Tuesday 7 January 2014

Makan tembikai dari sudut pandangan perubatan Islam

Tembikai merupakan makanan kegemaran Rasulullah s.a.w. selain buah - buahan lain seperti kurma.

Di riwayatkan oleh Abu Daud dan At Tirmizi, Aishah r.a. telah berkata " Rasulullah s.a.w  selalu makan buah tembikai bersama kurma." Hadith sahih.

Menurut Ibn Al Qayyim, yang dimaksudkan tembikai dari jenis yang berwarna hijau melalui sistem penghadaman manusia lebih cepat dari timun Mesir atau timun - timun yang lain.Ia mudah dihadamkan. Disarankan untuk makan tembikai ketika sebelum makan.Hinggakan ada pengamal perubatan mengenalpasti, amalan makan tembikai dahulu memudahkan proses membersihkan perut dan menghapuskan penyakit sepenuhnya.



Jadi dapat disimpulkan di sini, kita hendaklah makan bermula dengan makan yang tidak perlu dimasak seperti buah - buahan. Amalan berbuka puasa dengan kurma, merupakan salah satu kaedah pemakanan mengikut anjuran Islam.

Tembikai yang berwarna hijau mengandungi 6 hingga 9 peratus kandungan gula.Ia kaya dengan Vitamin C dan rendah vitamin A. Kaya dengan mineral seperti fosfat, sulfur dan sodium. Ia sangat kaya dengan kalium yang mempunyai efek deuretik.

Buah tembikai kuning berupaya menghilangkan dahaga, mengurangkan masalah sembelit dan infeksi kulit jika dimakan dengan perut kosong.

Tembikai merah yang kaya likopen dilihat sama fungsinya dengan likopen di dalam tomato. Ia membantu melawan kanser disebabkan kandungan antioksidan semulajadinya.

Likopen adalah sejenis antioksidan yang wujud di dalam makanan yang berwarna merah,merah jambu, jingga dan kuning. Antioksidan merupakan komponen utama dalam makanan yang berupaya melawan penyakit berkaitan sel tubuh.

Sehingga kini, saya rasa ada satu lagi misteri yang belum terjawab. Jus tembikai tidak tahan lama biarpun melalui proses haba untuk mematikan bakteria dan menyahenzimkan jus tersebut.Sehingga saat saya mengkaji tentang minuman jus buah, tiada produk berasaskan jus tembikai yang dapat bertahan lama untuk disimpan setakat ini dapat dihasilkan. Pasti ada rahsia di sebaliknya. Sungguh ilmu Allah itu luas.

Ensley , ahli pemakanan Amerika mengatakan, jus tembikai menghalang penyakit tifoid dan rheumatism.

Subhanallah.

Setiap makanan yang menjadi kegemaran Rasulullah s.a.w pasti ada hikmah disebaliknya. Cuma kaedah makan sebelum ini perlu ditukar.  makan buah dahulu baru makan makanan lain. Semoga ia dapat diamal dan dimanfaatkan.

sumber : Islamic Medicine, Yusuf Al Hajj Ahmad (2010)

No comments:

Post a Comment