Tuesday, 20 September 2016

Penghasilan Kue Teow (Homemade)

Sebenarnya, ini resepi yang Zu ajar dalam Sijil Pemprosesan Dan Kawalan Mutu Makanan, Subjek Pemprosesan Hasil Bijian ketika di Kolej Komuniti Sabak Bernam. Ada mee kuning, laksa, tempeh dan macam - macam lagi. Semua dah pandai buat mi kuning kan. Kalau tak ingat resepi, boleh klik di link INI .Jom buat kue teow pula.

Friday, 9 September 2016

Idea bekal ke sekolah



Waktu rehat yang panjang hari Jumaat, saya ambil kesempatan menelaah buku baru tentang masakan. Buku ini sangat sesuai untuk ibu - ibu yang setiap hari memasak untuk bekal anak - anak ke sekolah dan juga memasak untuk anak - anak. Saya sangat cadangkan buku ini kerana menu dan resepinya sihat dan bersesuaian dengan diet anak sekolah. Saya faham, biarpun setiap hari ibu memasak di rumah, kadang - kala akan ada masa kita jemu dan buntu untuk mencari idea untuk memasak.Sebelum tidur, mesti ada soalan, esok nak masak apa ya?Biarpun masak hari - hari.

Aiskrim sedap di Kamunting, rugi kalau tak cuba.

Saya sejak berpindah di Taiping memang suka berjalan - jalan cuba makanan baru di tempat baru. Jadi kalau datang Kamunting, sila singgah dapatkan aiskrim kelapa. Panas - panas , kalau dapat basahkan tekak dengan aiskrim ni, memang nyaman lah. Saya catatkan pengalaman ini dalam blog sebelah. Ini link aiskrim sedap tersebut. Klik di ----> Aiskrim kelapa Kamunting. Selamat mencuba ya. Jalan - jalan ke utara, jangan lupa singgah tau.

Sunday, 14 August 2016

Taman Tasik Taiping, tempat menarik untuk seisi keluarga

Hampir setiap petang, saya cuba mengisi masa dengan anak. Bonding time katanya. Anak saya sudah biasa aktif dengan arwah adiknya dulu. Aktiviti seperti berbasikal dan lumba lari itu biasa mereka buat berdua. Kini setelah Anas tiada, sayalah jadi gantinya untuk kawan berlumba lari. Untuk salurkan energinya, saya bawa dia ke Taman Tasik Taiping. Memang happening tempat ni. 

Tuesday, 26 July 2016

Belasungkawa Anasku Sayang : Ujian Ramadhan dan Syawal yang paling diingati

Entah berapa kali saya menaip dan memadamkan semula tajuk blog kali ini. Sudah beberapa tajuk yang hanya sekadar menjadi draf. Saya memang buntu dan acap kali menarik diri untuk menulis.Mungkin kerana blog ini penuh dengan kenangan saya. Namun menulis merupakan terapi saya dalam menangani emosi yang banyak pasang surutnya.Tambah - tambah sejak diuji Allah menjelang Syawal tempoh hari. Nak tulis tajuk pun sedih.Apatah lagi nak ceritakan apa yang berlaku.

Tuesday, 26 April 2016

Menjejak bekas pelajar Kolej Komuniti Sabak Bernam

Bersempena memasuki tahun ke 16 tertubuhnya Kolej Komuniti Sabak Bernam, pihak jawatankuasa alumni Kolej Komuniti Sabak Bernam ingin menjejak kembali bekas pelajarnya. Kami mahu melihat sejauh mana keberkesanan program yang ditawarkan di Kolej Komuniti Sabak Bernam. Jadi mohon kepada semua bekas pelajar untuk mengisi maklumat dalam borang yang disediakan. 

Sila Klik link ini ----> BORANG MAKLUMAT ALUMNI 

Terima kasih atas kerjasama semua

Tips mencari nama syarikat


·         Ini hasil mentelaah dan perkongsian dengan pelajar saya. Khas untuk yang sedang mencari nama syarikat. Harap - harap tips di bawah ini membantu anda.

Monday, 11 April 2016

Tips memasak bubur nasi bayi dengan menggunakan periuk nasi elektrik

Hari ini saya nak kongsi tips memasak bubur nasi untuk ibu yang bekerja. Sejak usia anak saya mula menjangkau usia 9 bulan, setiap hari adalah wajib untuk saya membekalkan bubur nasi air tangan mamanya. Supaya dia terindu rindu ibunya sampai ke tua. hihi. Oleh kerana saya mempunyai anak yang bersekolah, tidak bersekolah dan masih bayi, adalah mustahil untuk saya masak di awal pagi tanpa persediaan awal. Jadi, apa yang saya buat, saya masak bubur nasi kosong (plain) awal minggu. Jadikan stok untuk 7 hari. Sudah tentu saya gunakan ilmu sains makanan yang saya pelajari bertahun2.Yang pasti ada air tangan ibu, selamat, berkhasiat dan ada unsur kasih sayang di situ.

Monday, 28 March 2016

Buku seronok baca : Memulakan Bisnes Sendiri oleh Ainon Mohd.

Semalam petang hingga ke malam, sambil rehat-rehat dengan anak, saya menghabiskan membaca buku "Memulakan Bisnes Sendiri" edisi kemas kini oleh Pn.  Ainon Mohd.  Memang buku ini rare atau lain daripada buku motivasi bisnes yang lain.  Siapa yang berkecimpung dalam bisnes mesti baca buku ini.WAJIB.

Sunday, 20 March 2016

Penang Bird Park di Seberang Perai

Cuti sekolah saja bawa anak -  anak berjalan jumpa sanak saudara. Selain itu kena juga masukkan aktiviti rekreasi dengan anak-anak.Di penang sebelah tanah besar, tak banyak tarikan rekreasi yang sesuai utk kanaj - kanak. Akhirnya, kami memilih ke Bird Park. Tiket masuk dewasa harganya RM23 dan kanak - kanak rm13. Parkingbya mudah kalau datang awal pagi. Sepelaung saja. 

Tuesday, 15 March 2016

Alumni Sijil Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan



Sebenarnya ramai alumni atau bekas pelajar Sijil Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan kolej komuniti Sabak Bernam yang berjaya menjadi usahawan dan hebat - hebat. Ini antaranya. Saya up yang dah supersenior, senior dan baru nak jadi senior (belum konvokesyen).