namun, siapalah kita, hamba yang dhaif untuk mempersoal perencanaan Allah s.w.t. Musibah yang datang pada saya, ia kerana Allah s.w.t. masih sayangkan kita. Masih mahu kita berdoa dan bergantung padaNya. Mungkin selama ini, kita kurang berdoa dan kurang menjaga hubungan kita dengan makhluk Allah yang lain.

Sunday, 2 February 2014

[MUHASABAH] Pentingkah pulang ke kampung?

Soalan ini sebenarnya acap kali bermain dalam fikiran kita, nak balik ke atau tak balik kampung? Kerja banyak ni. Presentation penting minggu hadapan. Minggu hadapan ada exam final. Ada aktiviti pejabat yang dianjurkan. Wajib hadir katanya. Semuanya seribu satu alasan yang berlegar dalam fikiran kita. Penting ke balik kampung?

Saturday, 18 January 2014

Cinta buku membina generasi berilmu

Tatkala menghadiri seminar jom menulis buku, ia seolah - olah membuka mata saya tentang kepentingan menulis buku. Pertamanya, kita perlu menulis untuk meneruskan legasi ilmu. Negara - negara yang maju, kebanyakan merupakan mempunyai penulis yang ramai dengan jumlah terbitan buku yang banyak. Ketinggian ilmu seseorang itu diukur dengan tahap dan daya fikir seseorang memproses maklumt dengan membaca banyak buku. Namun dengan kewujudan pelbagai media penyebaran ilmu secara elektronik, buku dilihat semakin tenggelam fungsinya.

Saturday, 11 January 2014

Pengalaman sebagai PJJ (Pasangan Jarak Jauh)

PJJ adalah akronim yang sangat popular di tempat kerja saya. Pengalaman sebagai PJJ sebenarnya adalah situasi yang biasa pada zaman sekarang. Tuntutan tanggungjawab sebagai pekerja ini disebabkan ramai wanita telah berpeluang meningkatkan tahap pendidikan masing - masing. Kebanyakan situasi ini dialami oleh pasangan yang baru bekerja. Tahap ekonomi yang belum mantap menyebabkan kebanyakan isteri terpaksa meneruskan tugas dan bekerja di luar daerah berjauhan dengan pasangan. 

Wednesday, 8 January 2014

[muhasabah] Apa yang engkau dapat bila buat kerja amal?

Ada orang bertanya dengan saya, "kenapa kau nak susah - susah , buat kerja sukarela macam ni? Apa yang engkau dapat". Soalan itu saya jawab dengan senyum sahaja kerna jawapannya terlampau panjang.

Sebenarnya, banyak yang kita dapat apabila kita ikhlas terlibat dalam kerja - kerja amal. Apabila kita ikhlas, kita akan rasa bahagia. Anda cuba buat satu sahaja perkara kecil tetapi berterusan. Anda pasti akan merasai perbezaannya ke arah yang lebih positif.