Sunday 14 August 2016

Taman Tasik Taiping, tempat menarik untuk seisi keluarga

Hampir setiap petang, saya cuba mengisi masa dengan anak. Bonding time katanya. Anak saya sudah biasa aktif dengan arwah adiknya dulu. Aktiviti seperti berbasikal dan lumba lari itu biasa mereka buat berdua. Kini setelah Anas tiada, sayalah jadi gantinya untuk kawan berlumba lari. Untuk salurkan energinya, saya bawa dia ke Taman Tasik Taiping. Memang happening tempat ni. 
Tak kira waktu, penuh dengan orang. Walaupun tengahari. Damai sangat. Kalau tengahari, boleh berkelah dengan rakan-rakan. Untung tau orang Taiping. Makanan pulak sedap dan murah. Aiskrim kon seringgit saja. Can you imagine. Tengok gambar yang saya hidangkan untuk anda. Mesti teruja.

slide ni sejak dahulu kala menjadi tarikan.Orang tua tengok pun, teringin nak slide.
Seronok sangat sampi begitu rupanya
Main buaian pun seronok
Nampak tak betapa ramainya kanak - kanak yang bersusun nak main gelongsor legend ni. Rugi kalau datang tak cuba gelongsor ni.

Uniknya di Taman Tasik Taiping ni, semua pokoknya merimbun menghala ke kawasan tasiknya. Usia taman ni anda kiralah sendiri ye. Ia dibuka sejak tahun 1880. Ada tanda batu yang menunjukkan ia dihadiahkan kepada children of Taiping oleh New Zealand troops. Keluasan taman ni hampir 62 hektar. Besar tau. Kami pun tak 'explore' habis. Banyak aktiviti boleh dilakukan di sini. Jadi , kalau datang Taiping, jangan lupa singgah Taman Tasik Taiping. Ia percuma sahaja.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kalau siapa yang nak buat majlis seperti perkahwinan, harijadi , hari sukan, hari koperasi dan macam - macam majlis lagi di sekitar Lembah Klang  dan teringin nak gunakan perkhidmatan menu aiskrim jenama Nestle, boleh hubungi En. Azam.

No comments:

Post a Comment