Showing posts with label catatan resepi. Show all posts
Showing posts with label catatan resepi. Show all posts

Thursday, 2 March 2017

Penghasilan puding cendol

Dah lama rasanya saya tak share resepi. Sebabnya tak berkesempatan nak ambil gambar langkah demi langkah. Sibuk mengajar, terlupa nak ambil gambarnya. Kali ini saya share resepi puding cendol. Cendol yang digunakan dihasilkan oleh pelajar kursus pendek saya. Kalau makan sejuk - sejuk, memang sedap.

Sunday, 22 January 2017

Resepi rendang ayam mudah untuk ibu sibuk

Seperti dijanjikan, saya akan kongsikan resepi rendang ayam mudah untuk ibu - ibu yang sibuk dan buat - buat sibuk macam saya. Bahannya sangat mudah dan ia bukan halangan untuk memasak rendang. Giteww.

Tuesday, 20 September 2016

Penghasilan Kue Teow (Homemade)

Sebenarnya, ini resepi yang Zu ajar dalam Sijil Pemprosesan Dan Kawalan Mutu Makanan, Subjek Pemprosesan Hasil Bijian ketika di Kolej Komuniti Sabak Bernam. Ada mee kuning, laksa, tempeh dan macam - macam lagi. Semua dah pandai buat mi kuning kan. Kalau tak ingat resepi, boleh klik di link INI .Jom buat kue teow pula.

Monday, 11 April 2016

Tips memasak bubur nasi bayi dengan menggunakan periuk nasi elektrik

Hari ini saya nak kongsi tips memasak bubur nasi untuk ibu yang bekerja. Sejak usia anak saya mula menjangkau usia 9 bulan, setiap hari adalah wajib untuk saya membekalkan bubur nasi air tangan mamanya. Supaya dia terindu rindu ibunya sampai ke tua. hihi. Oleh kerana saya mempunyai anak yang bersekolah, tidak bersekolah dan masih bayi, adalah mustahil untuk saya masak di awal pagi tanpa persediaan awal. Jadi, apa yang saya buat, saya masak bubur nasi kosong (plain) awal minggu. Jadikan stok untuk 7 hari. Sudah tentu saya gunakan ilmu sains makanan yang saya pelajari bertahun2.Yang pasti ada air tangan ibu, selamat, berkhasiat dan ada unsur kasih sayang di situ.

Thursday, 17 December 2015

Resepi Magic pizza

Salam hormat..akhirnya..bersawang dah laman blog ni. Tuntutan kerja dan supermummy membuatkan saya tak berkesempatan nak update resepi dan info. Apapun, kalau anda share, saya halalkan sahaja. Ilmu lagi mantap kalau kita selalu share.

Resepi Magic Pizza


Magic Pizza  tema Seafood

Tuesday, 17 June 2014

Resepi Kuah Kari Nasi Kukus Ayam Berempah

Hari ini, saya memasak secara terjun untuk program memasak nasi kukus ayam berempah. Tiba - tiba, semuanya seolah tiada idea untuk memasak kari untuk set nasi kukus ayam berempah. Menu ayam berempah, chef noraihan yang jadi ketuanya, sambal oleh chef noraznin. Nak tak nak, sayalah yang kena buat kuah kari tu. Huuu..Lama dah tak buat kari. Syaratnya, kari tu tak mau cepat basi. Jadi saya memilih resepi kari mamak yang diajarkan oleh ibu saudara secara mulut saja. Saya pernah cuba resepi tu sekali sahaja. Dalam hati, hanya berdoa, kari itu menjadi dan memenuhi piawai nasi kukus ayam berempah itu.

Saturday, 8 February 2014

Resepi Roti Paun Mudah (Ban manis)

Sebenarnya, saya 'cuba try test' saja buat roti ni, almaklumlah, tangan saya jarang - jarang menghasilkan roti. Namun, hari ini, saya berjaya buat roti mudah untuk dimakan bersama lebihan kuah bolognese. Roti dilihat sesuai dan mengenyangkan.

Saturday, 26 October 2013

Resepi Pandan Layer Cake

Seperti yang dijanjikan, saya nak share resepi kursus kek yang saya hadiri.


Perlu hasilkan kek span dahulu @ beli sahaja kek span.

Resepi Kek Span (saiz 8 inci)

250g sponge mix cake
4 biji telur
50 ml air
50 g minyak jagung
1 sudu teh ovellate (cari yang halal, jenama Nona atau tak perlu pun tak apa)
1 sudu teh perasa pandan coconut
sedikit pewarna hijau.

Kaedah memasak kek

Masukkan tepung sponge mix, telur , ovellate, air dalam mangkuk adunan. Putar laju hingga kembang. Masukkan perasa dan pewarna dan akhir sekali minyak jagung. Tuangkan ke dalam acuan 8 inci dan bakar pada suhu 180C selama 45 minit.

Bahan 2

400 ml santan pekat
300 ml air
3 sudu teh serbuk agar - agar
50 ml perasa pandan
6 sudu besar tepung Hoen Kee warna hijau
180g gula
serbuk roti putih untuk hiasan

Kaedah memasak Bahan 2

Campur semua bahan. Kacau sebati. Masak pada suhu yang perlahan hingga adunan pekat dan masak.

Kaedah Menghasilkan Pandan Layer Cake

Potong kek kepada 3 bahagian. Trim kek supaya bersih daripada kesan - kesan hangus.
Masukkan 1 daripada 3 bahagian kek ke dalam acuan. Tuang bahan 2 sehingga menutupi lapisan kek.Lapiskan dengan potongan kek yang kedua.Ulang langkah yang sama. Tuang baki bahan 2 ke atas permukaan kek. Ketuk sedikit supaya rata.
Biarkan kek sejuk. Kemudian, hiaskan dengan serbuk  roti.



Wednesday, 23 October 2013

Langkah Demi Langkah Penghasilan Mee Kuning

Sebagai pensyarah kolej komuniti, saya memang selalu terlibat dalam program komuniti dan kelas - kelas hujung minggu. Banyak permintaan yang diterima kebanyakannya mahukan kaedah penghasilan mee kuning. Sebenarnya kaedahnya adalah mudah cuma mungkin perlukan sedikit kemahiran dan kefahaman dalam bidang pemprosesan hasil bijian. Di sini saya masukkan kaedah penghasilan mee kuning yang dilakukan oleh pelajar saya semester lepas dalam Pemprosesan Hasilan Bijian.

Bahan - Bahan Utama Penghasilan Mee Kuning

Tepung Gandum Protein Tinggi  - 1 Kg
Air                                            - 450 ml
Air Abu                                    - 32 ml
Garam                                      - 20g
Pewarna Kuning                        2 g
Minyak Masak secukupnya

Peralatan yang digunakan ialah mesin mee, mangkuk adunan, periuk, senduk, penapis dan peralatan lain yang dirasakan sesuai.

Kaedahnya

1. Tepung gandum diayak dahulu.Garam, pewarna kuning dan air abu dikacau larut.
2. Tepung gandum digaul dan diuli dengan air larutan garam dan air abu sehingga sebati.



 3. Adunan tadi dipiskan dahulu dan digelek dengan mesin penggelek sebanyak 4-5 kali.




4. Kemudian, barulah dipotong dengan mesin pemotong untuk menghasilkan mee. 

5. Rebus dengan air mendidih (30 - 40 saat) .Angkat apabila ia terapung dan toskan.


6. Cuci dengan air paip bagi menghilangkan kanji - kanji tepung yang ada.


7. Gaul mee kuning dengan minyak secukupnya. Mee sudah disiapkan. Boleh dibungkuskan jika untuk dijual setelah disejukkan. 

selamat mencuba

Dapatkan tips dan teknik menghasilkan mi kuning yang baik untuk industri kecil dengan menghadiri kursus pendek di Kolej Komuniti Sabak Bernam