Saturday, 12 April 2014

Cerita Bandung 3 : Ke mana kita?

Pintu masuk Tangkuban Perahu. Kena bayar tiket.

Sempat snap rumah penyanyi Rossa di Bandung

Hari kedua bercuti, kami bangun awal pagi bersarapan di hotel. Pukul 8.00 pagi, supir dari syarikat DOM hadir. Andy namanya. Anak watan Bandung. Baru berusia 27 tahun. Sangat disyorkan menggunakan khidmat andy dan DOM. Baju kakitangan DOM memang kelasss. Dari denim dan tertulis DOM. Sesuai sangat dengan ciri sebagai pemandu pelancong. Sebut je nak pergi mana, memang Andy terus bawa ke destinasi. Pak Andy sangat baik, sangat lemah lembut. Serius baik sangat, jauh beza dengan orang Indonesia di Malaysia yang selalu kita jumpa. Macam pria Sunda terakhir gitu.

Beratur nak bergambar kat sini. TQ Andi.
awal pagi di Tangkuban Perahu, dingin dan kabus pagi. Pokok yang kecil itu, pokok 'mana lagi'.

Destinasi pertama di Bandung,kami terus bergerak ke Tangkuban Perahu. Awal pagi di hari bekerja, tidaklah macet. Kami diangkut dengan Innova. Angin sejuk tanah tinggi memang terasa apabila tiba di Tangkuban Perahu. Sambil itu, Andy menceritakan lagenda Tangkuban ini. Turut ditunjukkan, pokok yang boleh menjadikan seseorang itu awet muda. Nama pokoknya, pokok 'mana lagi'. Harap tak salah lah pendengaran telinga saya ini. Ini kerana , pokok ini, biarpun telah terbakar dengan api dan tertimbus dengan debu gunung berapi, ia akan terus hidup. Daunnya boleh dibuat ulam. Pokok ini hanya ada di kawasan tanah tinggi Tangkuban ini.

Sebelum turun menelusuri anak tangga dan tanah Tangkuban Perahu, Andi sempat berpesan, jangan berbelanja di sana, kerana harganya mahal berbanding Pasar Baru. Pesannya lagi, kalau ada yang menawarkan barang, cakap saja, sudah beli di Pasar Baru. Memang Andi sangat menjaga kami. Tiba di tapak letak kereta, boleh dibilang dengan jari kenderaan yang ada. Yeay, kami tiba awal. Macam - macam pose kami buat. :). Maklumlah berlagak bujang. Memang awal - awal tidak selesa dengan kehadiran peniaga - peniaga jalanan ini. Namun, apabila kami buat tak endah, akhirnya, mereka tidak mengganggu lagi. Ada dijual jagung bakar. Harganya RM2.50 setongkol. Pada saya mahal jika dibandingkan dengan matawang Indonesia.
cuba cari orang makan jagung bakar.

pasar kecil di Tangkuban Perahu. Hati - hati membeli.

Tangkuban Perahu, memang cantik. Sejuk. Kami bergambar di Kawah Ratu. Mula - mula kabus menutup kawasan kawah. Namun, semakin lama, ia mula menunjukkan wajahnya. Subhanallah. Dah puas di Tangkuban Perahu, kami sinnggah di Strawberry Park. Minum jus strawberry dan mengutip strawberry yang tidak berapa nak ada. Habis agaknya dipetik orang. Sedap.
Posing je.

Seterusnya kami singgah makan dan urus diri di Gubug Makan Mang Engking.


GUBUK MAKAN MANG ENGKING BANDUNG
Suasananya sangat menarik. Anda makan di danau. Pondok - pondok makan didirikan di atas danau. Makan sambil menikmati pemandangan ikan. Ikan di bawah kaki anda. Makanan pun sedap. Berpatutan dan berpadanan dengan harga. Di Mang Engking Bandung, ada surau yang selesa.
di pintu masuk
damai di danau
antara kemudahan yang ada di mang engking
Makan di atas danau, suka rekabentuknya.
menu untuk enam orang.Ini pun tak sampai semua menu lagi. Sekitar RM120.00 je.

Dah selesai solat, kami terus bersiap untuk ke Pasar Baru kerana ia ditutup pada pukul 5.00 petang. Destinasi mengabiskan duit. Banyak betul kain telekung murah dan kain pasang murah . Jaket kulit dari biri - biri yang original boleh dibeli dengan harga sekitar RM290 sahaja. Murah, kalau nak dbandingkan di Malaysia. Telekung bersulam lebat, boleh didapati dengan harga RM30.00  sahaja.Kain kontra, kain sulam, kain batik, sepatu, baju anak, shawl, kain tudung, cadar quilting batik, kain langsir, sebut saja, semua ada. Andy terus bawa kami ke kedai - kedai yang berkenaan. Memang murah dan berkualiti. Ntah berapa kali, dia mengangkut barang kami ke kereta. Sebelum itu, Andy berpesan berhati - hati dengan pencopet. Passport dan barangan penting, diminta ditinggalkan di kereta. Lebih selamat katanya. Kami membeli belah sehingga Pasar Baru tutup kedai.

Seterusnya, kami singgah di Amanda Bakeries. Anda sahabat yang titip barangan seperti brownies. Brownies keju kukusnya sangat sedap. Jangan lupa beli , jika singgah di sini. Kami jalan lagi ke Toko Tiga. Pusat jualan denim terkemuka di Bandung. Saya memang tidak memakai seluar jeans. Namun, kalau tak beli di sini, rasa terkilan pula. Cukuplah sehelai, siap potong. Harga denim Lee Cooper original sekitar RM 100.00 untuk saiz saya. Ada banyak pilihan sebenarnya. Anda boleh dapat seluar denim original di bawah harga RM90.00. Selesa dipakai. Di sini, Andy bagi kami berpuluh - puluh key chain sebagai free gift Toko Tiga. Katanya boleh buat sebagai sovenir. Tidak perlu beli lagi. Rasanya memang duit Indonesia ini berhantu. Biar berapa juta ditukar, ia pasti habis. Bandung kota sahabat. Kota peniaga.

Selesai di Toko 3, Andy bawa jalan - jalan di Paris Van Java. Esok kami nak pergi sendiri. Dia turut tunjukkan rumah mode yang banyak dan sesuai dengan pilihan kita. Sudah pukul 8.00 malam, kami sampai pula d Terminal Tas. Aduhai. 2 tas menjadi milik ambo. Kualiti sangat baik dan lasak. Jenama, boleh pilih. Harga, tidak dapat anda bayangkan. Mujur ada banker bergerak. Di sini, ada CIMB, Maybank, RHB, OAB,OCBC dan macam - macam bank lagi. Pastikan anda aktifkn untuk pengeluaran wang di Indonesia. Pastikan dalamnya ada duit juga.

Akhir sekali, Andy bawa kami makan di Stone Cafe. Bestnye dapat berlunjur setelah seharian berjalan. Mocha panas, dan dessert chocolate lava sudah dapat menghiburkan hati. Pemandangan di Stone Cafe ini, sangat menarik. Boleh nampak Kota Bandung seluruhnya pada waktu malam.

Setibanya di hotel, selepas urus diri, saya minta khidmat urutan tubuh, IDR150 000 selama 1 1/2 jam. Urutan seluruh badan. Memang selesa tidur selepas itu. Esoknya, kami rancang ke Kartika Sari dan Pasar Baru, tanpa Andy. Namun, semua tunjuk arah, awal - awal dah minta dengan Andy. Dari hotel hanya berjalan kaki ke Pasar Baru.

Nantikan saya lagi dengan cerita Bandung pada entri akan datang. Memang tak habis - habis.

No comments:

Post a Comment