Thursday, 17 July 2014

Panduan mencuci ketuhar gelombang mikro

Minggu ini merupakan minggu yang agak sibuk buat saya. Saya banyak bekerja di luar. Jadi ketuhar gelombang mikro menjadi teman baik suami saya. Maklumlah nak jaga anak dua orang yang sedang ligat. Bersahur sendirian. Masak mi segera pun guna mikrowave. Saya sudah mengagak apa yang berlaku di dalmnya. :). Tak apalah, asalkan anak saya dijaga dengan baik. Terima kasih bos. Jadi awal pagi selepas bersahur, saya mulakan proses cucian ketuhar saya.


Mula - mula keluarkan piring kaca ketuhar gelombang mikro. Hati - hati kerana ia berat. Cuci dengan span basah yang mengandungi pencuci pinggan mangkuk. Saya guna pencuci pinggan mangkuk Shaklee. Baik untuk tangan saya, mudah tanggalkan kotoran. Yang penting, ia selamat kerana dibuat dari sumber semulajadi.
Pring kaca ketuhar gelombang mikro dah siap dicuci.
Kemudian, keluarkan 'roda pemutar' microwave . Itu istilah saya. Saya pun tak tahu nama sebenarnya apa. Keluarkan sahaja. Lap bersih - bersih.
Roda pemutar di dalam ketuhar gelombang mikro saya.

Ni je, alatan cucian saya. Nampak tak kotoran di sebelah kanan tu. Disebabkan oleh percikan kuah dari bekas yang tidak bertutup. Pencuci pinggan mangkuk Shaklee dan span basah. Lap dan bersihkan kotoran di dalamnya. Pintu pun jangan lupa lap.

Perahkan setengah biji lemon di dalam bekas berisi air dan sedikit Basic H Shaklee . Pastikan menggunakan bekas tahan ketuhar gelombang mikro.

Masukkan ke dalam ketuhar gelombang mikro . Nampak tak berkilat - kilat tu. Jadi apa fungsi air lemon ni?
Masak air lemon selama 1 minit. Apabila selesai, bau lemon semerbak dapur dan ketuhar pun segar sahaja baunya. Kotoran degil pun hilang.

Alkisah kenapa saya menggunakan lemon dan Basic H sebagai langkah cucian terakhir kerana ;-

Lemon bersifat asid dan mematikan kuman. Air itu akan menjadi wap. Kiranya saya menggunakan konsep steril peralatan makanan. Basic H juga membantu proses pencucian. Saya berani guna kerana ia dari sumber semulajadi dan selamat untuk alatan memasak.

Saya memang suka menggunakan pencuci pinggan mangkuk untuk mencuci peralatan memasak saya. Contohnya, oven dan ketuhar gelombang mikro. Ini kerana ia menanggalkan kotoran bahan masak dengan lebih mudah seperti juga kita mencuci pinggan kotor. Saya pilih shaklee kerana ia bahan semulajadi dan selamat.

Jadi kalau nak beli sendiri pencuci pinggan mangkuk Shaklee, boleh klik DISINI.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jom sertai Shaklee. Hanya dengan RM65.00 + RM10.00 (kos pos) anda boleh menjadi ahli. Jadi ahli untuk kegunaan sendiri pun boleh, nak terjun dalam bidang perniagaan pun boleh. Nak tahu macam mana prosedurnya CARA MENJADI AHLI SHAKLEE KLIK SINI

Hubungi saya di SINI

No comments:

Post a Comment