Showing posts with label Kolej Komuniti Bagan Serai. Show all posts
Showing posts with label Kolej Komuniti Bagan Serai. Show all posts

Tuesday, 27 March 2018

Kursus Latihan Pengendali Makanan Daerah Kerian di Kolej Komuniti Bagan Serai

Salam sayang semua. Lama sangat dah saya biar laman blog ni bersawang. Kali ini saya nak update tentang kursus jangka pendek yang semakin panas di Kolej Komuniti Bagan Serai iaitu Kursus Latihan Pengendali Makanan.
Kursus Latihan Pengendali Makanan di Kolej Komuniti Bagan Serai


Monday, 8 May 2017

Mencari pembekal bahan mentah makanan kering dan basah

Kolej Komuniti Bagan Serai sedang mencari pembekal bahan mentah makanan kering dan basah  (kod bidang : 040101 dan 040102) yang berstatus ep enabled dan berdaftar dengan Kementerian Kewangan
Sila hantarkan profail syarikat kepada email saya zunairahagi@gmail.com.
Kalau ada kawan-kawan yang berminat dan terlibat boleh war-warkan ya. Keutamaan syarikat yang beralamat di Perak utara dan Seberang Perai selatan

Dokumen yang diperlukan :-

a) Profail syarikat
b) Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat
c) Senarai kod bidang yang terlibat
d) Dokumen SSM (maklumat perniagaan dan jenis Perniagaan)
e) Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat Bumiputera (optional/pilihan)
f) Sijil Kewangan

Sekian, terima kasih

Tuesday, 14 March 2017

Pengguna prihatin : betul ke ini susu segar?

Nak pilih tajuk pun susah. Kali ini saya bercerita tentang topik berkaitan susu. Susu ni memang sangat sinonim dengan saya. Sejak kecil, saya mengalami alahan susu. seteruk mana alahan susu itu, teruknya hingga ke tahap cirit birit dan muntah. Pendek kata, kalau nak cuti sakit, minumlah susu. Ini bukan bermakna susu tu tak baik, cuma saya tidak sesuai dengan gula susu iaitu laktosa. Nama popularnya ialah Lactose intolerance.

Walau bagaimanapun, saya masih menikmati produk tenusu yang sesuai dengan perut second hand saya iaitu minum susu kultur. Susu kultur mempunyai bakteria baik yang membantu menghadamkan laktosa susu seperti lactobacillus acidophilus, lactobacillus casei. Ada banyak bakteria baik ni. Itu sebahagiannya. kalau beli 'Yakult', beli Vitagen, boleh la baca nama bakteria baik ni pada labelnya. Persoalannya, kita baca ke? Adakah kita pengguna yang prihatin ?