Selamat Tahun Baru 2014. Macam - macam perkara telah berlaku dan menjadi sejarah pada tahun 2013. Pada tahun 2013 jugalah saya menceburkan diri secara aktif dalam perniagaan walaupun masih bertugas dalam pekerjaan lain. Antara punca saya meneruskan perniagaan ini adalah kerana ia menyeronokkan. Saya akan berkongsi dengan anda bagaimana menjadikan perniagaan satu perkara yang menyeronokkan dan tidak membosankan.
1. Pilih bidang perniagaan yang sesuai dengan kemampuan kita untuk mengendalikannya. Contohnya: perniagaan secara talian atau dropship bagi yang bekerja sepenuh masa.
2. Apabila tiada order daripada pelanggan, cuba penuhi masa dengan mendalami produk jualan kita terutama dari segi kebaikannya dan fungsinya. Tambah ilmu produk sebaik mungkin.
3. Sentiasa membaca cerita kejayaan - kejayaan orang lain sebagai motivasi . Pendek kata baca semua cerita yang positif sahaja kerana auranya pasti berbeza.
4. Bagi yang Muslim, sentiasa berhubung rapat dengan CEO paling Agung iaitu Allah s.w.t dalam sebarang urusan perniagaan dan yakinlah rezeki itu hanya dariNya.
"Jika kita menjaga hubungan kita dengan Allah, pasti Allah memudahkan segala urusan kita".
5. Masukkan amalan sedekah sebagai amalan wajib setiap hari hatta sedekah kepada ibu bapa dan anak - anak sekalipun kerana ia sangat dituntut agama. Ingat tak, 1 sedekah akan diberi 10 ganjaran.
Teringat kisah seorang sahabat saya, yang bersedekah RM5.00 di saat dia juga kesempitan wang, namun apabila pulang ke rumah bertemu dengan RM50.00 yang terselit dan muncul entah dari mana. Jadi percayalah, dengan bersedekah, anda tidak akan rugi malah anda akan menjadi lebih kaya. Kaya jiwa dan lebih seronok.
6. Menukarkan pelanggan anda sebagai sahabat baik anda. Ini adalah yang paling menyeronokkan. Apabila kita ikhlas berkawan, kita pasti akan mendoakan sahabat kita, dan pastinya para malaikat akan mendoakan kita pula. Seronok kan.
7. Sentiasa update diri dengan ilmu perniagaan yang baru. Mencuba sesuatu yang baru sangat mengujakan. Rebut peluang yang datang dan jangan lepaskannya.
Contohnya sertai kelas membina blog kelolaan Cikgu Zaila. Sangat seronok kerana kita akan bertemu rakan - rakan baru yang turut berniaga dengan pebagai jenis produk. Banyak pengalaman yang dapat dikongsikan. Jadi anda pasti rasa anda tidak keseorangan dalam menghadapi cabaran perniagaan.
8. Berfikiran positif .
Ini adalah perkara yang paling susah untuk dilaksanakan tetapi percayalah apabila anda telah melepasi tembok takut dalam diri, anda akan merasakan semuanya mudah dan seronok. Perkara positif yang saya dapat apabila berniaga, saya lebih yakin diri untuk bercakap dan mengiklankan produk walaupun hakikatnya saya seorang pensyarah. Saya mempunyai masalah takut untuk salah sebelum saya berniaga, namun sekarang, saya lebih optimis dan lebih redha dengan sebarang keputusan. Malah saya lebih berani mengutarakan buah fikiran saya di pejabat berbanding saya yang lama dan saya tidak sedih apabila pendapat saya dibangkang atau tidak dipandang. Sekurang - kurangnya saya telah mencuba. Ia lebih baik daripada tidak mencuba langsung.
9. Senyum dan ucapkanlah Alhamdulillah sebelum memulakan sebarang urus niaga walaupun secara talian. Yakinlah, pelanggan anda akan nampak keikhlasan senyuman anda di sebalik skrin komputer anda.
10. Percaya dengan rezeki perniagaan 9/10 . Berniagalah dengan jujur. Yakinlah perniagaan itu sunnah Rasulullah s.a.w. dan beruntunglah kerana anda orang yang terpilih.
Kongsikan. Semoga ia bermanfaat.
Dari usahawan Shaklee yang setahun jagung tetapi berjiwa besar. Komen atau hubungi saya jika ada teguran.
zunairahagi@gmail.com
Panduan Makanan Sihat dan Selamat merupakan sebuah blog perkongsian ilmu tentang makanan dan sains dalam kehidupan oleh seorang pensyarah pemprosesan makanan, ibu, isteri dan pengedar bebas Shaklee.
Tuesday, 31 December 2013
Tuesday, 24 December 2013
Tips memilih penapis air (water filter)
Lewat tengahari tadi, saya berbual secara santai dengan rakan - rakan setugas. Isu yang ditimbulkan ialah fungsi penapis air yang sebenar.Berbual dengan rakan - rakan secara santai begini, banyak juga ilmu baru yang saya update untuk diri sendiri. Walaupun belajar dalam bidang yang sama, pastinya ilmu Allah yang luas itu, saya tak boleh jangkau semuanya.
Memang diakui, penapis air yang ada di pasaran sangat banyak, hinggakan tidak diketahui jenamanya, asal - usulnya dengan pelbagai tawaran harga. Namun, ia masih penapis air. Saya menggunakan jag penapis Shaklee sahaja. Murah berbanding penapis air yang pernah saya pakai sebelum ini dan sesuai dengan gaya hidup saya yang ringkas dan banyak berjalan. Mudah kerana ia hanya perlu ganti 1 sahaja penapis 4 bulan sekali jika saya menggunakannya dengan kerap. Saya hadiahkan juga kepada ibu mertua kerana sesuai dengan kudratnya dan boleh dibawa ke bilik tidur.
Berbalik kepada fungsi penapis air yang kita beli dan pilih, kita seharusnya faham apa sepatutnya bahan yang perlu ditapis oleh penapis tersebut. Kadangkala, penapis air yang ada di pasaran menapis sehingga tiada langsung zat mineral di dalam air yang telah tertapis tersebut. Sedangkan, air sangat mustahak untuk sistem tubuh. Jadi, kalau semua zat mineral sudah tiada, air tersebut hanya berfungsi sebagai penghilang dahaga sahaja. Sedangkan fungsinya sebagai bendalir tubuh terbantut.
Betapa rakyat Malaysia ini sangat peka dengan kesihatan. Maklumlah, air merupakan medium utama merebaknya penyakit berjangkit. Namun, air juga merupakan medium merawat penyakit. Hinggakan terdapat juga penapis air yang berskala besar diletakkan di luar rumah. Jika rumah yang mempunyai tangki air, penapis air seperti itu sangat merbahaya. Ia menjadikan tangki air anda time bomb.Ini kerana, air yang telah ditapis dan tidak berklorin, menyebabkan bakteria atau virus berkembang biak tanpa kawalan. Bayangkan tangki rumah anda terdedah dengan bahaya bakteria daripada tikus atau beburung. Terdapat penyakit bawaan tikus seperti kencing tikus di mana mediumnya ialah air dan virus H1N1 daripada burung.
Justeru, cukuplah sekadar penapis air berskala kecil yang diletakkan di pili dapur. Pastikan juga, apabila siap ditapis, air tersebut tidak disimpan melebihi 24 jam dikuatiri tidak selamat untuk digunakan. Seharusnya, anda perlu faham sifat klorin. Ia bersifat meruap. Jumlah klorin yang dimasukkan ke dalam air yang dirawat adalah mencukupi dan sesuai untuk kegunaan isi rumah.
Jika anda tidak mempunyai penapis air, cukup sekadar didihkan air dan guna air tersebut. Sudah pasti, klorin akan meruap akibat proses peningkatan haba ketika proses memasak air. Penggunaan penapis air, memerlukan kaedah pembersihan yang berjadual. Itu sebab saya hanya menggunakan penapis air Shaklee sahaja kerana, ia mobile, mudah diurus dan kurang penyelenggaraan.
Key point :
1. Jangan gunakan penapis air berskala besar di luar rumah , jika rumah anda menggunakan tangki air.
2. Fahami tugas dan fungsi penapis air yang anda pilih.
3. Minum air yang telah ditapis dalam tempoh 24 jam bagi memenuhi jaminan kebersihan air.
4. Selalu menyelenggara penapis air di rumah. Jangan biarkan ia tanpa sebarang penyelenggaraan.
5. Jika anda sibuk dan tidak mempunyai masa untuk menyelenggara, pilih penapis air yang mudah diselenggara atau pakai buang.
6.Buat jadual pembersihan penapis air.
Semoga apa yang dikongsikan bermanfaat untuk semua.
012-2248189 (sms @ whatsapp)
zunairahagi@gmail.com (email)
zunairah abdul ghani (FB)
superfood store sabak bernam (fanpages)
zunairahghani.blogspot.com & superfoodstoresb.blogspot.com (blog)
penapis air Shaklee : http://superfoodstoresb.blogspot.com/2013/10/sebab-sebab-ramai-kata-jag-penapis-air.html

Jika ada sebarang kemusykilan atau pendapat, sila komen atau hubungi saya.

Sunday, 22 December 2013
Minyak ikan sebagai penawar penyakit
"Minyak ikan bagus untuk kesihatan."
"Erm, tapi minyak ikan hanyirlah."
Perbualan di atas merupakan antara respon yang sering diterima apabila diceritakan kebaikan minyak ikan. Saya menggunakan minyak ikan Shaklee setiap hari untuk kegunaan satu keluarga kerana saya merasakan apa yang kita makan setiap hari, pasti memberi kesan terhadap kesihatan kita satu masa nanti.
Sebagai ahli sains makanan yang beragama Islam, saya percaya ikan adalah salah satu sumber makanan yang disyorkan dalam perubatan Islam seperti mana yang telah disebutkan dalam Al Quran.
Antaranya di dalam surah An Nahl ayat 14 seperti maksud yang berikut :
" Dan Dialah yang memudahkan laut, supaya kamu dapat makan daripadanya daging yang lembut (ikan) hidup - hidup (segar)..."
Begitu juga di dalam Surah Fatir ayat 12 dan Surah Al Maidah ayat 96.
" Dihalalkan bagi kamu binatang buruan laut, dan makanan yang didapati dari laut, sebagai bekalan bagi kamu (untuk dinikmati kelazatannya) dan juga bagi orang - orang yang di dalam pelayaran;...."

(surah al Maidah ayat 96)
Ikan sangat berguna untuk penyakit seperti hydrocephalus, tuberculosis, ulcers , masalah buah pinggang, sakit belakang, sendi dan saraf. Ia juga menguatkan libido. Ikan dikenali sebagai makanan utama orang Inuit (Eskimos) yang memberikan mereka sumber protein yang lebih baik berbanding daging. Protein ikan bernilai tinggi dan senang dihadamkan oleh tubuh sehinggakan semua zatnya diserap hampir sepenuhnya oleh tubuh manusia dan meninggalkan hanya sedikit sahaja bahan buangan.
Minyak Ikan
Lemak atau minyak yang didapati daripada ikan telah dikenalpasti oleh saintis sebagai makanan yang kaya dengan lemak tak tepu yang sangat berguna dan selamat untuk tubuh manusia. Ia mempunyai kebolehan untuk mengurangkan paras lemak di dalam darah yang membantu menghalang penyakit atherosclerosis dan penyakit jantung koronari. Jumlah iodin yang ditemui di dalam minyak ikan membantu jus pankreas memainkan peranan di dalam proses menghadamkannya.
Jenis ikan putih atau white fish seperti ikan cod mengandungi 1% lemak daripada beratnya. Manakala ikan berlemak seperti salmon, trout, sardin dan tuna ( di Malaysia, jenisnya popular di Pantai Timur dikenali dengan nama tongkol @ aya ) mempunyai kandungan lemak di antara 5 hingga 25% daripada berat ikan tersebut. Hinggakan ikan yang ditinkan seperti sardin dan tuna diakui lebih bagus berbanding daging yang ditinkan.
Isi ikan yang kaya dengan lemak sangat berkhasiat dengan vitamin yang larut lemak seperti vitamin A dan D. Di dalam jenis ikan isi putih, vitamin tersebut wujud di dalam hati ikan, bukannya isinya. Fakta turut menunjukkan , ikan yang kaya dengan vitamin ini sangat bagus sebagai penawar untuk kanak - kanak yang kurang aktif dalam pembelajaran dan proses tumbesaran mereka.
Kajian juga menunjukkan ikan sangat kaya dengan iodin. Iodin sangat penting fungsinya dalam kelenjar tiroid di dalam penghasilan hormon thyroxin. Mereka yang kurang iodin, menyebabkan pembesaran kelenjar tiroid dan untuk menyembuhkannya, para pesakit diberi makan ikan. Kandungan iodin di dalamnya menyembuhkan pesakit sepenuhnya.
Selain itu, minyak ikan mengandungi fosfat dan asid lemak perlu yang penting untuk pertumbuhan dan perkembangan otak. Ia sangat bagus untuk kanak - kanak yang membesar dan mereka yang mengalami masalah nyanyuk atau kelupaan.
Minyak ikan sebagai penawar
Kajian oleh Dr Saynor (R. Saynor, F. Ryan, The Eskimo Diet, London 1990) terhadap 153 pesakit yang mempunyai tahap kolesterol yang sangat tinggi termasuk yang mempunyai masalah jantung diberi rawatan minyak ikan selama 2 bulan. Hasilnya, tahap trigliserida turun ke tahap normal dan kekal rendah selama mana pesakit tersebut mengamalkannya.
Selain itu, kajian juga menunjukkan, makan ikan berlemak atau mengambil minyak ikan setiap hari akan mengurangkan salur darah tersumbat di dalam tubuh kerana pengambilan minyak ikan mengurangkan kelikatan darah. Menurut Kromhont di dalam Journal of Medical Engineering pada tahun 1985 , mengesahkan diet makan ikan oleh masyarakat Jepun yang tinggal di kawasan luar bandar merupakan faktor utama, masalah penyakit jantung dan strok jarang berlaku di sana.
Ahli sains seperti Kremer turut membenarkan kebaikan minyak ikan di dalam mengurangkan masalah sakit sendi di kalangan pesakit arthritis. Ia adalah disebabkan oleh minyak ikan yang memberi kesan terhadap prostaglandins yang bertanggungjawab ke atas rasa sakit dan keradangan.
Kajian turut melihat perkembangan prositif dalam mengurangkan simptom penyakit psoriasis di kalangan pesakit setelah mengambil minyak ikan sebanyak 10 biji kapsul selama 2 bulan (British Journal of Dermatology, 1982).
Pengkaji Denmark pula mengakui minyak ikan bermanfaat di dalam merawat penyakit atopic dermatitis sejenis penyakit kulit. Pesakit yang diberi minyak ikan selama 2 hingga 3 bulan menunjukkan pengurangan keradangan dan simptom penyakit tersebut (British Journal of Dermatology, 1982,117).
Minyak ikan juga adalah penawar yang efektif untuk merawat pesakit migraines. Pengambilan sebanyak 2 hingga 4 kapsul minyak ikan setiap hari selama 6 minggu menunjukkan perubahan yang sangat ketara (Paediatric Journal, 1986).
Dr Goodright (Chest Journal, 1992) mengesahkan pengambilan minyak ikan secara sederhana sebanyak 2 kali seminggu membantu mengurangkan kadar kematian ke atas mereka yang menghadapi masalah myocardial infarction (serangan jantung).
Malahan, minyak ikan juga diakui mengurangkan risiko pre-eclampsia (tekanan darah tinggi ketika mengandung) (British Journal of Obstetrics and Gynaecology, 1990,97).
Kesimpulannya, minyak ikan atau lemak dari ikan mesti dimasukkan ke dalam diet harian kita seharian sama ada mengambil minyak ikan dalam bentuk kapsul atau makan ikan yang berlemak seperti sardin, tuna , salmon dan sejenis dengannya. Ikan air tawar juga diakui sangat kaya dengan lemak seperti huraian oleh Ibnu Al Qayyim dalam kitabnya. Dawood al Antaki turut menyebut, ikan yang terbaik ialah dari jenis carp putih yang dikenali sebagai Al Boori, kemudian carp perang dan yang ketiga ialah belut.
Fungsinya yang terlalu banyak untuk disenaraikan hinggakan sehingga kini, mekanisma yang terlibat dalam mengurangkan tekanan darah tinggi menggunakan minyak ikan, gagal dikenalpasti (Islamic Medicine, 2010).

Sesungguhnya ilmu Allah sangat luas dan tidak terbatas. Pasti ada yang tersirat dan penuh manfaat jika ia telah disebutkan dalam Al Quran. Para pengkaji Muslim perlu menjadikan Al Farabi, Ibnu Sina sebagai contoh dalam menggandingkan fakta sains dan fakta Al Quran sebagai satu jalan penyelesaian masalah ummah setiap hari. Semoga apa yang dikongsikan bermanfaat untuk semua.
Jika ada sebarang kemusykilan atau pendapat, sila komen atau hubungi saya.
012-2248189 (sms @ whatsapp)
zunairahagi@gmail.com (email)
zunairah abdul ghani (FB)
superfood store sabak bernam (fanpages)
zunairahghani.blogspot.com & superfoodstoresb.blogspot.com (blog)
Rujukan : Islamic Medicine, 2010
Al Asrar AlTibbiyah Al Hadithah Fil Samak wal Hoot, Hassan Shamsi Pasha
Al Ijaz Al Tibbi Fil Quran, Dr. Al Sayyid Al Ajeeli
Food and Nutrition, Dr A.Tull
Monday, 16 December 2013
Petua : Kurma sebagai penawar racun
Kali ini saya nak berkongsi tentang petua yang diberikan oleh orang tua saya tentang kurma. Memang saya lebih menggemari kurma berbanding kismis dan sebagainya. Mesti ada di rumah.Maklumlah banyak gunanya. Pertamanya saya kadangkala mengalami keadaan di mana kandungan gula saya rendah. Jadi kadang - kadang, saya rasa macam nak pitam atau pengsan. Jadi, kurmalah sumber gula yang segera buat saya. Sekarang sudah jarang - jarang berlaku, sejak saya mengambil supplement Shaklee namun kurma tetap menjadi teman setia saya.
Kedua, saya gunakan kurma kerana perut yang agak manja. Seringkali mengalami cirit birit yang dikatakan orang 'salah makan' walhal saya makan sama macam orang lain.Jadi kurma jugalah pengubat cirit birit itu, dan ia berkesan tiap kali. Dahulu saya tak faham, kenapa mesti kurma? Namun, setelah terjebak dalam bidang makanan ini, saya sangat kagum dengan fungsinya.
Hinggakan, Rasulullah s.a.w pernah bersabda, "Barangsiapa tiada kurma di rumahnya, umpama tiada makanan". Begitu sekali tingginya kurma sebagai superfood di sisi Rasulullah s.a.w.
Kali ini saya ingin berkongsi, fungsi kurma sebagai penawar racun berdasarkan hadith Bukhari dan Muslim " Sa'ad telah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda," Barangsiapa yang makan 7 biji kurma 'Ajwah setiap pagi, tidak akan dirosakkan pada hari itu oleh racun atau perbuatan jahat (sihir)." (maaf jika ayat hadith tunggang langgang kerana direct translation daripada bahasa Inggeris)
Menurut Dr. Mahmoud Nazim An Naseemi , "Racun terdapat dalam pelbagai jenis samaada benda asing yang masuk melalui luka tubuh, gigitan ular atau bahan berbahaya apabila dimasukkan melebihi had yang dibenarkan samaada melalui makanan atau pernafasan."
Jika bahan itu adalah bahan berbahaya di dalam tubuh kita, selalunya, ia adalah bahan toksik daripada urea, bakteria dan parasit. Tubuh kita dijadikan Tuhan mampu menyingkirkan bahan toksik dengan baik dan sempurna. Bahan toksik disingkirkan menggunakan komponen seperti asid glukoronik yang dihasilkan di hati disebabkan oleh proses pengoksidaan gula dextrose.
Percayakan anda, gula dextrose sangat banyak di dalam kurma sama ada kurma kering atau segar berbanding buah - buahan lain. Tambahan pula dextrose sering digunakan di dalam diet dan rawatan pelabgai jenis keadaan keracunan.
Rekomendasi 7 biji kurma 'ajwah sebelum sarapan disebabkan, gulanya sangat cepat diserap oleh tubuh dan disimpan di dalam hati. Di mana ia membantu menghapuskan dan meneutralkan racun.
Sesungguhnya ilmu Allah s.a.w. itu sangat luas.Subhanallah.
rujukan : Islamic Medicine , Yusuf al Hajj Ahmad, Riyadh (2010), English translation. Pustaka Darussalam.

Tuesday, 10 December 2013
[Muhasabah Diri] Banjir teruk di Kuantan, peringatan untuk semua
Saya menulis tentang peristiwa banjir di Kuantan ini, bukanlah kerana saya cuba mengambil kesempatan atau pun Malaysia ini tidak pernah banjir. Namun saya menulis tentang banjir di Kuantan kerana musibah ini memberi kesan dalam sudut hati saya yang paling dalam. Memang kalau selama ini, jika berlaku sebarang bencana alam atau musibah, saya sekadar menyebut dialog P Ramlee dalam Madu Tiga "kesian".
Namun, banjir besar kali ini mampu membanjirkan kolam air mata saya. Sayu melihat suasana seperti di langgar garuda. Semuanya berlaku dengan cepat. Kuasa Tuhan yang boleh melakukan sesuatu dan dalam masa yang sama memberi peringatan kepada yang lain. Mungkin bencana ini, saya mendapat 'update' yang paling terkini lantaran ada ahli keluarga yang bekerja sebagai Pegawai Metereologi. Mungkin juga kerana 'update' siaran langsung tanpa tapisan daripada adik saya yang menjadi sukarelawan di Kuantan kerana dia menetap di Kuantan.
Banjir ini mengajar saya menghargai makanan kerana musibah banjir ini, saya berasa sangat bersalah apabila membuang baki makanan yang tidak termakan akibat ketamakan sendiri.
Banjir ini mengajar saya menghargai kaum keluarga dan sahabat handai kerana kerisauan terputus hubungan akibat banjir dan berbagai - bagai fikiran negatif yang timbul tentang keselamatan kaum keluarga di Kuantan.
Banjir ini mengajar saya, kita tidak perlu mengharapkan orang lain (pemimpin) untuk melakukan sesuatu perkara tentang diri kita. Sekali imbas peristiwa ini seperti kiamat kecil. Masing - masing hanya memikirkan diri sendiri dan kaum keluarga masing - masing. Bagaimana pula nanti di akhirat sana, pasti kita hanya memikirkan diri sendiri sahaja.
Banjir ini juga mengajar bahawa manusia itu tetap manusia. Apabila keperluan asas tidak dipenuhi, maka pastinya tiada lagi bahagia. Masing - masing mementingkan diri. Mujurlah masih ada hamba Allah yang berhati mulia membantu tak mengenal warna kulit dan beza agama.
Banjir ini juga mengajar saya, ada orang yang suka menangguk di air keruh. Kerana itu, pepatah itu wujud. Si peraih besi buruk yang menyepahkan jalan merebut hasil besi yang dibuang orang. Kenaikan harga barang makanan kerana ada sesetengah kawasan terputus bekalan makanan. Orang yang bukan mangsa banjir mengaku mangsa pun ada. Namun ingatlah, setiap perbuatan kita pasti akan dibalas. Buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas dengan keadaan yang buruk juga.
Sayu mendengarkan kisah - kisah dari sukarelawan, baju yang didermakan miang dan berbau, koyak pun ada. Makanan di pusat pemindahan mangsa banjir dicatu dek kerana tidak cukup bahan makanan. Mana - mana pusat yang menjadi tumpuan, mewahlah mangsa banjirnya. Mana - mana yang berada di kawasan susah untuk dihubungi, terpaksa dicatu dan mengikat perut demi anak - anak kecil yang kelaparan. Lampin pakai buang yang tidak bersalin. Barang - barang bantuan yang tiba direbut kerana takut habis dan tidak dapat. Barang apa yang direbut? Barang penjagaan asas diri seperti sabun mandi, berus gigi dan tuala wanita kerana pastinya berhari - hari badan tidak selesa dengan kesan air bah. Bagaimana pula dengan orang tua atau kanak - kanak yang tidak punya ahli keluarga yang kuat dan gagah perkasa untuk merebut keperluan diri ini? Budak - budak tidur macam mana? Pasti sejuk dek musim hujan. Ibu - ibu yang mungkin dalam hari , tengah berpantang anak kecil, bagaimana lah ye? Semua soalan - soalan itu sentiasa bermain dalam fikiran saya.
Akhir kalam, peristiwa banjir ini pastinya kita kenal siapa kawan dan siapa lawan. Allah swt menduga kerana Allah swt sayang pada kita, jadi bersabarlah. Kalau Allah swt uji dengan kesusahan, pastinya kita akan kembali kepadanya. Namun jika Allah swt uji dengan nikmat kesenangan, pastinya kita terus lalai dan leka tanpa mengambil kira kewujudan Nya. Allah swt uji kerana Allah swt masih pandang kita. Kalau Allah swt tidak menyedari kehadiran kita, pastinya Dia membiarkan kita leka dengan amalan yang merosakkan diri kita sendiri..
Monday, 2 December 2013
Catatan perjalanan Anas dan Khaulah : Muzium Kapal Selam
Hujung minggu , apabila pulang ke kampung di Melaka, kami cuba mengubah angin untuk bersantai - santai dalam suasana tenang. Jadi kami memilih untuk ke Pantai Klebang. Rupanya selain pantainya yang memutih, turut ada tempat menarik untuk dilawati iaitu Muzium Kapal Selam. Tiket masuk, hanyalah RM1.00.
Jadi, kalau sesiapa yang tiada idea nak berhujung minggu di Melaka, silalah ke Pantai Klebang.Pasti Kapal Selam menunggu anda tanpa jemu.
Manfaatkan waktu hujung minggu bersama keluarga.
Khaulah bermain bebas di pasiran pantai |
Sempat menikmati mee rojak dan air kelapa muda di bawah pepohon ru |
Khaulah dan kakak Asma' di bawah pohon rhu. |
Bayaran masuk hanyalah RM1.00 untuk ke Muzium Kapal Selam |
Anak - anak kapal sibuk menjalankan 'tugas' |
Bilik mesyuarat yang kecil sahaja ruangnya |
Anas dalam pangkuan abah, teruja lagaknya. |
Lagi anak kapal sedang sibuk 'beraksi' |
Gaya bergambar Khaulah cara baru di pintu masuk kapal selam. Tinggi tau! |
Manfaatkan waktu hujung minggu bersama keluarga.
Tuesday, 26 November 2013
Kenali Ubat Anda
Tengahari tadi, saya ke hospital melawat anak rakan di wad. Sebelum sampai ke kereta, saya singgah sekejap di tempat pameran bahagian farmasi. Saya mendapat penjelasan lebih jelas tentang kod kelulusan ubat KKM.
Maklumatnya adalah seperti berikut:-
KOD UBAT KKM
* ubat terkawal : MALxxxxxxA (berakhir dgn A) mesti ada preskripsi doktor. Tidak boleh dibeli sebarangan.
* bukan ubat terkawal : MAL xxxxxx X (berakhir dgn X) boleh dibeli di kaunter farmasi macam biasa, contohnya panadol
*supplement : MAL xxxxxxN (berakhir dgn N)
*ubat tradisional : MAL xxxxxT (berakhir dgn T)
*cosmetic : MAL xxxxx K/KE (berakhir dgn K atau KE)
dan selain kod yang diberi, perlu ada hologram. Kalau hologram baru KKM ada gambar harimau. Cuba anda perhatikan betul - betul.
Kenapa unit farmasi melakukan pameran ini, supaya pengguna melalui konsep 5B.
1. Pengguna ubat yang BETUL
2. Ubat yang BETUL
3. Dos yang BETUL
4.Cara pengambilan yang BETUL
5. Masa yang BETUL
APA ITU UBAT
Ubat ialah bahan kimia untuk mencegah, mengawal dan merawat penyakit.
UBAT AM
Boleh dibeli tanpa preskripsi di kedai farmasi / kedai biasa. Contoh : vitamin atau ubat demam.
UBAT TERKAWAL DENGAN PRESKRIPSI
Boleh diperoleh hanya melalui doktor/ahli farmasi. Contoh: ubat darah tinggi, antibiotik
UBAT TERKAWAL TANPA PRESKRIPSI
Boleh diperoleh daripada ahli farmasi . Contoh : krim, ubat batuk, ubat selesema
PANDUAN PENGGUNAAN UBAT YANG SELAMAT
*Rujuk ahli farmasi/doktor serta merta jika mengalami reaksi luar biasa terhadap ubat.
*Ambil ubat mengikut selang masa yang ditetapkan. Jika terlupa jangan gandakan dos ubat.
*Semak tarikh luput, perubahan warna dan keadaan fizikal ubat.
*Pulangkan ubat yang lama , rosak dan luput ke farmasi di hospital.
*Bincang dengan ahli farmasi/doktor sebelum mula atau berhenti mengambil ubat.
*Pastikan ubat yang diterima betul.
Mengikut Akta Racun 1952 Seksyen 2 dan 19, semua ubat terkawal hanya boleh diperoleh terus daripada doktor dan ahli farmasi yang berdaftar. Preskripsi merupakan arahan bertulis berkaitan ubat daripada doktor.
AWAS!!!!
Ubat - ubat tradisional yang tidak berdaftar dan yang dicemari racun berjadual seperti steroid, sildenafil, phenylbutazone. Jangan beli dan jangan guna ubat - ubatan tidak berdaftar.
Saya mengalu - alukan sebarang bentuk cadangan dan teguran.
email : zunairahagi@gmail.com
no h/p : 012-2248189
blog: zunairahghani.blogspot.com & superfoodstoresb.blogspot.com
fanpages: superfood store sabak bernam
Ilmu jika tidak diamalkan, akan mati. Jemput kongsikan dengan rakan - rakan anda.Tidak perlu minta kebenaran saya.
Untuk dapatkan produk Shaklee, sila hubungi saya seperti di atas.Terima kasih kerana membaca.
p/s: Produk shaklee , saya dah check ada kedua-duanya. hologram harimau lagi.

Thursday, 21 November 2013
Awas! Bahaya Obesiti di Kalangan Kanak - Kanak
Obesiti di kalangan kanak - kanak telah dipandang serius oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, sehinggakan terdapat arahan - arahan tertentu seperti penjualan makanan sihat di kalangan kanak - kanak, kempen minum susu dan kempen 1 murid 1 sukan.
Namun sebanyak mana pun kita mengambil berat pertumbuhan dan kesihatan anak - anak , kita selalunya tidak mendapat maklumat yang tepat berdasarkan kajian santifik atau perubatan. Jadi , mari kita lihat pada beberapa fakta dan maklumat berkaitan obesiti di kalangan kanak - kanak.
Bayi saya sungguh montel dan gemuk, jadi dia sangat sihat.
Kebanyakan orang berpendapat bayi kurus adalah tidak sihat dan bayi gemuk adalah sihat. Namun ahkikat ini perlu diperbetulkan. Bayi yang kurus tidak semestinya sakit dan bayi gemuk tidak semestinya sihat selagi beratnya mencapai BMI yang sesuai selari dengan pertumbuhannya, itu sudah mencukupi. Kanak - kanak atau bayi yang berlebihan berat badan atau obes juga boleh mengancam nyawa.
[Tindakan ibu bapa]
Bawa anak menjalani pemeriksaan kesihatan dengan kerap dan berjadual supaya perkembangan pertumbuhan mereka dapat dipantau.
Tiada masalah kalau anak saya gemuk dan obes semasa kecil, asalkan dia tidak obes apabila dewasa nanti.
Pendapat ini perlu diperbaiki. Kajian telah menunjukkan bahawa kanak - kanak yang obes mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat NCD seperti penyakit diabetes jenis 2 atau kencing manis dan penyakit jantung koronari semasa remaja atau dewasa.
[Tindakan ibu bapa]
Adalah sangat penting untuk menjaga kesihatan anak sejak awal lagi. Pantau diet pemakanannya setiap hari. Lebihkan buah - buahan dan sayur - sayuran. Jangan manjakan anak - anak dengan makanan - makanan yang tidak sesuai untuk kanak - kanak, kerana kelak mereka mungkin akan menyalahkan kita sebagai punca mereka sakit apabila dewasa nanti. Aktifkan mereka dengan sukan. Jangan biarkan mereka leka dengan permainan yang kurang pergerakan seperti permainan video dan sebagainya.
Anak saya gemuk, perlukah dia berdiet?
Obesiti di kalangan kanak - kanak adalah berbeza dengan obesiti di kalangan orang dewasa. Semua kanak - kanak obes atau pun tidak obes memerlukan nutrisi yang cukup untuk perkembangan mereka.
[Tindakan ibu bapa]
Cara yang terbaik untuk membendung masalah ini adalah dengan memastikan mereka mengambil makanan yang seimbang. Tidak makan terlalu banyak atau kebuluran dan makan pada masa yang sesuai. Tidak mengapa untuk makan lebih kerap tetapi dengan kuantiti hidangan yang lebih kecil.
[Tips]
Apa yang saya amalkan ialah, memberi makanan yang tinggi serat dahulu seperti buah, kemudian baru diikuti dengan makanan berat seperti nasi dan sebagainya. Mereka akan lebih cepat kenyang dan kurang meragam. Saya juga memberikan anak saya minuman Yakult setiap hari dan Mealshakes SHAKLEE sesudu setiap hari. Saya wajibkan mereka mengambil sarapan sebelum dihantar ke rumah pengasuh.
Apa lagi yang perlu saya lakukan untuk membendung masalah obesiti berkaitan pemakanan?
Pendidikan awal tentang pemakanan adalah penting. Bagi yang muslim, saya fikir kita boleh merujuk kepada adab makan oleh Rasulullah s.a.w. . Baginda suka dahulukan makanan yang tidak bermasak seperti buah kurma sebelum makan. Baginda juga suka buah tembikai yang kaya dengan air dan serat. Kemudian, baru diikuti dengan makanan lain. Baginda berhenti makan sebelum kenyang. Banyak sunnah Baginda sangat sesuai dengan kaedah pemakanan yang sihat.
Contoh lain yang boleh diambil ialah, melihat negara yang menekankan pendidikan pemakanan yang sihat seperti Jepun.Program dikenali sebagai Shokuiku di sekolah dilaksanakan secara meluas di Jepun. 'Shoku' bermaksud diet dan 'iku' bermaksud pendidikan. Shokuiku mengajar pelajar untuk lebih menghargai makanan dan menghabiskan makanan mereka. Contoh makanan tengahari mereka ialah nasi, ikan sauri, sayur - sayuran dan cendawan rebus, sup miso (makanan fermentasi), nanas, susu dan minuman susu kultur.
Ini bermakna setiap makanan tersebut disediakan seimbang dan sihat.
Saya mengalu - alukan sebarang bentuk cadangan dan teguran.
email : zunairahagi@gmail.com
no h/p : 012-2248189
blog: zunairahghani.blogspot.com & superfoodstoresb.blogspot.com
fanpages: superfood store sabak bernam
Ilmu jika tidak diamalkan, akan mati. Jemput kongsikan dengan rakan - rakan anda.Tidak perlu minta kebenaran saya.
Untuk dapatkan produk Shaklee, sila hubungi saya seperti di atas.Terima kasih kerana membaca.
Masalah obesiti di kalangan kanak - kanak mula melanda Malaysia |

Kurangkan pengambilan makanan segera |

Tuesday, 19 November 2013
Catatan Perjalanan Hujung Minggu Khaulah dan Anas ke Zoo Negara
Kalau anda tiada idea untuk beriadah pada hujung minggu dengan keluarga, saya cadangkan anda ke Zoo Negara. Sila datang awal pagi bagi mengelakkan kereta anda diparkir jauh dan anda perlu menapak dengan anak - anak kecil. Saya telah lama teringin membawa anak - anak saya ke Zoo Negara namun tidak berkesempatan. Lagipun, ketika itu, anak sulong saya masih kecil. Orang kata tidak mengerti apa - apa. Sekarang Khaulah sudah berumur dua tahun 8 bulan. Semakin petah bercerita dan berkongsi cerita.
Kami tiba di Zoo Negara pada pukul 11 pagi. Agak lewat dari masa jangkaan sepatutnya. Seperti dijangka, kami terpaksa menapak kerana kawasan parkir kereta yang disediakan telah penuh. Zoo yang berusia melebihi 10 tahun ini di kelilingi hutan bandar , namun masih terasa nyaman dengan pokok - pokok yang di tanam.
Bayaran tiket untuk dua orang dewasa ialah sebanyak RM60.00 dan percuma untuk anak - anak saya. Pada saya, bayaran yang dikenakan setimpal dengan pengalaman yang dipelajari oleh anak - anak saya. Saya tidak mahu mereka terkurung dalam dunia maya yang serba canggih namun boleh mengurangkan daya imaginasi mereka. Sehingga sekarang, saya masih bertahan untuk tidak membelikan mereka gajet - gajet yang tidak perlu untuk usia mereka. Saya lebih gemar mereka menikmati alam di sekeliling mereka dan mampu berinteraksi sesama manusia. Adalah biasa , kalau mereka tidak menonton tv di rumah sepanjang cuti hujung minggu dan saya biarkan mereka bermain dan menyepahkan rumah.:).
Setelah melewati pintu masuk, Khaulah sudah teruja. Kami memilih menaiki trem dengan bayaran RM2.00. Penerangan yang bermaklumat oleh pemandu trem mengagumkan saya. Lancar saja.Mungkin sudah dipraktikkan sekian lama.
Jadi , pastikan Zoo Negara berada dalam senarai aktiviti hujung minggu anda dalam membantu perkembangan si manja. Bagi golongan remaja dan orang awam, Zoo Negara menawarkan program sukarelawan zoo yang saya rasa pasti menyeronokkan.
Bawa anak anda menikmati suasana alam yang pastinya secara tidak langsung kita turut beriadah sama. Penat juga abah Khaulah mengikut Khaulah yang teruja ke sana ke mari. Zoo adalah tempat pembelajaran yang sesuai dengan konsep "bermain sambil belajar". Biar EQ nya juga berkembang.
Pada hemat saya , Anas lebih berani mendekati haiwan berbanding kakaknya dan dia tahu bagaimana untuk membelai haiwan. Sangat mengujakan melihat perkembangan positif anak - anak setelah sekian lama bekerja setiap hari. Aura positif itu juga sampai kepada saya. Pada malamnya, Khaulah dan Anas, tidur awal dan nyenyak tidur dek keletihan memberi ruang kepada mamanya untuk membaca. Satu hobi yang tak mungkin dapat dilakukan jika anak - anak berjaga.
Jom ke Zoo Negara!
p/s : Jangan melewati kawasan jualan makanan ringan, kerana anda pasti mengalami nasib yang sama seperti saya. Membeli candy yang berharga RM7.00 yang tidak mempunyai impak kesihatan yang baik hasil tangisan dan pujukan anak.
Kami tiba di Zoo Negara pada pukul 11 pagi. Agak lewat dari masa jangkaan sepatutnya. Seperti dijangka, kami terpaksa menapak kerana kawasan parkir kereta yang disediakan telah penuh. Zoo yang berusia melebihi 10 tahun ini di kelilingi hutan bandar , namun masih terasa nyaman dengan pokok - pokok yang di tanam.
Bayaran tiket untuk dua orang dewasa ialah sebanyak RM60.00 dan percuma untuk anak - anak saya. Pada saya, bayaran yang dikenakan setimpal dengan pengalaman yang dipelajari oleh anak - anak saya. Saya tidak mahu mereka terkurung dalam dunia maya yang serba canggih namun boleh mengurangkan daya imaginasi mereka. Sehingga sekarang, saya masih bertahan untuk tidak membelikan mereka gajet - gajet yang tidak perlu untuk usia mereka. Saya lebih gemar mereka menikmati alam di sekeliling mereka dan mampu berinteraksi sesama manusia. Adalah biasa , kalau mereka tidak menonton tv di rumah sepanjang cuti hujung minggu dan saya biarkan mereka bermain dan menyepahkan rumah.:).
Setelah melewati pintu masuk, Khaulah sudah teruja. Kami memilih menaiki trem dengan bayaran RM2.00. Penerangan yang bermaklumat oleh pemandu trem mengagumkan saya. Lancar saja.Mungkin sudah dipraktikkan sekian lama.
Khaulah memang seronok dapat naik trem |
Perjalanan menaiki trem hanya seketika dan perhentiannya berdekatan dengan kawasan Pak Belang. Memang Khaulah dan Anas sangat teruja. Menjerit - jerit melihat haiwan - haiwan yang selama ini dilihat di kaca tv dan buku.
"imau" bersantai setelah dijamu daging segar |
Melewati kandang Pak Belang , Khaulah dan Anas bertemu dengan haiwan - haiwan kegemarannya.
"embuu yang nampak sedikit garang" |
kawanan "iffah" di zoo hutan bandar |
Berhenti rehat untuk menikmati "candy mahal" hasil pujuk rayu Khaulah dengan abah. Akhirnya "candy" itu terbuang begitu saja kerana ia bukan makanan kebiasaan Khaulah. |
Bawa anak anda menikmati suasana alam yang pastinya secara tidak langsung kita turut beriadah sama. Penat juga abah Khaulah mengikut Khaulah yang teruja ke sana ke mari. Zoo adalah tempat pembelajaran yang sesuai dengan konsep "bermain sambil belajar". Biar EQ nya juga berkembang.
Pada hemat saya , Anas lebih berani mendekati haiwan berbanding kakaknya dan dia tahu bagaimana untuk membelai haiwan. Sangat mengujakan melihat perkembangan positif anak - anak setelah sekian lama bekerja setiap hari. Aura positif itu juga sampai kepada saya. Pada malamnya, Khaulah dan Anas, tidur awal dan nyenyak tidur dek keletihan memberi ruang kepada mamanya untuk membaca. Satu hobi yang tak mungkin dapat dilakukan jika anak - anak berjaga.
Jom ke Zoo Negara!
p/s : Jangan melewati kawasan jualan makanan ringan, kerana anda pasti mengalami nasib yang sama seperti saya. Membeli candy yang berharga RM7.00 yang tidak mempunyai impak kesihatan yang baik hasil tangisan dan pujukan anak.
Monday, 18 November 2013
Bahaya makanan bergaram tinggi pada kanak - kanak
Seketika tadi , saya bersembang panjang dengan ejen insurans kesatuan guru.Katanya ramai orang muda sakit dan kena dialisis buah pinggang. Adakah ia penyakit keturunan?
Jawapannya : Tidak. Faktor pemakanan atau diet seharian memainkan peranan penting punca penyakit kita. Kalaulah kita lebih memahami fungsi buah pinggang sebagai penapis, apakah kita sanggup lambakkan makanan yang tidak sihat untuk anak - anak kita. Kecil - kecil lagi sudah diberi makanan ringan yang tinggi garam.
Ibarat penapis air dirumah, perlu juga diselenggara dan dibersihkan , jika sudah tidak berfungsi dengan baik, perlu ditukar penapisnya. Ia juga perlu penyelenggaraan. Kesian, umur 10 tahun sudah kena dialisis. Seumur hidup 3-4 kali seminggu kena menjalani dialisis.
Tolonglah jangan bertindak kejam dengan anak - anak kecil. Kalau kita teringin nak makan makanan ringan seperti itu, sila makan di tempat tiada anak - anak. Kadang - kadang geram dengan budaya kita, kononnya nak mudah, bila kenduri, selalunya sudah kurang budaya memberi bunga telur atau bungkusan telur. Ingat lagi, mak pernah cerita, dulu- dulu orang bagi telur buat buah tangan kenduri. Telur rebus dibalut dengan sapu tangan. Kemudian, dah ada bungkusan warna - warni untuk membalut telur rebus. Adat Melayu, memberi telur itu melambangkan zuriat. Sudahlah budaya semakin mati, bangsa juga dirosakkan dengan makanan yang mematikan. Mungkin agak sedikit keras, tetapi kos semua bahan tersebut dengan sebiji telur rebus, harganya lebih kurang sama atau pun lebih mahal. Harga kesihatan disebab
Sekarang ini, di dalam plastik bungkusan kenduri, terdapat berbagai - bagai jenis "jajan", jeli, air kotak dan pelbagai lagi makanan segera. Memang kadang - kadang, saya terpaksa menyorokkan plastik bungkusan kenduri tersebut daripada anak - anak kerana terlampau banyak makanan ringan yang dikategorikan tidak sihat.
Antara faktor penyebab berlakunya sakit buah pinggang ialah, kandungan darah yang pekat. Puncanya kurang minum air masak @ air jarang @ air mati dan yang seangkatan dengannya. Penyakit buah pinggang ini, kita tidak boleh menentukan tahap sakitnya sehinggalah kita membuat pemeriksaan doktor atau telah jatuh pengsan. Fungsi buah pinggang adalah sangat penting sebagai penapis dalam tubuh selain hati. Darah yang pekat disebabkan kandungan garam atau gula yang tinggi.
Apabila tiba di buah pinggang, buah pinggang akan mula menapis dengan menggunakan kaedah osmosis. Itu sebab, seringkali kita diingatkan terutama pengguna vitamin Shaklee, pengguna perlu minum sekurang - kurangnya 2 hingga 3 Liter sehari walau pun produk Shaklee itu daripada sumber semulajadi. sumber semulajadi, kita dah perlu minum air lebih 2 hingga 3L, bagaimana pula dengan makanan yang tinggi bahan sintetik? Pasti lebih lagi. Air digunakan untuk mencairkan darah bagi melancarkan proses osmosis di dalam buah pinggang. Memang buah pinggang boleh berfungsi satu bahagian pada satu - satu masa, tetapi , apakah kita sanggup kehilangan satu buah pinggang sekalipun.
Jadi berwaspadalah dengan kesihatan tubuh badan kita. Siapa lagi hendak menjaga tubuh badan sendiri dengan anak - anak, kalau bukan kita. Kalau orang tua, mungkinlah buah pinggangnya menapis berbagai - bagai jenis bahan sintetik. Jika kanak - kanak, pastinya sistem tubuhnya masih lemah dan baru. Sepatutnya, perlulah dijaga dengan baik oleh ibu dan bapa.
Apa guna semasa bayi , diberi susu ibu, dimasak makanan setiap hari, dibuat puri buah dan sebagainya, tetapi kita semakin mengabaikan budaya makan makanan ringan ketika mereka semakin membesar dan mula bersekolah. Adalah lebih baik menghidangkan mereka keropok lekor berbanding twisties. Adalah lebih baik memberi mereka cekodok pisang berbanding sepotong kek red velvet.
Semoga kita lebih faham dan lebih bertimbang rasa dengan anak - anak kecil ini. Tiada alasan untuk tidak mampu memberikan makanan yang sihat untuk anak - anak. Sabda Rasulullulah, maksudnya : setiap penyakit itu bermula dari perut. Cuba baca kisah seorang doktor di Madinah yang tidak dapat merawat pesakit kerana tiada pesakit di zaman Rasulullah s.a.w. kerana penduduknya menjaga kemaslahatan perut mereka.
Monday, 11 November 2013
Panduan menyedapkan masakan (bahagian 2)
Pada bahagian 1 saya telah menceritakan penemuan saintis makanan tentang deria rasa kelima iaitu umami. Umami inilah yang bertanggungjawab menentukan rasa sedap dalam masakan kita. Oleh itu , kita perlu kenal pasti makanan apa yang boleh digunakan untuk menyedapkan masakan. Semua ini bermula dengan penemuan pada 1908 oleh saintis kimia Jepun bernama Kikunae Ikeda yang mengkaji kandungan bahan dalam daging, tomato dan rumpai laut yang dikenali sebagai sensasi umami.
Lidah sebagai alat penguji rasa
Senarai makanan yang kaya dengan kandungan glutamat, inosinat dan guanilat
Berdasarkan jadual di atas, sup daging ayam lebih sedap daripada sup daging lembu. Sup akan bertambah sedap jika dicampurkan dengan kentang. Kicap soya jika dimakan dengan nasi panas sahaja pun sudah cukup sedap. Jadi nombor - nombor di atas memberi penjelasan kenapa kita makan pizza akan rasa lebih sedap jika letak keju parmesan banyak.
Keju adalah produk peraman. Oleh sebab sumber maklumat yang saya ambil bukan dari kalangan masyarakat Asia, ia tidak memasukkan makanan seperti budu, tempoyak, cencaluk, sos ikan dan sebagainya. Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, apabila produk itu diperam, lebih banyak protein terurai. Apabila rantai protein terurai, lebih banyak glutamat bebas dalam makanan tersebut. Lebih banyak glutamat bebas, lebih sedap makanan tersebut.
Jadi apa salahnya memasukkan budu sebagai perencah nasi goreng. Pasti siapa yang tidak makan budu sebelum ini akan terasa keenakan nasi goreng tersebut. Belum cuba belum tahu. Jadi, sebenarnya, anda tidak perlu memasukkan perisa makanan tiruan dalam masakan anda kerana semua bahan - bahan yang enak dimasak ada di sekeliling anda.
Sebenarnya masyarakat Asia adalah unik dan penuh rahsia. Jom teroka dan kekalkan budaya kita.
Selamat mencuba.

rujukan : http://www.msgfacts.com/resourcespdf/what_foods_are_glutamate-rich.pdf
http://www.glutamate.org/pdfs/igis_booklet_us_page_size.pdf
nota kuliah Dr Maaruf Abd Ghani (UKM) subjek Flavour.

Tuesday, 5 November 2013
Panduan menyedapkan makanan tanpa penambah perisa makanan (bahagian 1)
Kerap kali sebagai suri rumah, kita buntu mencari idea untuk memasak menu makanan setiap hari bagi memenuhi selera setiap orang. Bagi memenuhi kehendak untuk meneyedapkan masakan, kita memilih untuk memasukkan penambah perisa makanan seperti monosodium glutamate (MSG) dengan amaun "sesuka hati" dan "sesedap rasa" kita.
Teknik sebenar menggunakan penambah perisa ini , perlu kita kuasai kerana kita bertanggungjawab untuk menyediakan makanan yang sihat dan selamat. Tahukah anda, kita perlu memasukkan dahulu MSG baru kita masukkan garam, bagi mengelakkan penggunaan garam yang berlebihan. Pernahkan anda rasa masakan anda seakan pelik rasanya setelah memasukkan MSG. Ini bukan disebabkan salah MSG tetapi amaun garam yang telah anda masukkan sudah berlebihan dan tidak menepati rasa yang anda kehendaki.
Tahukah anda, apabila kita makan, kita akan menggunakan keseluruhan deria kita. Namun deria yang paling dominan ketika makan ialah deria rasa. Tahukah anda, apabila anda selsema atau anda menutup hidung, anda tidak dapat menikmati rasa kopi sebenar kerana deria bau juga mempengaruhi rasa masakan kita. Sebelum ini , kita selalu diberitahu, kita akan menggunakan deria pahit, manis, masam dan masin. Namun, sekarang anda perlu tahu, saintis makanan telah menjumpai satu lagi deria rasa yang dipanggil umami. Umami inilah yang menentukan masakan itu sedap dan enak.
Apakah itu umami?
Diambil namanya daripada perkataan Jepun iaitu bermaksud sedap. Rasa umami disebabkan oleh kehadiran glutamate iaitu sejenis asid amino dalam makanan , dan juga dari jenis ribonukleotida iaitu guanilat dan inosilat.Glutamate, inosilat, dan guanilat ini berada secara semulajadi dalam bentuk protein terutamanya dan kaya dari sumber tenusu, daging, ikan dan sayur - sayuran.
Apakah makanan yang kaya dengan penyedap semulajadi ini?
Kebanyakan orang tidak perasan kehadiran umami ini. Namun, pasti anda tahu, kita ada penyedap semulajadi yang kita gunakan sejak dari zaman dahulu. Contohnya budu, belacan, sos tiram, sos nampla, keju dan pelbagai produk lagi dari seluruh dunia. Semua makanan yang disebutkan merupakan sumber protein di mana asid amino merupakan komponen utamanya. Pastinya glutamat hadir di dalam setiap makanan tersebut.
Makanan yang diperam seperti cencalok misalnya, berasal dari udang geragau (protein). Protein yang diepram akan diurai menjadi asid amino dan pastinya kandungan asid amino tersebut termasuklah glutamat.
Ada juga makanan yang tidak diperam tetapi kaya dengan asid amino glutamat, guanilat dan inosilat ini. Contohnya tomato. Jadi jangan hairan mengapa orang Itali memasukkan tomato dalam hampir kesemua masakannya. Ditambah dengan keju kerana keju juga kaya dengan agen penyedap makanan semulajadi ini. Sedapnya pizza.
Senarai makanan yang kaya dengn guanilat, glutamat dan inosilat
p/s: ikuti sambungan bahagian seterusnya.ada gangguan makhluk kecil.
Wednesday, 30 October 2013
10 Jenis Pemanis Makanan
Pembentangan belanjawan negara baru - baru ini menyaksikan harga gula akan dinaikkan berikutan pengurangan subsidi gula. Sebagai pengguna , kita pasti akan terkena tempias kenaikan harga gula ini. Biarpun saya jarang membeli gula, namun pastinya saya akan terkena kesan kenaikan harga gula. Kebanyakan masakan menggunakan gula, hatta sambal nasi lemak kerana fungsi gula bukan sahaja sebagai pemanis makanan tetapi sebagai pengawet dan pewarna semulajadi (karamel).
Berikut adalah pemanis utama makanan yang terdapat di pasaran yang menjadi pilihan pengguna.
Gula pasir
Kebanyakan gula pasir yang didapati di Malaysia ialah jenis gula tebu. Struktur kimianya dikenali dengan nama sukrosa. Pengambilan gula ini secara berlebihan menyebabkan kadar insulin yang dikeluarkan tubuh akan meningkat dan boleh menyebabkan gangguan pada sistem tubuh. Kencing manis atau diabetes jenis II, merupakan penyakit yang biasa berlaku disebabkan pengambilan gula berlebihan. Ini kerana, kalori pemanis jenis ini dalam lingkungan 20 kalori dalam 1 sudu teh. Sedangkan kajian menyatakan seorang lelaki hanya perlu mengambil 120 kalori gula dalam sehari bersamaan dengan 6 sudu teh gula. Bagi wanita , kadarnya lebih rendah iaitu 100 kalori gula sehari. Namun , ramai yang tidak sedar, gula jenis ini berada dalam hampir semua makanan termasuklah sos cili, mayonis, makanan bermasak, makanan dalam tin, makanan dalam bungkusan. Ini kerana selain sifatnya sebagai pemanis, ia juga boleh bertindak sebagai pengawet makanan. Contoh produk ialah jem buah - buahan. Masalah kita sebagai pengguna , kita jarang mengambil tahu kandungan gula di dalam makanan berbungkus seperti itu. Contohnya, dalam soda minuman, kandungan gula adalah sekitar 9 hingga 11 sudu teh gula. Jadi berapa kalori gula dalam soda minuman tersebut?
Stevia
Merupakan sejenis herba dari Amerika Latin. Baru - baru ini, herba ini menjadi popular di kalangan pengidap kencing manis. Rasa manisnya adalah 30 kali ganda berbanding gula pasir biasa. Ia tidak mempunyai kalori dan ia selamat berbanding dengan pemanis tanpa kalori yang lain disebabkan ia berasal dari sumber semulajadi. Walau bagaimanapun, ia mempunyai tinggalan rasa (rasa berangin seperti cengkih) yang mungkin kurang digemari oleh sesetangah orang. Namun, rasa tersebut boleh disamarkan dengan penggunaan lemon. Jangan guna stevia dalam bancuhan kopi kerana kopi tidak mampu menghilangkan rasa tersebut.
Madu
Merupakan pemanis semulajadi daripada lebah. Apabila ia tidak diproses, ia mempunyai nilai vitamin dan zat mineral seperti vitamin B, mangan dan zat besi. Paling menyeronokkan , ia mempunyai sifat antimikroorganisma kerana ia mempunyai kandungan peroksida yang tinggi. Oleh itu, mikroorganisma hidup akan mati disebabkan oleh kehadiran peroksida di dalam madu. Namun, apabila madu dikenakan tindakan haba seperti dimasak atau dimasukkan ke dalam makanan bermasak, sifat antimikrobial tersebut akan hilang kerana peroksida mudah meruap.Gunakan di dalam teh atau pun smoothies dan kandungan kalorinya sekitar 32 sesudu teh. Ia lebih manis dari gula sebanyak 20%. Secara tak langsung, kita akan mengurangkan penggunaan madu berbanding gula pasir dalam makanan.
Agave
Merupakan sejenis pemanis yang diekstrak dari sejenis tumbuhan kaktus di Mexico. Walau bagaimanapun, permintaan yang berlebihan terhadap pemanis jenis ini, menyebabkan ancaman biologi terhadap kelawar yang hidup dengan memakan pokok kaktus ini. Kemusnahan atau penuaian pokok kaktus ini secara tidak terkawal menyebabkan kelawar tersebut diancam kepupusan. Ia lebih manis daripada madu dan kandungan kalorinya sekitar 30 bagi sesudu teh.
Gula pokok palma (contoh : gula kabung)
Gula pokok palma dihasilkan daaripada proses memasak hasil tuaian nektar bunga pokok jenis palma seperti pokok kelapa atau pokok nipah. Di kalangan masyarakat tempatan ia dikenali sebagai gula nira. Ia kaya dengan sumber vitamin dan mineral. Nira kelapa ini selamat digunakan namun harganya yang mahal disebabkan proses tuaiannya menyebabkan ia kurang popular sebagai pengganti gula tebu biasa. Nilai kalorinya hampir sama dengan gula pasir iaitu sekitar 20 kalori 1 sudu teh.
Aspartame
Merupakan sejenis pemanis tiruan yang dihasilkan secara kimia. Rasa manisnya 200 kali ganda berbanding gula tebu tetapi ia rendah kalori. Walau bagaimanpun, ia mempunayai enzim yang mungkin tidak dapat di proses oleh tubuh individu tertentu yang sensitif dengannya. Sesetengah orang mengadu , pengambilan aspartame menyebabkan sakit kepala. Ia tidak sesuai untuk digunakan dalam hasilan bakeri seperti kek kerana sifat pemanisnya akan berkurangan disebabkan proses haba yang tinggi ketika pembakaran kek. Ia sesuai diletakkan di dalam minuman. Ia boleh ditemui dalam makanan rendah kalori atau makanan diet dan produk makanan yang siap dibungkus. Ia dipasarkan dengan jenama seperti Equal atau pun Nutrasweet.
Sukralos
Pemanis tiruan yang dihasilkan secara kimia dengan tahap kemanisan 600 kali ganda berbanding gula. Sukralos tiada kalori dan merupakan kombinasi sukrosa yang bertindak balas dengan klorin. Tubuh kita tidak boleh memproses klorin, oleh itu tiada penyerapan dilakukan terhadap sukralos. Jika tiada penyerapan , maka tiada kalori diserap oleh tubuh. Walau bagaimanapun, klorin akan membunuh mikroflora di dalam perut dan usus termasuk mikroflora yang baik untuk penghadaman. Ia membunuh mikroorganisma tersebut seperti ia membunuh mikrob di kolam renang. Produk diet mungkin mengandungi sukralo terutama yang dipasarkan untuk pesakit kencing manis. Jadi, sila baca label makanan sebelum membelinya.
Saccharin
Merupakan sejenis pemanis tiruan yang telah berusia hampir 100 tahun. Dihasilkan secara kimia dan ia 300 kali ganda lebih manis daripada gula. Sesetengah kajian menyatakan ia boleh menyebabkan kanser. Ia tiada kalori dan mempunyai rasa pahit selepas makan makanan yang ditambah saccharin. Ia tidak meningkatkan kandungan gula dalam darah, oleh itu ia banyak dalam produk untuk pesakit kencing manis sekian lama.
Gula alkohol (xylitol,maltitol dan manitol)
Jika melihat daripada namanya, ia adalah halal di makan. Gula alkohol mendapat namanya disebabkan ia merupakan sejenis polisakarida daripada jenis karbohidrat yang mempunyai kumpulan OH. Ia dihasilkan daripada sumber serat seperti selulosa buah - buahan dan sayur - sayuran. Kebanyakan gula alkohol ini tidak digunakan terus dalam masakan tetapi ia banyak digunakan dalam produk makanan siap dan barangan keperluan diri seperti ubat gigi. Pemanis jenis ini, boleh didapati dalam minuman dan makanan ringan kerana sifatnya yang rendah kalori dan lebih manis dari gula. Contohnya xylitol dihasilkan daripada polisakarida xylan, maltitol daripada polisakarida maltosa dan mannitol daripada polisakarida jenis manosa.
Berbanding sifat pemanis yang lain, xylitol membantu mengurangkan masalah karies gigi dan mempunyai nilai kalori sebanyak 2.4kcal berbanding gula 3.8kcal dan lebih manis daripada gula tebu. Ia juga mempunyai nilai indeks glisemiks yang rendah iaitu 7. Ia boleh diestrak daripada sumber polisakarida seperti buah beri, oats, cendawan dan lain - lain. Selain itu ia disahkan selamat untuk pesakit diabetik dan ia juga mempunyai sifat antimkrob. Oleh itu, ia tidak boleh digunakan dalam proses menghasilkan roti kerana ia mengganggu tindak balas yis.
Maltitol pula mempunyai sifat seakan - akan sukrosa. Walau bagaimanpun , ia tidak menyebabkan karies gigi kerana bakteria tidak dapat mensisntesiskan molekulnya yang lebih kompleks daripada sturktur gula. Ia banyak digunakan dalam makanan bersifat manisan seperti kandi, aiskrim dan sebagainya. Namun, seperti gula alkohol yang lain ia mempunyai kesan laksatif kerana tubuh tidak dapat mensintesiskannya.
Mannitol juga bersifat manis dan mempunyai rasa berangin seperti pudina. Oleh itu, ia sering digunakan dalam gula - gula getah berperisa pudina dan juga dalam ubat gigi. Ia juga mempunyai sifat higroskopik yang rendah menyebabkan ia sangat digemari sebagai penyalut gula - gula. Sifat rendah higroskopik ini menyebabkan ia tidak melekit seperti gula - gula biasa yang lain. Selain itu ia juga sering digunakan dalam tablet kunyah seperti vitamin berbentuk tablet.
Sirap Jagung Tinggi Fruktosa
Bersifat seperti madu tetapi dihasilkan daripada jagung. Ia mempunyai nilai kalori sebanyak 17 bagi setiap 1 sudu teh. Ia banyak ditemui dalam minuman soda, manisan dan bijirin sarapan. Disebabkan kos penghasilannya lebih murah, dan menyebabkan produk makanan tahan lebih lama ia sering dimasukkan ke dalam produk makanan berbanding gula tebu. Kandungan utamanya ialah glukosa dan fruktosa. Walau bagaimanapun, ia dikatakan menjadi punca obesiti disebabkan penggunaannya yang meluas dalam makanan. Jadi , pastikan anda guna dengan had yang sesuai.
sumber :
http://www.mnn.com/food/healthy-eating/stories/complete-guide-to-sugar-and-sugar-substitutes
http://www.health.com/health/gallery/0,,20424821_6,00.html
sugar and confectionary

Saturday, 26 October 2013
Resepi Pandan Layer Cake
Seperti yang dijanjikan, saya nak share resepi kursus kek yang saya hadiri.
Perlu hasilkan kek span dahulu @ beli sahaja kek span.
Resepi Kek Span (saiz 8 inci)
250g sponge mix cake
4 biji telur
50 ml air
50 g minyak jagung
1 sudu teh ovellate (cari yang halal, jenama Nona atau tak perlu pun tak apa)
1 sudu teh perasa pandan coconut
sedikit pewarna hijau.
Kaedah memasak kek
Masukkan tepung sponge mix, telur , ovellate, air dalam mangkuk adunan. Putar laju hingga kembang. Masukkan perasa dan pewarna dan akhir sekali minyak jagung. Tuangkan ke dalam acuan 8 inci dan bakar pada suhu 180C selama 45 minit.
Bahan 2
400 ml santan pekat
300 ml air
3 sudu teh serbuk agar - agar
50 ml perasa pandan
6 sudu besar tepung Hoen Kee warna hijau
180g gula
serbuk roti putih untuk hiasan
Kaedah memasak Bahan 2
Campur semua bahan. Kacau sebati. Masak pada suhu yang perlahan hingga adunan pekat dan masak.
Kaedah Menghasilkan Pandan Layer Cake
Potong kek kepada 3 bahagian. Trim kek supaya bersih daripada kesan - kesan hangus.
Masukkan 1 daripada 3 bahagian kek ke dalam acuan. Tuang bahan 2 sehingga menutupi lapisan kek.Lapiskan dengan potongan kek yang kedua.Ulang langkah yang sama. Tuang baki bahan 2 ke atas permukaan kek. Ketuk sedikit supaya rata.
Biarkan kek sejuk. Kemudian, hiaskan dengan serbuk roti.

Catatan perjalanan 3 hari 2 malam ke Terengganu dan Kelantan
Baru - baru ini suami mengajak saya mengikuti rombongan sekolahnya sempena program hari keluarga. Jadi saya telah mengambil cuti untuk makan angin dengan anak - anak. Maklumlah sebelum hari perjalanan ke Terengganu, saya masih terlibat dengan program rasmi kolej di mana kolej sebagai penganjur. Kami sangat sibuk sepanjang minggu itu. Jadi ketika suami melontarkan idea untuk bercuti hingga ke Kelantan, saya memang bagai orang mengantuk disorongkan bantal bila diajak begitu.
Kami mengambil keputusan untuk tidak menaiki bas rombongan untuk keselesaan anak - anak, memandangkan situasi perjalanan yang agak jauh. Lebih kurang pukul 3 petang ,hari Jumaat, kami bertolak dari Pekan Sabak Bernam. Sepanjang perjalanan , cuaca agak mendung. Tiba di MRR2 berdekatan dengan Plaza Tol Gombak, hujan semakin lebat. Kami mengambil keputusan untuk berhenti di Stesen minyak Petronas sebelum meneruskan perjalanan ke Tol Gombak. Setelah selesai urusan urus diri dan anak - anak, kami meneruskan perjalanan ke pantai timur. Hari semakin gelap. Hujan pula semakin lebat. Kenderaan semakin banyak mungkin kerana sudah lewat petang dan waktu orang pulang dari pejabat.
Menjadi kebiasaan kepada suami, apabila hendak melakukan perjalanan jauh, dia akan mengambil multivitamin Shaklee iaitu Vitalea bagi menambah tenaga dan mengurangkan rasa ngantuk ketika memandu. Jadi sepanjang perjalanan, saya boleh lihat, dia lebih cergas dan fokus ketika memandu.
Jam 6.45 petang lebih kurang, kami tiba di R&R Temerloh. Biasalah , bila ada anak kecil, memang kita akan kerap berhenti. Tempat ini menggamit kenangan lama ketika saya berulang alik ke Terengganu ketika berkhidmat sebagai pendidik di Ketengah Jaya. Ketika itu, Lebuharaya pantai timur ini baru sahaja dibuka dan percuma kepada pengguna selama sebulan. Kedai - kedai di R&R Temerloh boleh dibilang dengan jari. Kini ia penuh dengan khemah jualan di merata - rata. Semakin meriah.
Akhirnya setelah menempuh perjalanan selama 9 jam, kami tiba di Terengganu Equestrian Resort (TER) , Kuala Terengganu pada pukul 12.00 tengah malam. Bilik yang disediakan sederhana, cukup selesa untuk saya sekeluarga.Harganya berpatutan RM100.00 semalam. Berhawa dingin, katil king. Bilik airnya luas.Ada balkoni untuk menjamu mata pandangan yang cantik. Lokasi TER ini berdekatan dengan Masjid Kuala Ibai.Bersebelahan dengan pantai.
Pagi - pagi semasa mahu bersarapan anak - anak dah menjerit kekaguman dapat melihat kuda polo di sekeliling TER. Kuda - kuda ini dibawa bersiar - siar di sekeliling TER yang merupakan aktiviti harian kuda jika tiada perlawanan. Seronok juga kalau ada perlawanan polo. Insya Allah , kami akan datang lagi untuk melihat sendiri perlawanan polo.
Jadual hari Sabtu dipenuhi dengan lawatan ke Pasar Payang dan Masjid Kristal. Antara tarikan pelancongan ke Terengganu. Sempat juga membeli buah tangan untuk dibawa balik.
Kembali ke tempat penginapan, anak - anak lebih berminat dengan kuda - kuda di stable. Khaulah menjerit - jerit, "ude..ude..". Anas pula merenung tajam kuda - kuda yang ada.Geram agaknya.
Semasa di TER, kami terserempak dengan Marimar, kuda polo yang sangat cantik, milik Sultan Terengganu. Anas memang tak melepaskan peluang mengusap dan membelai kuda.Tersenyum puas lagaknya. Khaulah, hanya menjerit - jerit memanggil kuda tapi masih takut hendak memegang dan membelai kuda. Geli katanya.Macam - macam kerenah anak - anak. Pada saya, TER tempat persinggahan yang lengkap dan sesuai untuk seisi keluarga. Ada taman rekreasi, ada kandang kuda, ada kompleks sukan yang mempunyai tempat permainan bowling, squash, kolam renang dan gelanggang badminton. Bayaran yang dikenakan pun berbaloi dan setimpal.
Pada hari Ahad, kami bergerak ke Jerteh untuk singgah mengambil adik perempuan pulang bercuti.Oleh kerana Jerteh sudah bersempadan dengan Kelantan, kami merancang untuk jalan - jalan sekitar Kelantan.
Singgah di pekan Melor untuk bertemu rakan sepejabat yang baru melahirkan anak lelaki. Kami bermalam di hotel budget di Kota Bharu. Tidak sabar rasanya nak mulakan perjalanan hari esok.
Awal - awal pagi, kami telah bergerak ke Pasar Siti Khadijah. Meriah sungguh Pasar Siti Khadijah. Geram rasanya melihat varieti makanan tempatan yang ada. Macam nak cuba semua. Sempat juga bersarapan di gerai - gerai berhadapan Pasar Siti Khadijah. Saya memang tak lepaskan peluang untuk menikmati nasi dan lauk pauk tempatan seperti kerutuk daging, akok, jala mas dan macam - macam lagi. Ada juga kuih kegemaran saya yang semakin sukar dijumpai di pasar - pasar tempatan iaitu kuih tepung bungkus.
Perjalanan diteruskan ke Rantau Panjang. Ada tarikan menarik iaitu Masjid Beijing dan pastinya barangan yang murah di Rantau Panjang. Penuh juga kereta dengan hasil belian kami di Rantau Panjang. Berpandukan GPS , kami ke Bukit Bunga. Meriah sepanjang jalan. Kami singgah makan tengahari gulai itik. Sempat meninjau pelbagai barangan yang dijual di Bukit Bunga. Namun disebabkan kesuntukan masa, kami bergerak pulang ke Sabak Bernam dengan melalui pekan Gerik, Kuala Kangsar dan Teluk Intan. Anak - anak tidur keletihan. Kami tiba di Sabak Bernam, sekitar jam 9 malam. Sayang sekali perjalanan ke Kelantan, tiada rakaman peristiwa yang dapat saya lakukan lantaran bateri kamera sudah habis. Sayangkan.Namun semua kenangan cuti - cuti bersama keluarga pasti tersemat di dalam memori.

Inilah marimar. Cantikkan! |

Kagum melihat semua papan tanda bertulisan jawi. Ini baru memartabatkan budaya bangsa. |
Singgah di pekan Melor untuk bertemu rakan sepejabat yang baru melahirkan anak lelaki. Kami bermalam di hotel budget di Kota Bharu. Tidak sabar rasanya nak mulakan perjalanan hari esok.
comel kan. |
Awal - awal pagi, kami telah bergerak ke Pasar Siti Khadijah. Meriah sungguh Pasar Siti Khadijah. Geram rasanya melihat varieti makanan tempatan yang ada. Macam nak cuba semua. Sempat juga bersarapan di gerai - gerai berhadapan Pasar Siti Khadijah. Saya memang tak lepaskan peluang untuk menikmati nasi dan lauk pauk tempatan seperti kerutuk daging, akok, jala mas dan macam - macam lagi. Ada juga kuih kegemaran saya yang semakin sukar dijumpai di pasar - pasar tempatan iaitu kuih tepung bungkus.
suami beli RM5.00 .Tak tahu berapa biji akok ni.Tapi sangat banyak dan habis sepanjang perjalanan. |
Perjalanan diteruskan ke Rantau Panjang. Ada tarikan menarik iaitu Masjid Beijing dan pastinya barangan yang murah di Rantau Panjang. Penuh juga kereta dengan hasil belian kami di Rantau Panjang. Berpandukan GPS , kami ke Bukit Bunga. Meriah sepanjang jalan. Kami singgah makan tengahari gulai itik. Sempat meninjau pelbagai barangan yang dijual di Bukit Bunga. Namun disebabkan kesuntukan masa, kami bergerak pulang ke Sabak Bernam dengan melalui pekan Gerik, Kuala Kangsar dan Teluk Intan. Anak - anak tidur keletihan. Kami tiba di Sabak Bernam, sekitar jam 9 malam. Sayang sekali perjalanan ke Kelantan, tiada rakaman peristiwa yang dapat saya lakukan lantaran bateri kamera sudah habis. Sayangkan.Namun semua kenangan cuti - cuti bersama keluarga pasti tersemat di dalam memori.
Subscribe to:
Posts (Atom)