Sunday, 30 March 2014

Cerita Bandung 1: Antara pisang salai dan brownies

Hari ini hari pertama bekerja setelah bercuti panjang bersama suami dan 2 adik perempuan selama 4 hari. Destinasi cuti saya ialah Bandung. Sebenarnya perancangan bercuti ini bermula tahun lepas lagi. Kaedah yang digunakan ialah backpackers. Tidak menggunakan ejen. Apabila secara backpackers, kita dapat cerita dan kisah masyarakat di sisi yang berbeza. Pada saya masyarakat Sunda khususnya di Bandung sangat rajin. Mungkin atas tuntutan hidup, namun mereka sangat positif dan sangat pantas mencipta peluang pekerjaan. Hinggakan, tukang payung ketika hujan pun ada, biarpun upahnya mungkin 500 IR (15 sen). Perkhidmatannya juga tip top, yakni bersungguh - sungguh biarpun kerjanya di anggap mudah. Budi bahasa pun bagus. Alhamdulillah, biarpun di jalanan, pasti ada yang membantu untuk memudahkan perjalanan kami.

Tuesday, 25 March 2014

Pertandingan ICOMPEX 2014

Bermula 23 Mac hingga 25 Mac 2014, saya dan rakan - rakan berpeluang menyertai pertandingan inovasi dan rekacipta di peringkat kebangsaan yang dikenali sebagai ICOMPEX. Pertandingan dianjurkan oleh Bahagian Politeknik dengan tuan rumahnya ialah POLIMAS, Jitra. Saya menyertai pertandingan ini dengan tujuan serampang dua mata.

Kunyit penawar depresi

Sementara menunggu untuk terbang ke Kuala Lumpur, saya sempat membelek majalah Prevention. Menarik! Terdapat pelbagai info dan penemuan berguna yang diutarakan.

Antaranya, kunyit berupaya menjadi penawar depresi. Tajuk utama artikel tersebut natural Prozac. Prozac merupakan sejenis ubatan yang digunakan oleh pengamal perubatan dalam mengawal depresi. Depresi yang berlaku disebabkan pelbagai faktor. Prozac merupakan antara ubat yang popular. Namun secara realitinya, Prozac bukanlah dari sumber semulajadi.

Thursday, 20 March 2014

Punten : antara makanan tradisi yang sedap di Sabak Bernam

Hari ini berpagi - pagi dan bersarapan dengan punten. Kerap ditemui di kalangan masyarakat Jawa Sabak Bernam. Saya tidak pernah bertemu punten di tempat lain. Di Sabak Bernam, ia jarang dijual di gerai - gerai kecil, kerana itu saya pasti, ada juga orang Sabak Bernam yang tak pernah merasa punten. Ia merupakan makanan tradisi yang saya fikir boleh di ketengahkan dan dimajukan.

Wednesday, 19 March 2014

Olahan makanan yang sangat kreatif

Ini sekadar perkongsian yang sangat menarik dan kreatif  untuk makanan. Kredit untuk blog Creative Ideas.

No bake watermelon cake. Ini baru betul kek buah. LOL.



Monday, 17 March 2014

5 nombor yang patut anda tahu tentang kesihatan

Kebanyakan kita mengabaikan statistik kerana ia bermakna nombor. Mungkin kita tidak suka, namun 5 perkara ini berkait rapat dengan proses penuaan, sakit jantung, strok, kelupaan atau lemah daya ingatan dan kesihatan seksual.

Ini dinyatakan sendiri oleh Michael Roizen, pegawai kesihatan di Cleveland Clinic, USA.

Sunday, 16 March 2014

Kisah di suatu pagi

Sebenarnya, saya dah lama hendak menulis tentang ibu tunggal ini. Setiap pagi, selepas menghantar anak ke rumah pengasuh, saya akan melalui  kawasan perkampungan dan kawasan perumahan yang penduduknya majoriti masyarakat India. Laluan saya itu bukanlah laluan utama , namun kerana faktor jarak yang dekat dengan pejabat, saya suka melalui kawasan tersebut. Pemandangannya agak hijau, ada kebun kelapa sawit, ada lembu yang sedang makan rumput (kadang kala, saya berhenti untuk membiarkan anak - anak dengan imaginasi tentang lembu itu). Jalannya berturap dengan tar, namun ada yang tidak sempurna dek kerana ia menjadi laluan kenderaan berat yang membawa hasil sawit. Pagi - pagi, hawanya nyaman sekali. jika beruntung, saya berpeluang melihat kelibat burung enggang.

Friday, 14 March 2014

Wah, jerebu!Sampai bila?

Semalam petang, suami mengadu sakit tekak. Tak berapa nak selesa di tekak. Saya menyuakan satu sachet Nutriferon kepadanya. "Makan sampai habis", pesan saya.
Saya maklum, suami kurang gemar makan ubat. Kalau tak kena selera, memang tak habislah apa - apa ubat pun. Minggu ini, suami sibuk berlatih untuk mendapat tauliah sebagai jurulatih kadet bomba. Mungkin sakit tekak itu tempias jerebu yang semakin teruk.
Hari ini, suami mengatakan sakit tekaknya telah pulih. terkejut juga dia dengan kesan Nutriferon. Anak - anak memang telah menjadi rutin, seminggu sekali saya berikan nutriferon untuk tingkat imun tubuh. Kita mencuba dan berikhtiar.

Jerebu kali ini, saya tak pasti sampai bila. Didoakan hujan turun sebagai penyelamat. Kemarau pun semakin hari semakin menekan, hinggakan terpaksa dibuat catuan air. Pernah terbaca sebuah blog, katanya, apakah negara sudah tidak dirahmati Allah s.w.t? Nauzubillah. Katanya, semua musibah datang bertimpa - timpa. Namun, siapalah kita, hamba yang dhaif untuk mempersoal perencanaan Allah s.w.t. Musibah yang datang pada saya, ia kerana Allah s.w.t. masih sayangkan kita. Masih mahu kita berdoa dan bergantung padaNya. Mungkin selama ini, kita kurang berdoa dan kurang menjaga hubungan kita dengan makhluk Allah yang lain.