Tuesday, 15 March 2016

Alumni Sijil Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan



Sebenarnya ramai alumni atau bekas pelajar Sijil Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan kolej komuniti Sabak Bernam yang berjaya menjadi usahawan dan hebat - hebat. Ini antaranya. Saya up yang dah supersenior, senior dan baru nak jadi senior (belum konvokesyen).



Supersenior

Amirul Asraf namanya. Ketika saya mengajar dia ketika semester empat dahulu, dia seorang yang pemalu tetapi lama - kelamaan, saya nampak sisi semangat usahawannya. Banyak membantu rakan - rakan dari belakang tabir.Itu yang saya nampak, dan dia bukan jenis show off. Sejak belajar, dia sudah mula berbisnes. "Cik, kalau nak beli jam, boleh beli dengan saya." antara ayat yang saya masih ingat. Teknik softskill yang digunakan memang menjadi. Syarikat Idea Masternya telah berusia lebih dari 5 tahun. Banyak syarikat ternama yang menjadi pelanggan syarikat ini. Boleh cuba rangkaian produknya di www.trofi.my
Amirol Asraf: satu waktu dulu

Ini keluarga besar Idea Master


Ini ketika program hari keluarga Idea Master

Ketika program amal Idea Master baru - baru ini. Give back to the society.

Baru nak jadi senior

Shafiq dan Abu Bakar. Dalam kelas, dua orang ni, kategori pendiam tapi tangan bekerja. Tamat je latihan industri baru - baru ini, terus dah bergiat aktif dalam bidang perniagaan. Semoga terus sukses. Ini yang saya ambil dari facebook peribadinya.

"arinie sye ingin memperkenal kan iaitu sye telah menyediakan perkhidmatan catering kambing golek,kambing aqiqah,ayam golek,ruse golek dan pelbagai makanan..kami telah menydiakan harge yg bepatutan dan murah,tudak kire dimane tempat,tidak kire kenduri,hari jadi,hari raye dan pelbagai lgi...
HARGA:KAMBING GOLEK BERSAIZKAN 23 KG(boleh mkn smpai 60 tetamu)+COASLOW+MARSHED POTATO+ROTI ARAB+BLACK PAPER SOS DENGAN HARGA RM 900.00,tidak kire dimane tempat
HARGA: AYAM SEEKOR RM 16.00DENGAN BERAT 1.5 KG..
HARGA:RUSA IKOT KEPADE PERMINTAAN BERAT..
NO TEL:019-2041375 (CIK MAT)
NO TEL:012-9347900(AFIQ)
HARGA DAN KEENAKAN YANG KAMI BERIKAN SETANDING DAN KEPUASAN PELANGGAN KAMI.."

abang Rosyam antara yang pernah merasa air tangan mereka berdua ni.


Abu Bakar dengan kambing panggangnya. Rusa pun boleh tau.

Shafik dengan hasil produknya.

Saya update lagi cerita esok ye. Bukan lupa..nantikan kisah senior pula. Saja tulis kisah mereka sebagai inspirasi saya dan inspirasi pelajar SPK semasa.

nota tangan: Semua gambar dari facebook peribadi Amirol Asraf dan Shafik. Semoga hasil perniagaan mereka laku keras tahun ini. Good Luck. Tak rugi masuk Sijil Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan.imu usahawan ni memang disemai sejak semester satu lagi.Tak percaya, tanyalah mereka ini, semua penah round satu kolej jual produk yang dihasilkan di makmal.Kalau hari - hari buat, memang tak malu dah.

Nak masuk Sijil Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan, contact HEP Kolej Komuniti Sabak Bernam ; 03-32163235. www.kksbs.edu.my

1 comment: