Tuesday, 25 March 2014

Pertandingan ICOMPEX 2014

Bermula 23 Mac hingga 25 Mac 2014, saya dan rakan - rakan berpeluang menyertai pertandingan inovasi dan rekacipta di peringkat kebangsaan yang dikenali sebagai ICOMPEX. Pertandingan dianjurkan oleh Bahagian Politeknik dengan tuan rumahnya ialah POLIMAS, Jitra. Saya menyertai pertandingan ini dengan tujuan serampang dua mata.


Pertama untuk menimba pengalaman menyertai pertandingan inovasi di samping mengetengahkan kajian saya di peringkat kebangsaan. Peruntukan masa yang saya ambil untuk penghasilan produk inovasi ini, mengambil masa hampir setahun lebih. Kekangan masa dan tanggungjawab sebagai pendidik menyebabkan sela masa kajian saya agak panjang. Lagipun perlukan masa untuk panas kembali setelah berhemas pulas menghabiskan pengajian sarjana saya. Produk saya ialah sos cili, namun dimanipulasi dengan kehadiran biji cempedak. Walaupun begitu, ini sebagai permulaan fasa pertama, kerana banyak lagi kajian yang saya perlukan untuk menjadikan ia setanding dengan produk antarabangsa yang lain.

Kedua, saya menyertai pertandingan ini, untuk melihat aspek pengurusan sebuah pertandingan inovasi di peringkat kebangsaan. Ini kerana, saya berada di dalam Jawatankuasa yang akan menggerakkan pertandingan yang hampir sama, kali ini di peringkat pelajar kolej komuniti pula. Terdapat beberapa aspek yang dikaji melalui pemerhatian teliti tentang suasana penganjuran. Tambahan pula, penyertaan di ICOMPEX ini hampir mencecah 700.  Kategori saya sahaja sudah berpuluh - puluh penyertaan. Terdapat beberapa perkara yang boleh dijadikan iktiar dan panduan kami sebagai Jawatankuasa penganjur pertandingan

Akhir sekali, biarpun mengalami pelbagai rintangan dengan kesibukan tugas hakiki , perjalanannya berakhir dengan indah sekali. Biarpun, saya tidak naik ke pentas. Bermula dengan bunting saya yang tidak cukup saiz (terima kasih Aju), kemudian, tempat pameran saya bertindan dengan peserta lain, di mana saya terpaksa menset semula barang pameran saya, rakan tanding yang kurang sihat mungkin akibat cuaca panas di Jitra, hinggalah penjurian dijalankan. Saya seolah - olah merasakan, saya tidak akan berjaya membawa pulang apa - apa pingat. Namun, Alhamdulillah, Allah itu Maha Adil, Engkau uji dan Engkau ganti dengan kemenangan yang manis. Terima kasih pada sifu - sifu dan rakan inovators KK Sabak Bernam. Tanpa anda, tiada makna kejayaan saya. Terima kasih Ili Safuraa, Jalani Jasa, Esuryati, Rosli Mat Isa, Zaleha, Hanif, En Zahari (pilot kami). Sesungguhnya, pengalaman EMAS ni sangat bermakna.Sujud syukur padaMu.

Jom berinovasi!

Jika ada sebarang komen dan teguran tentang artikel ini, sila emailkan ke zunairahagi@gmail.com.

 Bagi mendapatkan produk Shaklee pula, anda boleh berhubung terus dengan saya 

No h/p : 012-2248189012-2248189 (sms@call @ whatsapp @ telegram)
email : zunairahagi@yahoo.com
blog: zunairahghani.blogspot.com


No comments:

Post a Comment