Friday, 31 January 2014

Tips penyimpanan makanan untuk perniagaan catering

Tips penyimpanan makanan ini bukan zu sesuka hati buat sendiri tetapi lebih kepada sharing saya rujuk dari buku Guidelines Mass Catering yang diterbitkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Panduan ini dibuat untuk rujukan kepada sesiapa yang terlibat dengan perniagaan katering atau penyediaan makanan.

Monday, 27 January 2014

8 idea kreatif untuk hidangan menarik parti kanak - kanak

Saya akan menyenaraikan laman sesawang dan blog yang menawarkan idea kreatif untuk hidangan parti kanak - kanak. Banyak yang menarik untuk dicuba dan dijadikan aktiviti keluarga. Pasti anak - anak seronok dengan pelbagai gaya kreatif hidangan oleh ibubapanya sendiri.

Sunday, 26 January 2014

Kesan menulis blog setiap hari

Sebenarnya menulis blog setiap hari seperti membina satu ketagihan dalam diri. Kita ketagih mencari ilmu dan menyebarkan ilmu. Satu usaha, yang saya fikir sangat baik untuk perkembangan sosial dan cara fikir kita. Apabila saya menyertai kelas membina blog, ia merupakan satu ikat janji dalam diri supaya, saya terus mengekalkan usaha menulis setiap hari. Ada yang mengesyorkan, buat permulaan, tulis di blog apa saja selama 40 hari, nescaya selepas itu semuanya akan menjadi mudah.

Wednesday, 22 January 2014

Kurang air boleh menyebabkan penyakit kronik?

Kesan kekurangan air 

Menurut Dr Mohammad Ali Toha,  kekurangan air atau penyahhidratan menyebabkan gejala tidak jelas hinggakan orang itu tidak sedar dia mengalaminya. Pengalaman beliau , pesakitnya yang mengadu lemah badan dan rasa mengantuk yang berterusan dinasihatkan untuk meminum air secukupnya. Sesudah melaksanakan saranan doktor tadi, pesakit kembali pulih, berasa sihat dan segar kembali. Oleh itu, kesan yang diterima dijalankan tanpa menggunakan ubat. Jadi adalah penting , untuk kekalkan kandungan air di dalam tubuh setiap masa. Jika anda ahli sukan atau kerap berpeluh kerana melakukan pekerjaan yang berat, anda disarankan mengambil Performance Drink Shaklee yang bertindak mengekalkan keseimbangan bendalir tubuh.

Monday, 20 January 2014

Fungsi air mengikut perubatan Islam

Pengenalan

Apabila terlibat dengan Shaklee, saya sering mengingatkan pelanggan untuk minum air sekurang - kurangnya 2 hingga 3 Liter sehari. Bukanlah bermakna perlu minum sekaligus namun seperti yang disarankan oleh penulis buku 365 Tip Sihat Gaya Rasulullah, Dr. Mohammad Ali Toha , cukup sekadar minum air sebanyak 250mL air setiap jam. 250mL air ini bersamaan dengan segelas air.

"Aku jadikan makhluk hidup daripada air." Surah al Anbiya'

Kajian sains menunjukkan 70 peratus komponen utama tubuh manusia ialah air. Jadi, jika dinilai secara logik akal, jika tubuh mengalami kekurangan air, ia pasti akan mengganggu keharmonian fungsi organ utama tubuh. Secara langsung, ia pasti akan menjejaskan kesihatan manusa itu sendiri.

Air dari segi kesihatan tubuh manusia

Secara purata, kapasiti perut manusia ialah 1500 mL. Panduan yang diberikan Rasulullah s.a.w. untuk mewujudkan kesimbangan di dalam perut wajar diperhalusi. Baginda menyarankan perut dibahagikan kepada tiga bahagian. Satu pertiga bahagian untuk makanan, satu pertiga bahagian lagi ialah untuk minuman dan satu pertiga bahagian yang akhir adalah untuk pernafasan. Islam menganjurkan kita berhenti makan sebelum kenyang. Ini bagi mewujudkan ruang satu pertiga lagi untuk pernafasan.

Perasan tak, jika kita makan terlampau kenyang disulami dengan air, hinggakan perut dirasakan penuh, kita pasti sukar untuk bernafas dan termengah - mengah walaupun hanya untuk berjalan. Jadi 500 mL adalah untuk makanan, 500 mL lagi untuk minuman. Manakala 500 mL yang terakhir dibiarkan kosong bagi memudahkan proses pernafasan.

Minum air mengikut sunnah

Salah satu anjuran Islam yang merupakan sunnah nabi ialah tidak gopoh ketika meneguk air minum. Minumlah seteguk demi seteguk supaya air yang masuk ke dalam perut secara berperingkat - peringkat. Amalan ini jika diamalkan menyebabkan penyerapan air menjadi lebih baik. Tabiat itu menyihatkan tubuh dan lebih cepat menghilangkan dahaga.

Selain itu, nabi juga melarang kita meneguk air terus dari bekas air. Sebaiknya menuangkan air minuman ke dalam cawan atau pun gelas. Ini kerana dikhuatiri terdapat bendaasing di dalam bekas minuman tersebut yang boleh memudaratkan kita.



 
Bagi sebarang komen atau teguran, sila emailkan kepada saya zunairahagi@gmail.com

Untuk mendapatkan produk Shaklee, boleh whatsapp @ sms saya 012-2248189 @ email saya zunairahagi@gmail.com.
                                 

Saturday, 18 January 2014

Cinta buku membina generasi berilmu

Tatkala menghadiri seminar jom menulis buku, ia seolah - olah membuka mata saya tentang kepentingan menulis buku. Pertamanya, kita perlu menulis untuk meneruskan legasi ilmu. Negara - negara yang maju, kebanyakan merupakan mempunyai penulis yang ramai dengan jumlah terbitan buku yang banyak. Ketinggian ilmu seseorang itu diukur dengan tahap dan daya fikir seseorang memproses maklumt dengan membaca banyak buku. Namun dengan kewujudan pelbagai media penyebaran ilmu secara elektronik, buku dilihat semakin tenggelam fungsinya.

Sunday, 12 January 2014

10 Makanan yang Berkhasiat untuk Kanak - Kanak Bijak

Pemilihan makanan yang sihat dan berkhasiat sangat penting untuk pertumbuhan dan perkembangan kanak - kanak. Tubuh kanak - kanak yang sihat dan mengalami perkembangan yang baik membantu pertumbuhan kesihatan mental dan daya fikir kanak - kanak. Pepatah Arab menyebut, "Akal yang sihat datang dari tubuh yang sihat".

Saturday, 11 January 2014

Rahsia warna makanan untuk diet sihat



Tahukah anda, warna makanan memainkan peranan dalam menentukan kandungan antioksidan yang baik untuk tubuh. Hinggakan ada pengkaji makanan mencadangkan untuk diet makanan secara sihat, kita harus makan makanan yang berwarna warni. Bukanlah maksudnya, anda harus makan makanan yang dicelup dengan pewarna. Tips di bawah mungkin membantu anda dalam memilih menu harian yang sihat dan juga memenuhkannya di dalam ruang simpanan makanan anda.

Jom singkap rahsia warna makanan berikut.

Pengalaman sebagai PJJ (Pasangan Jarak Jauh)

PJJ adalah akronim yang sangat popular di tempat kerja saya. Pengalaman sebagai PJJ sebenarnya adalah situasi yang biasa pada zaman sekarang. Tuntutan tanggungjawab sebagai pekerja ini disebabkan ramai wanita telah berpeluang meningkatkan tahap pendidikan masing - masing. Kebanyakan situasi ini dialami oleh pasangan yang baru bekerja. Tahap ekonomi yang belum mantap menyebabkan kebanyakan isteri terpaksa meneruskan tugas dan bekerja di luar daerah berjauhan dengan pasangan. 

Thursday, 9 January 2014

Takwim kursus pendek Kolej Komuniti Sabak Bernam 2014 dah keluar

Sengaja entri kali ini berbeza. Khas untuk pencari ilmu dan pendokong ilmu. Ilmu kan perlu dituntut hingga akhir hayat. Takwim kursus pendek kolej komuniti sabak bernam mengandungi pelbagai kursus dengan yuran yang sangat murah berbanding dengan apa yang anda dapat bawa balik.

Misalnya, macam saya mengajar pemprosesan makanan, contohnya menghasilkan mi kuning, cendol dan sebagainya, kosnya sangat rendah. Dalam tempoh sehari, tuan puan boleh mengetahui kaedah menghasilkan mi kuning dan cendol. Kemudiannya, tuan puan menghasilkan sendiri produk tersebut. Sudah siap menghasilkan produk, tuan puan akan terima sijil dan boleh bawa balik hasil kerja anda dengan yuran serendah RM10.00 hingga 200.00 bergantung kepada jenis kursus.Kami tiada rahsia kerana ilmu yang disebar adalah untuk sepanjang hayat.

link takwim di sini http://www.kksbs.edu.my/v4/

Jom belajar kerana menuntut ilmu hingga liang lahad.

Nota : Saya menghadiri kursus jahitan manik crumble dengan bayaran tak sampai RM50.00 dan hasilnya, saya mampu buat sendiri. Kerana baju bermanik kan mahal.:)

Wednesday, 8 January 2014

[muhasabah] Apa yang engkau dapat bila buat kerja amal?

Ada orang bertanya dengan saya, "kenapa kau nak susah - susah , buat kerja sukarela macam ni? Apa yang engkau dapat". Soalan itu saya jawab dengan senyum sahaja kerna jawapannya terlampau panjang.

Sebenarnya, banyak yang kita dapat apabila kita ikhlas terlibat dalam kerja - kerja amal. Apabila kita ikhlas, kita akan rasa bahagia. Anda cuba buat satu sahaja perkara kecil tetapi berterusan. Anda pasti akan merasai perbezaannya ke arah yang lebih positif.

Tuesday, 7 January 2014

Makan tembikai dari sudut pandangan perubatan Islam

Tembikai merupakan makanan kegemaran Rasulullah s.a.w. selain buah - buahan lain seperti kurma.

Di riwayatkan oleh Abu Daud dan At Tirmizi, Aishah r.a. telah berkata " Rasulullah s.a.w  selalu makan buah tembikai bersama kurma." Hadith sahih.

Menurut Ibn Al Qayyim, yang dimaksudkan tembikai dari jenis yang berwarna hijau melalui sistem penghadaman manusia lebih cepat dari timun Mesir atau timun - timun yang lain.Ia mudah dihadamkan. Disarankan untuk makan tembikai ketika sebelum makan.Hinggakan ada pengamal perubatan mengenalpasti, amalan makan tembikai dahulu memudahkan proses membersihkan perut dan menghapuskan penyakit sepenuhnya.

Monday, 6 January 2014

[Episod akhir] Kisah yuran dari duit syiling

Saya rasa ini entri saya yang terakhir tentang kisah ini. Ustazah Khadijah telah menyatakan , setakat ini bantuan yang diterima lebih dari mencukupi. Jadi, kita boleh biarkan mereka menjalani kehidupan seperti biasa dengan motivasi diri yang luar biasa.

Beliau minta isu ini tidak disensasikan atau dipolitikkan kerana tujuan asal  hanya untuk mencari dana buat pelajar - pelajar tersebut. Mencari dana yang biasa - biasa yang bertukar menjadi luar biasa. Bukan salah siapa - siapa, kerana kisah ini boleh dijadikan iktibar. Sesungguhnya Allah swt yang merencanakan semuanya. Kita sebagai ahli masyarakat memang perlu mengambil tanggungjawab mencari orang - orang seperti ini. Tidaklah semuanya terserah di bahu pihak yang berwajib sahaja. Memang mudah untuk mengkritik, namun dengan mengkritik saja masalah tidak akan selesai.

Banyak sebenarnya pengajaran yang kita dapat dari kisah anak ini. Ramai sebenarnya wira yang tak didendang wujud dalam masyarakat kita. Kalau kita renung dan muhasabah, pasti ada seseorang yang memberi impak dalam hidup kita. Boleh jadi ibu , ayah, kenalan atau siapa saja.Wira ini, kadangkala terpaksa memekakkan telinga mendengar sindiran, kritikan, mengeluarkan tenaga, masa, mengorbankan diri, mengorbankan keluarga tanpa siapa yang peduli.

Mak Long , nenek Khatijah mengucapkan terima kasih dan sebak semasa saya berbual dengannya semalam. Dia tak sangka, ramai sungguh dermawan di kalangan anda semua. Syabas.

Akhir kalam, andai ada yang masih ingin meneruskan niat bersedekah sebagai dana pendidikan untuk anak - anak ini, boleh masukkan terus ke akaun bank adik ini 

adik Nur Khatijah Abdullah , Bank Rakyat : 220621244780, 
Trustee of Nurkhatijah bt. Abdullah : Shamsiah bt Yusof


Nur Syafikah Abdul Rahim , Bank Rakyat : 220141565286, 
Trustee of Norsyafikah bt. Abdul Rahim : Eni bt. Tarsidi

Sekian, jazakallah hukhairan kathira.

[Nurkhatijah & Norsyafiqah] info terkini setakat jam 4 petang

Alhamdulillah, saya telah berhubung dengan Ustazah Khadijah sebentar tadi.

Ustazah Khadijah pertama sekali ingin memohon maaf andai beliau tidak dapat menjawab panggilan,sms kerana beliau juga terpaksa menjalankan tugas sebagai seorang guru dari pukul 7 pagi hingga 5 petang.

Beliau mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan dan sifat dermawan semua rakyat Malaysia samada dari pihak berwajib, NGO dan juga orang awam. Bantuan dan sumbangan yang disalurkan dirasakan telah mencukupi buat masa ini. Semua urusan wajib seperti kelengkapan sekolah dan kelengkapan peribadi pelajar telah dilaksanakan melibatkan pembayaran yuran sekolah, buku, bas sekolah dan sebagainya.

Beliau sekarang dalam proses menyegerakan pembukaan akaun khas untuk pelajar - pelajar yang akan diuruskan bersama dengan pihak sekolah. Dana yang diterima akan digunakan sebaik mungkin. Beliau melahirkan rasa syukur dan kagum dengan sifat dermawan rakyat Malaysia. Niatnya hanya untuk mencari sumbangan biasa - biasa telah menjadi luar biasa. Hanya Tuhan sahaja dapat membalas budi baik anda semua.

Namun , jika ada yang masih ingin menyalurkan bantuan, saya akan update no akaun pelajar tersebut dalam blog dan fb saya.

Rupanya sesi muhasabah untuk diri saya ini mendapat perhatian awam. Perkongsian dari blog kecil ini bukanlah untuk mencari glamor jauh sekali mencari salah dan silap. Ia digarap agar kita mengenang dan bermuhasabah, andai kita susah, masih ada yang lebih susah.Kadang - kadang orang yang susah itu, hanya di sekeliling kita dan mereka tidak meminta pun untuk dibantu. Jadi kita sendiri yang perlu lebih proaktif.

Bersedekah tidak hanya dengan wang ringgit tetapi juga boleh dari segala segi, baik ilmu, tenaga hatta senyuman sekalipun terutama anak yatim pasti akan diberi ganjaran oleh Allah.

Saya percaya, blog saya hanya menjadi wasilah atau penghubung kepada para dermawan. Allah telah lorongkan hati saya untuk menulis, dan Allah juga lorongkan hati tuan puan pembaca budiman untuk membina ladang pahala.

Saya sangat yakin, Allah s.w.t. sang Pencipta akan menjaga kemaslahatan anak - anak yatim ini dengan pelbagai cara seperti yang dijanjikannya dalam Al Quran. Berbahagialah orang yang mencintai anak yatim dan memeliharanya kerana mereka akan menjadi benteng dari api neraka.

Jazakallahhukhairankathira.



Sunday, 5 January 2014

[Nurkhatijah] Hari baru untuk adik Khatijah

Ini adalah gambar ketika perhimpunan pagi tadi (6 Jan 2014)  di sekolah. Baju baru dan semangat baru untuk adik Khatijah. Terima kasih semua.

Untuk makluman semua, akaun maybank ustazah mengalami masalah transaksi buat masa ini. Mungkin kerana terlalu banyak transaksi akaun berlaku. Saya akan update apabila masalah ini selepas ia dapat di atasi. Kami telah mendapat cadangan untuk membuka akaun khas buat anak - anak ini. Sila tunggu update saya. Terima kasih tak terhingga untuk semua dermawan yang budiman. Hanya Tuhan dapat membalas jasa baik anda.

Seronoknye dia baju baru. Beratur depan sekali.

Senyum bahagia adik Khatijah. So Sweet.



[update 2] Bantuan untuk adik Nurkhatijah Abdullah dan adik Norsyafiqah

Rentetan kisah yuran dari duit syiling, saya terima banyak pertanyaan bagaimana bantuan dapat disalurkan. Para dermawan yang budiman boleh menghubungi terus pihak sekolah atau pun ustazah Khadijah yang memulakan usaha mencari sedikit sumbangan untuk pelajar - pelajar tersebut.

Boleh hubungi ustazah Khadijah bt Alang Abd Shukur di talian 017-3078400 atau terus ke Sekolah Agama Integrasi Ar Rahmaniah, Taman Dagang, Ampang.

 
Nama pelajar yang dirasakan sangat memerlukan bantuan ialah ;1.Nurkhatijah bt. Abdullah,2.Norsyafiqah bt.Abdul Rahim,


Bantuan boleh disalurkan ke akaun Maybank ustazah Khadijah .

No Akaun Ustazah : (DITUTUP)

Hanya Allah s.w.t. sahaja yang dapat membalas jasa dan budi para dermawan sekalian. Ini kes yang tercungkil. Pasti ada juga yang mengalami nasib yang hampir serupa namun hilang di tengah - tengah masyarakat. Rezeki anak - anak inilah kerana kemahuan mereka kuat untuk bersekolah agama. Didoakan mereka berjaya menjadi orang yang berguna dan boleh membantu orang lain pula.


p/s : Hasil bantuan yang diterima akan digunakan untuk membayar yuran bas sekolah, keperluan sekolah termasuk yang melibatkan sekolah kebangsaan. Ini info yang diterima setakat ini.  Selain itu, kalau ada yang mahu menawarkan pekerjaan kepada nenek Nurkhatijah dan ibu Norsyafiqah, sangat dialu - alukan.

Perasaan saya : tersentuh juga bila diceritakan Nurkhatijah asyik bercerita keseronokan membeli barang keperluan sekolah tempoh hari. "Ada pensel warna, ada beg ...." 

Allah, berbahagialah orang - orang yang menggembirakan anak yatim,kerana mereka bakal menjadi penghalang dirimu dari api neraka. 

Saturday, 4 January 2014

[update] Yuran Sekolah Dari Duit Syiling

Alhamdulillah, rupanya masih ramai yang prihatin. Saya menerima banyak pertanyaan , bagaimana nak salurkan bantuan. Saya pun tidak sangka, entri tentang yuran duit syiling sebagai muhasabah diri mendapat perhatian pembaca. Memang, kalau diikutkan, hidup di bandar besar , kosnya sangat tinggi hingga wujud istilah miskin bandar. Kalau di kampung, macam saya di Sabak Bernam, boleh lagi bercucuk tanam, ikan masih boleh di pancing di parit atau sungai. Sekurang - kurangnya, wang yang ada hanya digunakan untuk membeli garam dan gula. Namun harga barang yang meningkat menyebabkan kebanyakan yang hidup biasa - biasa ini yang paling terkesan.

"Oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya, Adapun orang yang meminta (bantuan pimpinan) maka janganlah engkau tengking herdik; Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya." (Adh-Dhuha: 9-11)

Di sini saya update sedikit cerita pelajar berkenaan. Menurut ustazah Khadijah bt. Alang Abu Shuker (guru pelajar tersebut),terdapat 2 orang pelajar yang dirasakan perlu dibantu, iaitu Nurkhatijah bt. Abdullah dan Norsyafiqah bt.Abdul Rahim. Kedua- duanya anak yatim. Seorang tiada emak dan seorang lagi tiada bapa. Boleh berhubung terus dengan ustazah Khadijah untuk maklumat dan bantuan. Nombor telefon bimbit ustazah:017-3078400.

Sekadar renungan, Rasulullah s.a.w. sangat memuliakan anak yatim dan suka menggembirakan mereka. Lantaran Baginda s.a.w. juga seorang anak yatim. Jadi apalah salahnya, kalau sumbangan yang kita berikan dapat menggembirakan mereka, memberikan motivasi untuk mereka ke sekolah.

Inilah pelajar yang dimaksudkan, adik Nurkhatijah bt. Abdullah. Happy je kan nak sekolah.

 
Adik Nurkhatijah dan Nursyafiqah, pelajar yang dirasakan perlu dibantu kerana kedua - duanya tak mampu bayar yuran sekolah.




 
Nurkhatijah dan neneknya di rumah Ustazah. Datang rumah ustazah ingatkan nak mengaji Quran, rupanya ustazah beri sedikit taklimat untuk program shopping barang keperluan adik ni hasil bantuan dermawan.

Adik Nursyafiqah dan ibunya. Ibunya juga seorang cleaner yang akan tamat kontrak bulan 6 nanti. Pernah kena strok dan pertuturannya kurang jelas. 
Di bawa membeli barang keperluan asas di Tesco dan baju sekolah dibeli di Pasaraya Hari - Hari.

Keluarga ini tidak meminta untuk dibantu, namun apakah kita sebagai saudara seagama, punya sedikit wang lebih hanya menutup sebelah mata sahaja melihat kesusahan mereka. Sesungguhnya,memuliakan anak yatim dan menggembirakan mereka hatta dengan sedikit manisan, akan dapat ganjaran yang besar di sisi Allah s.w.t.

Jumlah kutipan sebanyak RM1000.00 terkumpul selama satu hari setengah digunakan untuk program shopping pada 4 Januari 2014. Sebanyak RM800.00 dibelanjakan untuk keperluan anak - anak tersebut. RM200 dan lebihan baki sumbangan akan digunakan untuk keperluan persekolahan sepanjang tahun ini.

Allah s.w.t. melarang manusia berbuat zalim terhadap anak yatim.  Malah, seseorang yang berlaku zalim, tidak menjaga hak dan memberi makan anak yatim dianggap sebagai mendustakan agama.  ALLAH subhanahu wata’ala berfirman dalam surah al-Ma`uun ayat 1-3:
أَرَأَيْتَ الَّذِي يُكَذِّبُ بِالدِّينِ
Tahukah kamu (orang) yang mendustakan agama?
فَذَلِكَ الَّذِي يَدُعُّ الْيَتِيمَ
Itulah orang yang mengherdik anak yatim
وَلا يَحُضُّ عَلَى طَعَامِ الْمِسْكِينِ
dan tidak menganjurkan memberi makan orang miskin.

Berbahagialah ibu dan nenek adik - adik tadi, gurunya dan orang yang membantu mereka sesuai dengan hadith di bawah kerana anak - anak ini bakal menjadi penghalang api neraka kelak.

 “Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka”.

Daripada Abu Ummah diceritakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa yang membelai kepala anak yatim kerana Allah SWT, maka baginya kebaikan yang banyak daripada setiap rambut yang diusap. Dan barang siapa yang berbuat baik kepada anak yatim perempuan dan lelaki, maka aku dan dia akan berada di syurga seperti ini, Rasulullah SAW mengisyaratkan merenggangkan antara jari telunjuk dan jari tengahnya.” (Hadis riwayat Ahmad)

Dalam sebuah hadis daripada Ibnu Abbas meriwayatkan Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: 

“Orang yang memelihara anak yatim dalam kalangan umat Muslimin, memberinya makan dan minum, pasti Allah SWT akan masukkan ke dalam syurga, kecuali ia melakukan dosa yang tidak boleh diampun.” (Hadis riwayat Tirmidzi)

Allah SWT berfirman dalam al-Quran yang bermaksud: 

“Katakanlah, sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya dan menyempitkan bagi (sesiapa yang dikehendaki-Nya)’, dan apa saja yang kamu infakkan, maka Allah akan menggantikannya dan Dialah pemberi rezeki yang sebaik-baiknya.” (Surah Saba ayat 39).

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Tidak ada suatu pagi yang dilalui oleh seorang hamba kecuali dua malaikat turun. Satu daripadanya berkata: Ya Allah, berilah ganti orang yang berinfak (dermawan). Malaikat yang satu lagi berkata: Ya Allah, berilah kehancuran bagi orang yang kedekut.” (Hadis riwayat Bukhari, Muslim dan Ahmad dari Abu Hurairah).

Terima kasih kepada semua dermawan. Hanya Allah s.w.t yang mampu membalas jasa kalian .

Jazakallah hukhairan kathira.


Friday, 3 January 2014

[Muhasabah] Yuran sekolah dari duit syiling


Pagi - pagi saya terima whatsapp gambar  ini dari adinda saya. Ni gambar duit yuran seorang pelajar yang masuk mendaftar ke sekolah semalam di Kuala Lumpur. Datuknya membawa punjut duit syiling yang bernilai RM64.00. Itu pun tak cukup untuk membayar yuran sekolah tersebut. Guru - guru ' topup' untuk pelajar tersebut. Pelajar ini, kematian ibu sedari umurnya sebulan lagi. Bapa dipenjara kerana masalah dadah. Nenek bekerja sebagai cleaner dan akan tamat kontrak pada bulan Jun nanti. Datuknya sudah tidak berdaya untuk bekerja kerana sakit lutut kesan  akibat jatuh ketika bertugas sebagai pemandu lori lama dahulu.`

Bayangkan, semua orang menunggu untuk guru mengira jumlah duit syiling yang di bawa oleh datuk tersebut. Kasih seorang datuk untuk menyekolahkan anak ini. Semasa menulis cerita ini, saya beberapa kali terbabas kerana sebak. Dalam dunia semakin pantas ini, di ibu kota ini, masih ada golongan yang dikategorikan sebagai miskin tegar. Keluarga ini, sudah memohon beberapa kali bantuan zakat, namun kerana kerenah birokrasi , bantuan tidak disalurkan kepada mereka. Mungkin inilah sepatutnya tugas wakil rakyat atau pemimpin masyarakat. Mencari mereka yang terpinggir ini. Selalunya golongan ini, tidak akan meminta - minta untuk menagih simpati ramai. Malah mungkin hidup mereka lebih bahagia dengan jumlah wang yang sedikit tetapi dimanfaatkan sepenuhnya. Sebenarnya, inilah ladang pahala untuk kita yang setiap hari membazir. Membazir makanan, membazir pakaian, membazir masa dan sebagainya.

Kisah anak ini, mungkin ada juga di tempat lain. Cuma kita sahaja yang belum mencarinya. Saya juga ditunjukkan gambar anak - anak ini. Comel - comel dan gembira sahaja rupanya. Seronok hendak ke sekolah seperti orang lain juga. Namun bajunya tak serupa orang lain. Kekuningan, besar dan lusuh, mungkin  juga pemberian orang lain. Gambar ini disebar bukan untuk menagih simpati. Gurunya yang sebar di kalangan rakan - rakan kami sahaja kerana sudah tidak tertahan lagi melihat kepayahan hidup yang anak ini bakal tempuhi. Mana tak sebak, belum pernah dalam sejarah sekolah, mengira duit syiling yang belum tentu cukup untuk dijadikan yuran sekolah.

Akhir kalam, duit gaji atau bonus yang kita terima, sedekahlah kepada golongan seperti ini, kerana di dalam duit gaji kita, pasti ada hak orang lain. Pengajaran juga buat saya, agar tidak mewahkan anak - anak, mana tahu ada rakan - rakan yang tidak bernasib baik. Pasti hati kecil mereka sayu dan tersentuh hati, mereka tidak semewah anak - anak lain. Tiada ipad, tiada tv mungkin, tablet pc jauh sekali. Mungkin pegang komputer hanya di sekolah.

Cerita ini bukan rekaan. Berlaku di sebuah sekolah rendah agama di Kuala Lumpur pada Januari 2014. Alhamdulillah, masih ada yang berhati mulia untuk membantu. Jika ada sebarang pertanyaan dan masalah, sila ajukan kepada saya atau komen di bawah.

email : zunairahagi@gmail.com

Nota : Isi penting muhasabah ini, azam untuk pergi ke sekolah dengan menabung walaupun hidup tidak mewah. Dalam zaman pelajar suka ponteng sekolah, kempen pergi ke sekolah, semangat anak ini perlu dilihat dan dicontohi serta dia perlu diberi motivasi diri yang tinggi agar punya jati diri. Biar orang lain menabung untuk pergi melancong, kita menabung untuk belajar.